Sunday 22 December 2019

Dah lama tak bersiaran


Abg tau, ramai yang rindu abg sepanjang 4 tahun ni..abg ada misi penting untuk diselesaikan baru sekarang abg free. maknanya korang yang baca ni, tak penting dalam hidup abg.. hehe
Ok jom recap balik ape yang dah terjadi sejak kali terakhir abg update page atau blog abg tahun 2015 dulu:
1. Najib tak jadi PM dah. Habis je PRU14 2018 haritu, Najib jalan mana2 pasar malam jer, takde sape yang salam.
Setahun setengah berlalu, sekarang dia dah jadi selebriti politik balik. Atok pulak, dari dianggap penyelamat Malaysia dari regim Najib, terus menjadi bahan hinaan dari orang yang dahulunya mengangkat dia menjadi PM 22 tahun. itu lah kehidupan. semalam aku suka kau, esok belum tentu lagi tau..
2. Dalam 5 tahun yang lepas, internet berkembang dengan pesatnya. sosial media bercambah ibarat telur lalat yang terbentuk atas ayam goreng yang dihurung sekumpulan lalat. dulu2 abg main friendster and facebook jer tau..sekarang mcm2 ada. twitter, wassap, wechat, bigo, instagram. or sape2 suka gelek2 depan kamera, boleh download tik tok..
siapa yang takde wassap zaman sekarang ni mmg kuno betullah lah.. zaman la ni, mana ada org pakai mesej2 dah.. boleh bayangkan tak mcm mana keadaan lagi lagi 5 tahun.. maybe ada apps buat anak online untuk suami isteri yang duk jauh2.
aik 2 je point? mcm tak byk pulak perubahannya ya..haha.. baru panas enjin dik. dulu otak cair, sekarang dah pekat.
Apa-apa pun, kalau ada sebesar mana pun masalah korang, cuba pikir, kita ni hanyalah seorang manusia yg kerdil, duduk di muka bumi, yang mengelilingi matahari. matahari kita pulak ada lah paling kecil dikalangan bintang2 yang ada. sistem solar kita pula salah satu dari berjuta sistem solar yang ada di galaksi bima sakti.. anda tahu tak, terdapat lebih 200 billion galaxy lain selain bima sakti kita.. kita amatlah kerdil..so buat apa nak stress pikirkan hal dunia yang sementara kan.
Fuh..abg suka cerita "Interstellar".. korang kena tengok tau..filem wajib tengok sebelum mati..
Sekian..lain kali abg free, kita sembang lagi.

Wednesday 27 May 2015

Mak Kata Jangan..

Terasa tangan gatal-gatal nak update blog ni..bersawang. Padahal selama ni aku sangat sibuk dengan aktiviti harian. Kerja, Exam sana sini, keluarga..sekarang baru lega. so enjoy.


Gambar tiada kaitan dengan tajuk.saja nak tunjuk aku baru beli moto R25.


Aku ada perangai aneh lain daripada yang lain. Bila mak aku kata jangan buat, itu la yang aku akan buat. Mak kata, jangan minum air paip tu saleh, aku terus ke pili luar rumah aku, hirup gulp gulp gulp, macam aku minum air pepsi. Bila mak kata, "tidur kena pakai baju, nanti dapat2 paru2 berair", aku lagi suka golek-golek atas lantai marmar yang sejuk tanpa baju.. Al maklumlah, otak belum matang lagi. Budak sekolah rendah macam aku ni, memang susah nak kawal.


Namun, aku bersyukur ada mak yang selalu mengingatkan aku supaya jadi orang yang berguna, buat kerja berfaedah, tinggalkan perkara-perkara yang haram dan merosakkan dan jadilah orang yang berguna. Ku akui, membesar dengan 4 orang anak kecil, sendirian sebagai ibu tunggal, bekerja dari pagi dan lanjut sampi ke senja, semata-mata mencari sesuap nasi untuk anak-anak dan masa depan mereka.


Mak seorang yang tegas. Bab akademik, mak aku akan bertukar jadi Hulk or Monster, tambah-tambah kalau aku gagal dapat keputusan yang baik. So, in this article, i will recall back all our memories together mak, sempena hari ibu..keke



Mak kata jangan kawan dengan orang tak tentu arah.
Duduk di kawasan rumah teres setingkat, kos rendah, sebagai budak baru 8-9 tahun, amatlah tidak sesuai bagi proses pertumbuhan optima.Baik dari segi rohaniah ataupun insaniah nya. Sebagai mak, tak mungkin dapat seorang diri kawal or pantau gerakkan aku yang suka keluar jalan2 dengan geng-geng Taman Malar, yang kebanyakannya umur dalam lingkungan 10-14 tahun. lepak-lepak kat tepi jalan, ambil bertenggek kat atas basikal BMX buruk kakak aku.


Mak jerit dari luar rumah, satu taman dengar, "saleh, balik!!" . lari2 anak sambil aku tolak basikal aku balik rumah. Then, kunci pagar sebab dah senja. itulah rutin harian aku. Nak lepak kejap-kejap boleh, tapi jangan lebih-lebih. sebelum senja, kena masuk rumah. 

Namun, kesibukan urusan dunia menyebabkan mak tak dapat memantau pergerakan aku selamanya. dengan kakak  aku yang sedang membesar sebagai perempuan remaja, lebih memerlukan perhatian kritikal dari aku ni. so, aku mula keluar lepak2 dengan geng taman malar, malam-malam . lumba2 basikal, jerit-jerit terlolong macam hantu. happy. setelah beberapa hari aku meneruskan rutin lepak membuang masa aku. sambil mengabaikan kerja sekolah. baju sekolah warna putih tak basuh, kasut dah jadi warna kelabu, stokin tah kemana, mak aku mula menjadi Hulk Ogan. dan dia memilih timing yang baik nak ajar aku.


Jam dah pukul 10 malam, esok nak sekolah, aku masih kat luar rumah, tengah bersedia nak berlumba haram basikal. semua basikal berbaris macam bersedia dilepaskan. aku dengan BMX aku kat tengah-tengah. sebelum pengadil melepaskan pelumba, kawan aku cuit bahu kanan aku dari belakang,"saleh, mak ko datang saleh"
aku toleh ke kanan, mak terus pulas telinga kanan aku dengan tangan kanan, sambil rotan kat tangan kiri, paappp.....rotan sehayun lepas kat belakang aku. pergh, sakit tu satu hal, malu dengan kawan-kawan tu lagi la satu hal..sakit itu di sini, Hati.
Aku pun dipaksa balik ke rumah, basikal terpaksa dibiar tepi jalan. mak sambung ajar aku bila sampai rumah. haha.. mulai hari tu, aku tak jumpa dah basikal tu dah.

Mak kata jangan lepak-lepak lumba-lumba basikal.. kamu nak jadi mat rempit ke.. aku degil jugak buat.. kalaulah mak tak buat serangan hendap waktu tu, aku mungkin hari ni sama ada jadi mat rempit, or pelumba moto GP. Bukan Dr gigi.



Mak kata belajar betul-betul
Mak aku punya nasihat suruh belajar, tak macam mak-mak korang tau tak. mak aku bab akademik amat ganas. Mak sampai pernah datang sekolah, bagi tau kat cikgu din, cikgu matematik darjah 5 aku, supaya belasah je aku kalau aku tak belajar betul-betul. Dan cikgu tu memang ganas betul-betul dengan aku. Tiap kali time kelas cikgu din, semua kena berdiri, dia jalan depan2 tiap sorang, sambil tanya soalan darab. siapa yang tak dapat jawab, penampar kat pipi kiri singgah . dah la kuat tamparannya, dengan tangan kasar dia , memang trauma. aku antara mangsa tamparan cikgu din. Namun dari situ aku belajar darab, bukan atas usaha dan iktiar aku sendiri.

Masa aku darjah 1, akhir-akhir tahun, patutnya budak2 yang dah belajar setahun ni boleh membaca. tak tak bagi aku. aku banyak habiskan masa kat sekolah dengan bermain, buli budak senyap namanya Syed. Budak tu memang ada ciri-ciri sesuai dibuli. senyap-senyap, tak pernah bercakap dengan sesiapa pun. Suara dia, tak siapa pernah dengar. Even cikgu kelas aku pun give up tanya soalan kat dia.  Aku kan budak nakal, tiap hari aku buli syed sampai paksa2 dia cakap. bukan buli fizikal, buli emosi dan mental..hehe. Tapi bulian aku sampai ke penghujung bila Cikgu Tham datang kat aku, dan rotan punggung aku pakai pembaris besar yang selalu cikgu pakai kat papan hitan masa mengajar tu.. pergh.. terus aku tak buli syed dah. haha


Berbalik pasal aku yang tak reti membaca tadi. bila mak tahu aku masih tak tahu membaca, mak terus jadi ganas. Tiap malam mak akan tutup lampu rumah, tinggalkan lampu dapur je. adik beradik lain semua dah tidur, aku masih ada buku kat tangan. Mak duduk sebelah aku, dengan tangan kanan ada penyangkut baju nak belasah aku kalau aku tak dapat apa yang dia ajar. saapp, sappp.. aku kena.. sampai masa mak aku mengantuk, mak aku tak bagi aku tidur sampai aku dapat baca . belajar la aku dalam gelap, sampai aku dapat baca. malam ke dua, aku terus dapat baca. ajaib.. setahun kat sekolah ,sepatah haram aku tak reti, mak aku jadi monster, 2 hari je aku dapat baca.



Mak kata jangan naik motor balik ipoh dari KL
kisah ni aku tak boleh lupa selama lamanya. masa tu tahun  ke 2 aku belajar kat UKM.esoknya mula nak cuti semester sebulan. takkan nak biar motor RG suzuki ni kat kolej. hilang nanti macam mana? aku dah janji mula -mula dapat motor ni, tak boleh bawak balik dari KL ke Ipoh. 250km tu. bahaya saleh. jangan. Macam biasa , aku bawak jugak.keke..
Abis kelas, aku bawak beg sandang satu, start motor terus aku gerak. Tanpa persediaan rapi dan kajian yang sepatutnya, aku terus bergerak ke Ipoh dari Kl..jam menunjukkan pukul 6 ptg..


dah pukul 8malam, aku dah sampai ke tanjung malim, lebuhraya PLUS pada waktu malam sebahagian besar takde lampu, makanya, aku keluar ke jalan lama biasa untuk meneruskan perjalanan.. 120km lagi nak sampai rumah. ini pengalaman pertama aku naik moto balik ipoh. sampai sahaja ke Slim river, moto aku tiba-tiba berhenti tanpa amaran..rehat 2 jam di stesen bas di Slim river, aku sambung menunggang kembali..setibanya di Tapah( 50km dari Ipoh) jam dah pukul 3 pagi..penat sangat...mula menyesal tak ikut cakap mak. aku berhenti di stesen minyak ESSO temoh..kawasan kampung, aku duduk di tepi stesen minyak..suasana sunyi...tiba2, ada uncle tua tengah menyapu sebelah aku, pulak, mana datang tah...menyapu apa pukul 3 pagi... 

uncle kata,

"U mengantuk, u masuk tidur dalam itu surau" kata uncle sambil menunjukkan surau di sebelah aku..
aku terus kunci motor, then masuk surau yang gelap tu, tak pikir byk dah, terus tidur..lenaaaaaa....

aku terbangun, jam pukul 5 pagi,terus aku keluar ke arah motor dan terus menunggang...aku seperti bermimpi..sampai hari ini, masih tiada penjelasan kenapa aku bertindak sedemikian..aku terus menunggang di jalan yang gelap, dikelilingi hutan kiri dan kanan...tiada lansung punca cahaya kecuali dari motosikal aku....takut, risau dan terbayang ada lembaga duduk sekali moto belakang aku...wahhh...sedang aku risau tak nampak jalan, lori tiba di belakang aku dengan laju, terus aku ke kiri masuk ke dalam lopak lumpur yang besar....pohfffff....

Lori itu berlalu pergi, tinggalkan aku berseorangan di kegelapan...moto mati tidak berlampu...aku bangun , cuba hidupkan enjin motor, walaupun aku sedar motor aku dalam keadaan kronik. bengkok sana sini, namun aku bersyukur ianya masih dapat hidup..dan aku teruskan perjalanan ke rumah dalam keadaan yang serba kekurangan...kelajuan 20 km sejam....sampai sahaja di rumah, aku terus masuk dan nampak mak aku tengah sembahyang subuh..mak terkejut dan aku terus kata, "mak, nak motor baru"..


video bawah ni aku rasa paling terkesan pada aku..





Aku bersyukur dikurniakan mak yang benar2 bersemangat memastikan anak-anaknya berjaya. Sejak kecik lagi kami dididik agar mengutamakan akademik kerana itu sahaja yang boleh mengubah kehidupan kami. hasilnya, aku berjaya jadi dr gigi, adik aku ahli farmasi, kakak aku ada phd and kakak sulong aku ada bisnes berjaya sendiri. siapa kata jadi Ibu tunggal, anak tunggang langgang. my mum beat d odd.



 SELAMAT HARI IBU,

HAJAH NORAINI BINTI MOHD HASAN

Sunday 12 May 2013

A Doctor In The Longkang: The Memoirs of Wan Zuhdi..

Pesanan admin: Entri ini pada mulanya ditulis pada bulan 2 tahun 2012..namun ianya tidak dapat di umumkan atas sebab-sebab tertentu.
Entri bawah ini disambung dan ditulis pada 20 februari 2012..
kini, di Publish pada 13 Mei 2013..lama gak tu nak karang dan goreng ok...selamat membaca..


Teruja nya aku dengan tajuk di atas....3 tanda seru menandakan betapa terkejutnya aku dan kiang girl dengan perubahan drastik Wan Zuhdi...si popular yang berasal dari Pulau Pinang...entri ini di khaskan kepada rakan2 di UKM dan USM yang menyayangi Wan Zuhdi sama seperti aku menyayanginya....macam gay tak?


Entri kali ini hasil garapan sejam aku dan KG menghabiskan masa bersama Wan Zuhdi di Cafe HUSM, Kelantan..
Pada awalnya aku ingin menulis tentang 10 perkara tentang Kelantan yang amat menyakitkan hati aku, contohnya jalan berlubang yang dasyat, kepeningan dengan banyaknya warna hijau dan gambar nik aziz di tepi jalan, bulan2 di tepi jalan, ataupun keadaan betapa wanginya pasar siti Khadijah, namun menyedari ianya hasil garapan betapa geramnya dan bercorak "attacking" terhadap negeri serambi Mekah ini, aku putuskan untuk menunda entri serius itu...demi menjaga hati kawan2 kelantanku...Lantas, kisah Wan zuhdi yang membolehkan kita tidak kering gusi aku paparkan kepada pembaca tegar Kiang boy....


Kelantan dan Wan Zuhdi agak janggal jika di pasangkan..cuba anda lihat artis2 terkenal.. Fahrin Ahmad sesuai di sebutkan kehensemannya kerana dia orang Johor, penyanyi Yassin sesuai dipasangkan dengan arab kerana dia berketurunan arab, David Beckham pula dipasangkan dengan England kerana wajahnya disamping loghat Englishnya, namun persoalan tentang Wan Zuhdi???..


Jika mamak penang, atau bangla di pasangkan dengan Wan Zuhdi, ianya dipersetujui ramai, tapi Kelantan?itulah menariknya artikel Wan zuhdi ini..haha..(walhal, sememangnya Wan berasal dari penang, saja je aku nak cari bahan)


Okey, berbalik kepada kisah sejam bersama zuhdi di cafe HUSM pada 5/2/2012 lalu...aku dan KG berjalan ke Kelantan khas utk melawat Wan zuhdi sebenarnya, melihat perubahan yang diharapkan positif..kami tiba di HUSM pada pukul 11 pagi tarikh tersebut...terus, aku mencari nama wan zuhdi di senarai ''contact List" aku...

agak lama mencari namanya di dalam Handphone aku ini, kerana nama nya di simpan bukan dalam nama sebenar....aku cuba mencari nama2 seperti Kap Bangla, Zuhdi Kaki kerana kakinya busuk, Mamak penang ataupun Zuhdi capang, namun hampa kerana tidak menjumpainya...


cari punya cari, akhirnya aku jumpa juga...nama nya Kapla, kerana kepalanya besar....terus aku menekan call...


tenet net, tenet net, tenet net net tenet tenet....caller ringtone angrybird zuhdi berbunyi menghiburkan aku...kali pertama tidak dijawabnya...kali kedua aku menekan butang call, lantas diangkatnya....


"Hello shuk,awat nya?" bicara wan zuhdi..
"oii, aku dgn KG kat HUSM ni, nak jumpa hang sekarang...kat mana tu?''jawab aku..


Zuhdi:  oh yeke...aku ada WARD ROUND sekarang ni...pukul 12 lunch hour nanti boleh tak?
KB: ok ok...aku tunggu hang ni...rajin jugak hang ek..
Zuhdi:   Well...


perghhhhh.....ward round, aku dah mula kagum...untuk pengetahuan umum, zuhdi pelajar perubatan di HUSM...kot2 ada yang tertanya tanya ke dia kerja sebagai apa ke kat situ...dia bukan cleaner bangla, walaupun ada rupa seiras seperti mereka..


detik 12 tengah hari tiba juga...terus aku mendail sekali lagi...akhirnya, kami bersetuju untuk berjumpa di cafe HUSM..


setibanya di cafe HUSM, di pintunya, kelihatan wan zuhdi dari jauh bertali leher, memakai white coat yang anehnya masih bewarna putih di hadapan cafe tersebut....jika dulu, Wan Zuhdi selalu memakai white coat berwarna kepudaran kelabu, kini dia berubah...eh kejap, aku nak ubah gaya penulisan, 3 perubahan Wan Zuhdi  !!  




        1. Penampilan



seperti yang aku sebutkan tadi, white coat berwarna putih, bertali leher, disamping stetoskop disangkutkan di lehernya....bergaya seorang doktor muda yang aku pasti dapat memikat makcik makcik kelate yang dirawat olehnya...
rambutnya DISIKAT rapi, jambangnya diuruskan dengan baik...melihat kami dari jauh, Wan Zuhdi menguntumkan senyuman yang menawan, yang aku tidak sangkal lagi, berbeza dari dahulu yang sengih menampakkan fluorosis di gigi kacip keduanya... .   (fluorosis zuhdi)..klik untuk penjelasan lanjut...

penampilannya diserikan lagi dengan kesedaran sivik yang tinggi...kerana dia secara sedar menanggalkan white coat nya untuk digantungkan di luar cafe...kita sering lihat banyak doktor2 perubatan di Hospital kerajaan memakai white coat ke mana sahaja walaupun ke tandas...cukup pelik dengan kebanyakan perangai doktor begini..adakah dengan memakai white coat sepanjang masa begini menandakan anda doktor yang hebat, ataupun anda memakai white coat walau ingin berak sekalipun bagi menunjuk nunjuk anda seorang doktor...apa pun alasannya, ianya cukup kotor...anda sebagai doktor patut tahu rawatan kepada pesakit di wad wad hospital mendedahkankan anda dan pakaian anda kepada bakteria, lantas masih juga memakai kenapa???

contohilah Wan Zuhdi...membuka white coat, digantungkan di luar cafe, bagi menjaga kebersihan makanan yang ingin dimamahnya nanti...satu perubahan Wan zuhdi...tepuk tangan...

           2. Kesopanan

masuk sahaja ke dalam cafe, aku terus menawarkan makan tengah hari percuma kepada zuhdi...
"weh, makan la weh, aku belanja hang hari ni.."

satu perubahan drastik yang aku dan KG terkejut menjelma...Wan zuhdi MENOLAK pelawaan makan tengah hari aku....biar betull !!!!

Gambar terkini wan zuhdi, si Kapla yang menolak makanan percuma..

"weh, tak pa la wei, aku tak lapaq lagi" balas zuhdi menolak secara sopan...sumpah aku terkejut..
jika dulu, setiap kali aku membawa air tea bungkus ke biliknya di UKM dulu, aku pasti air tea tersebut bertukar menjadi air kencingnya....namun, kali ini berbeza...aku dan KG terpaksa merayu agar wan zuhdi menerima pelawaan belanja kami...

KG lantas terus membeli beberapa kuih muih untuk dimamah oleh kami...satu perkara menarik tentang pekerja cafe HUSM ini...
KG: berapa ringgit kuih ni bang?
ABG kelate: bayar di kotey dik..bayar di kotey...
KG: haaaa!!! oh, kaunterrrr....

loghat kelantan disalah erti oleh kiang girl...ok, cukup selingan...terus ke fakta ketiga perubahan Wan Zuhdi..


menguntum senyuman menampakkan fluorosisnya..


 3. Bual bicara yang menampakkan kematangan

kalau dulu, 3-4 tahun lepas punya cerita, setiap kali wan zuhdi buka mulut sahaja, pasti yang keluar adalah jenaka...tidak kiralah jenaka yang benar2 jenaka hingga setahap johan raja lawak, atau sebodoh Mr Bean jenakanya...kalau dahulu, jika seseorang yang cepat terasa ataupun dalam hati ada taman, tidak sepatutnya berkawan dengan Wan Zuhdi...orang berjiwa kental sahaja boleh menghadapi lawak hinanya...

tapi itu kisah dulu, zaman pramatang wan zuhdi...bulu pubis pun tak tumbuh lagi...kini, 2012, segalanya berubah... zuhdi yang dahulunya seorang Mr Bean menjadi seorang yang berkarisma dalam berkata-kata...walaupun elemen lawak itu tetap ada, tapi lawaknya masih boleh diterima akal...antara perbualan sejam bersama wan zuhdi di cafe HUSM termasuklah hal kekeluargaan, cinta, dan pelajaran.

"esok aku ada presentation case kat Doktor aku ni, Dr garang"

"good morning Dr, this patient presented bla bla bla" kata zuhdi kepada ku sambil menunjukkan kehebatannya mempersembahkan case..hahaha..namun di selang seli dgn gelak ketawa...
kami terus bersembang tentang kes yang akan di persembahkannya esok..mengikut kata Wan Zuhdi, pesakitnya mengalami liver abscess, lantas terpaksa dimasukkan ke wad bagi pemantauan rapi...buat pertama kali seumur hidup aku, zuhdi menerangkan secara detail tentang pelajaran terhadap aku..suatu perubahan positif....

pesanan penaja:  sambungan di bawah ini pula ditulis pada 12/12/12..wan zuhdi pada maa ini bukan lagi si teruna..bulu pubis pun sudah makin tebal.

4. Bukan lagi anak dara

Wan Zuhdi bukan lagi anak teruna..dia telah mendirikan rumahtangga secara tiba2 tanpa penjelasan yang rapi kepada rakan2nya..

walau apapun, tahniah diucapkan kepada Wan Zuhdi dan isterinya, Pika di atas pernikahanya..walaupun sedih dan kesal anda berdua tidak menjemput aku, aku tetap mendoakan kebahagiaan rumahtangga korang dunia akhirat.

Pernikahan wan Zuhdi ini memberikan harapan baru kepada kaum lelaki yang belum berkahwin..Jika Wan zuhdi pun boleh bernikah, kenapa bukan anda. hehe..tiba-tiba aku rasa stress, sebab tak kahwin lagi..damnnn...


Kapla dan isteri kesayangannya...kapla pakar dalam memberikan senyuman terbalik


Begitulah antara perubahan besar Wan Zuhdi sepanjang aku berada di Kelantan...apa apapun, ini adalah entri terakhir tentang Wan Zuhdi (sebab dah tiada idea)..cukuplah aku membahan kan dia di Blog kiang boy..tapi aku pasti, pembaca yang tidak mengenali Wan Zuhdi pasti teringin untuk mengenali dan membelainya...ehh.

apapun...

positif thinking chor!!!
Adios...







Saturday 4 May 2013

Ubah? nak Ubah kepada apa?

"Salam Dato Husni, saya nak mintak tolong dato dapatkan anak saya masuk dan menetap di asrama sekolah Anderson. saya ibu tunggal, jarang ada di rumah, dan saya rasakan mereka lebih terjamin jika tinggal di asrama"..ujar ibu ku kepada ahli parlimen Tambun pada 1998 lalu.

Terus, dato Husni mendail nombor di telefon mejanya, bercakap dengan pegawai pelajaran Negeri Perak.. Gua terus diterima masuk ke Rancangan Khas akademik SMK Anderson menggu depannya.. kata Dato, dia boleh tolong, selagi mana kelayakan individu itu adalah baik..maksudnya walaupun dapat 4A 1B UPSR tahun sebelumnya, ianya masih dirasakan layak dibantu kata dato..

Inilah permulaan kehidupan penuh wawasan gua.. daripada hari itu, gua terhutang budi kepada ahli parlimen tempat gua yang sanggup membantu ibu gua yang datang meminta bantuannya..pada gua, jika gua tidak masuk ke asrama itu, hari ini mungkin gua dah mati atas jalan raya sebab jadi mat rempit..

Bertitik tolak dari bantuan Dato itu,peluang meningkatkan diri sendiri gua gunakan sebaik mungkin . dan kesinambungan akademik gua berterusan hingga gua diterima masuk ke MRSM PDRM kedah pada tahun 2000..di sini, gua menggunakan peluang yang luas di Anderson itu bagi melonjakkan diri gua diterima masuk ke MRSM. kali ini gua tak pakai kabel.. tapi tetap ada bantuan dari pihak dato kepada gua.. memikirkan gua dari keluarga ber ibu tunggal, biasiswa persekutuan gua dikekalkan, dan ditambah dengan biasiswa MARA untuk 2 tahun berikutnya.. so, mak gua tak payah risau langsung pasal kewangan gua..ini gua sangat rasa bersyukur.

dato seri husni hanazlah.


Gua meneruskan pelajaran gua di program MATRIKULASI Melaka..Gua menggunakan sepenuhnya ruang dan peluang yang diberikan kepada gua..akhirnya gua berjaya menjadi seorang Dr Gigi pada tahun 2009.. namun walau berjaya mana pun gua, gua tetap ingat "turning point" kehidupan gua...1998 dibantu oleh Dato Husni, dengan ditakdirkan oleh Allah..

sebab itu, pada tahun 2009 itu juga, semasa temuramah kerja oleh pihak SPA, gua ditanya oleh salah seorang penemuduga bertaraf dato..

Dato SPA: kiang, apakah pendapat awak dengan situasi di Perak sekarang (2009, krisis perlembagaan di mana kerajaan BN merampas kembali kerajaan perak setelah setahun ditangan PR)

waktu 2009 ni, timbul pelbagai isu mengecam Sultan perak ketika itu sebagai alat BN. Sultan mengikut peruntukan perlembagaan dimana baginda tidak mahu membubarkan DUN ketika itu...

gua pun menjawab soalan dato itu dengan tenangnya.
" dato, kita mungkin mempunyai ideologi politik yang berbeza. tapi bila tiba kepada kepentingan negara itu, semua pihak harus mempertahankannya...dalam hal ini, kedaulatan raja-raja melayu adalah kepentingan negara yang harus dipertahankan" jawab gua dengan penuh yakin sambil tangan kiri gua mengetatkan kepala tali leher sendiri.

terus, dato SPA menempatkan aku di tempat pilihan pertama iaitu Perak.. jawapan itu tulus dari hati aku...apa jadi sekalipun, kepentingan negara sepatutnya dijunjung lebih tinggi dari ideologi politik..isu terkini adalah Lahad Datu...keselamatan negara tidak harus diremehkan oleh sesiapa pun walaupun berbeza mana pun ideologi politik setiap warganegara..

Ubah!!! Nak Ubah kepada apa??

"Anak muda agen perubahan", "jom ubah", "bersihkan Malaysia"....ini semua slogan pembangkang...pendapat gua, nak ubah kepada apa??...adakah kehidupan dan kualiti hidup gua selama ini semakin berkurang sejak lahir atau bertambah? Dari seorang yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah, hingga kini berpendapatan sederhana dan selesa, MASIHKAH RELEVAN UNTUK GUA BER UBAH???

sebab itu gua asyik tertanya tanya...kenapakah kebanyakan kawan-kawan gua yang Melayu profesional, menikmati kehidupan yang dibantu sebaiknya oleh kerajaan sejak era Dr Mahathir, menyokong pembangkang dengan mengatakan kita perlu mengubah kerajaan.. setelah mencapai status sosioekonomi yang lebih baik dari ibu bapa mereka.

cuba bayangkan betapa banyaknya sumbangan kerajaan sedia ada dalam kejayaan kerjaya mereka sehingga kebanyakan kawan2 gua menjadi melayu profesional..

ambil contoh "class of 2009 dental faculty of UKM"..batch pergigian gua masa di UKM dulu..
bila ditanya setiap seorang dari melayu berjumlah 40 lebih dari mereka, hampir semua nya mereka adalah hasil dari DASAR PENDIDIKAN NASIONAL Malaysia...
belajar di MRSM, Asrama Penuh Kerajaan, MATRIKULASI , UITM , dan masuk UKM itu pun hasil adanya kuota 55% kepada bumiputera... 

bila dah menjadi profesional  dan Dr gigi , masih berani menyatakan kita perlu berubah...UBAH KEPADA APA? janganlah kamu ingat bila dapat A dalam peperiksaaan , kamu dapat sambung pelajaran dan ianya bermakna segalanya atas usaha kamu seorang sahaja....jika tidak, kenapa bila di universiti, pelajar bangsa lain yang menjadi top 10 setiap peperiksaan..mana kamu yang mendabik dada sebagai pelajar cemerlang atas usaha sendiri bila berhadapan sistem meritrokrasi di Universiti??

disebabkan itulah, gua tetap dengan kerajaan sedia ada.. gua bersyukur dengan dasar yang dijalankan selama ini yang terbukti membantu gua yang mempunyai keluarga yang susuah dari segi ekonomi...

namu gua tetap bersyukur...

akhir kata daripada gua, jika benar majoriti rakyat Malaysia memilih untuk Ubah, gua tiada masalah jika ditarik balik:


  1. ekuiti ekonomi bumiputera berserta bantuan2 kewangan kerajaan.
  2. dasar pemilikan tanah rizab melayu kepada bukan melayu...maknanya semua orang boleh beli tanah dimana2 mereka nak walaupun di kampung melayu di mana2..
  3. dasar pembelian rumah kepada bumiputera ( 5% diskaun dalam pembelian rumah untuk bumiputera)

Namun gua merayu kepada kerajaan yang baru agar,

   mengekalkan DASAR PENDIDIKAN NASIONAL KERAJAAN....

peluang itu tetap ada, cuma kita sahaja kena pandai menggunakannya..

selamat mengundi!!  
Adios

               


Wednesday 30 January 2013

Si Teruna bertemu Si Dara

Dipandang ke kiri, dipandang ke kanan...banyaknya jutaan individu yang seakan-akan satu sama lain..jutaan banyaknya..hinggakan tiada perbezaan dari segi rupa...

yang menjadi taruhan , adalah si dara di hadapan sana, si puteri lindungan bulan yang hendak menamatkan zaman daranya, girl to be a woman..

namun, di kalangan jutaan individu di hadapannya, bagaimanakah si dara dapat membuat keputusan yang tepat dan jitu...

keputusan telah dicapai, si dara akan menemuramah setiap satu individu di hadapan nya..satu satu hati budi, kelebihan dan kekurangan akan cuba di serapi nya dan diharap dapat membuat keputusan pada akhirnya..

si dara bermula dengan individu pertama bernama Spirlo, si dara bertanya, "Nama kamu Spirlo, cantik namanya sehansem orangnya..sebutkan padaku, kenapa aku harus memilih mu dari jutaan yang lain?"

Spirlo tersenyum sambil berkata, "puteri tahu jawapannya itu, sudah tentulah rupaku yang menjadi taruhan..walaupun muka kami di sini semuanya seakan-akan sama, namun aku tetap mempunyai kelebihan sedikit dari yang lain"...

"apa kelebihannya?" soal si dara..
"lesung pipit di pipiku, manis dan dalam hingga mampu menakung air hujan" balas Spirlo..

si dara terus berjalan lagi, kali ini individu biasa biasa sahaja, tiada lesung pipit, ataupun burung pipit di sisinya..lantas si dara bertanya namanya...dan dia menjawab, " Spercho nama ku" , si dara agak pelik nama nama seakan akan sama...lantas tanpa bertanya hal yang remeh, si dara terus berbicara, "apakah kelebihanmu "

Spercho pun menjawab, " aku pandai berkata-kata dan jika kau mendengar ayat-ayat cintaku, nescaya jatuh  dan luluh romantis hatimu kepada ku"...si dara terdiam seketika dan terus bersuara...

"kata-kata manis tidak dapat menyenangkan kehidupanku" , lalu terus berlalu pergi..

Setiap individu terus ditanya sehinggalah sampai ke individu ke 500 ribu, si dara pun penat dan patah semangat dalam pencarian jodohnya..lalu diambilnya pembesar suara dan terus lantang bersuara, " hey berjuta-juta individu di hadapanku...aku ingin mencari pasangan hidupku, namun aku tidak mampu memilihdari berjuta-juta kalangan lelaki di hadapanku..aku terfikir satu cara terbaik dan adil kepada jutaan individu di hadapanku..."

Si dara masih terus bersuara, " sesiapa sahaja dapat sampai kepadaku dalam masa yang terpantas, nescaya dialah individu bagiku dan aku akan buka ruang hatiku untuk mu..aku akan pergi jauh ke hadapan sana, bersebelahan paip sana..berlumba-lumbalah kamu semua mendapatkanku".. kata si dara..

suasana yang malap di sekitar tempat pemilihan ini menyukarkan lagi pergerakan individu2..namun, atas keazaman yang tinggi bagi mendapatkan si dara, ianya bukannya masalah yang besar bagi mereka...kenapa mereka begitu semangat mendapatkan si dara??

bukankah ada pepatah menyatakan, kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum..peribahas ini tidak sesuai untuk keadaan mereka...berjaya dan terus hidup jika dapat si dara, mati dan terbuang untuk yang sebaliknya..

si dara telah bersedia di hadapan sana, bersebelahan paip besar di sebelah istananya...wisel di bunyikan dan jutaan individu berpusu-pusu mendapatkannya...

halangan yang pertama, oh tidak, sungai di hadapan sana, berenang renang lah mereka merentasi ranjau pertama....

namun setelah seketika berlumba, perlumbaan sudah tamat buat selamanya...sudah ada pemenangnya....semua terpingga-pingga..masakan cepat sebegitu...

lantas puteri dara di peluk manja oleh pemenang perlumbaan itu...hatinya terbuka, si dara pun bertanya..masakan kau dapat sampai lebih laju dari yang lain, walhal, wisel baru 2 minit berbunyi...bagaimana kau dapat merentasi sungai dihadapanmu dengan sebegitu sahaja??"

lantas beliau bersuara, "puteri, antara kelebihanku adalah kepakku..terbang sahaja tanpa harungi cabaran itu..maka akulah pemenangnya" 

si dara bertanya lagi, "apakah namamu si bertuah individu?"

"akulah, SPERM WITH THE WING MY PRINCESS OVUM..." 2 hati menjadi satu...


sekadar selingan..tiada kaitan dengan sperma sape2..


TAMAT...

si dara= ovum
individu juta-juta = Sperma
batang paip besar= tiup fallopio


ok, tamat sudah kisah cerita rakyat di Kiang Boy...anyway, Kiang Girl dah pregnant!!! cepat jugak ya...mesti ramai yang bertanya, cepatnya....di atas inilah jawapannya...hehe
         

troopers Kiang junior..
                                   

Alhamdulillah, doakan kesihatan Kiang Girl dan moga bayi comel dihasilkannya...tak comel pun, tetap disayangi jua...WELCOME TO OUR LIFE KIANG JUNIOR  !!!!!


positive thinking chor..
Adios ..

Wednesday 12 December 2012

Dari Buntong, with love..

AMARAN: entri ini bukan seperti Kiang Boy hasilkan..ada macam keperempuanan sikit...maka, baca jika minat, sediakan plastik sebelum muntah..


Salam sejahtera pembaca kiang boy sekalian...buat  julung  kalinya,aku berinisiatif mengemaskini blog Kiang Boy ini..ramai yang tertunggu tunggu bagai menunggu bulan jatuh ke riba, kucing yang baru lahir pun dah menjadi remaja dan dah pandai mengawan dalam menunggu entri terbaru kiang boy...al maklumlah, aku bukan lagi tinggal di pekan slim river..aku telah berpindah ke ipoh dan menghadapi realiti kehidupan pekerjaan sebenar sejak march 2012  lalu..


Kehidupan di slim river jauh berbeza dengan kehidupan di ipoh...di ipoh ini, segalanya amatlah sukar, bermula dari bos ,hingga lah pemandu di klinik baru aku...kerja sebagai dr gigi bukan sekadar tgk gigi, korek2, tampal2 dan cabut2 sahaja...menjadi dr gigi, bermakna menjadi ketua di klinik masing2...dan secara jujurnya, menguruskan peralatan dan pesakit lebih mudah berbanding menguruskan pekerja di bwah jagaan.

realiti tetap realiti..ianya perlu dihadapi..
Baiklah, apa yang nak aku bincangkan hari ini lebih kepada realiti dan suasana menjadi pegawai pergigian kerajaan di bandaraya Ipoh berbanding di pekan kecil bergelar Slim River.

Ipoh adalah bandaraya maya (ikut kata papan tanda tepi jalan)..berkapasiti penduduk melebihi SEJUTA..difaktakan sebagai bandar ke 6 paling padat di Malaysia dengan majoriti penduduknya adalah Cina (70%), Melayu(17%) dan india (13%). aku ditempatkan di Buntong, berkapasiti 60% penduduknya adalah india...teringat rubinderan bukan?

Ditempat baru, cabaran baru, dan masalah baru, difaktakan dibawah ini, 10 cabaran KB di Buntong, berbanding di Klinik Pergigian Slim River:
sebelum tu, aku nak umumkan, Kiang Boy telah berpindah ke Buntong, ipoh sejak march 2012..mesti anda kata sekarang , tak tanya pun..suka hati aku la nak cakap apa pun..blog aku..haha

kali ini aku nak gunakan kata nama diri pertama  sebagai GUA...

1. PESAKIT TAK TAHU CAKAP MELAYU

Ini antara perkara pertama yang gua paling stress kerja di Buntong ni...90 % pesakitnya adalah dari bangsa cina, dan 50% dari mereka, langsung tidak tahu berbahasa melayu.. sampaikan kadang-kadang gua makin panas dan malas nak melayan pesakit yang masuk- masuk klinik sahaja akan kata, "saya melayu ta tau"..tahu pulak kau cakap macam tu kan..dan gua akan balas, "you ta tau melayu, saya ta tau cakap cina. tapi bukan saya yang mau cabut gigi"..walaupun gua yakin ayat balasan gua dia tak paham, tetap gua kena cakap jugak..

berbeza dengan Klinik pergigian Slim River, kebanyakan pesakit nya yang berbangsa cina, fasih berbahasa melayu dan sangat baik dari segi tutur caranya..entahlah kenapa berbeza dari sudut itu, adakah boleh kita salahkan masyarakat?

2. JARAK KE TEMPAT KERJA 

Kalau dulu di Slim River, rumah gua depan klinik je. gua intai dari tingkap rumah pun boleh nampak staff gua tengah punch kadkan untuk kawan dia..kiranya gua siap boleh jadi pak guard tanpa bayaran la kat Klinik slim River tu..

Tapi bila dah ke Buntong ni, parah jugak la kan kena gerak dari rumah pukul 7.15pagi setiap hari..kalau tidak merah la punch card gua..jarak adalah dalam 16 km, tapi yang menjadi masalah nya adalah kesesakan lalu lintas yang amat dasyat di bandaraya ipoh...almaklumlah, orang-orang Malaysia sekarang dah mampu beli kereta..itupun masih kecoh harga kereta mahal lagi...

sebab itu  gua kena bergerak awal dari rumah..

3. ATAS SAMPAI BAWAH 

Ok, mungkin lu orang semua fikir kotor bila gua cakap atas sampai bawah..bukan.. apa yang wa nak sampaikan adalah , dari atas bos gua, sampai lah ke staff paling rendah di klinik gua amatlah mencabar bagi gua hadapi....hadapi bermaksud bagaimana gua memastikan kerja yang diamanahkan kepada gua oleh bos gua disudahkan dengan jayanya di peringkat klinik..berbezanya dengan situasi di klinik pergigian slim river, dari atas sampailah ke peringkat bawah, amat mudah gua hadapi...satu prinsip yang wa rasa perlu difahami bila bekerja di organisasi kerajaan ini...KERJA KENA SUDAH, TAK KIRA MACAM MANA KORANG LAKUKAN..

bila wa bagi arahan kat anak buah gua, dan diorang tak laksanakan, sudah tentulah wa akan tegur dulu..bila diorang masih buat tak tahu, wa akan gunakan ayat yang wa tulis atas ni...tapi kalau lu orang nak guna ayat wa ni, pastikan lu orang ada gaya yang tegas, sambil mata yang tepat memandang ke arah mata anak buah yang korang arahkan...
pasal bos gua, gua malas nak cakap banyak..nanti dia bagi wa markah rendah pulak..

4. ONCALL MACAM SYAITAN

Syaitan hanya lah gua maksudkan dasyat...so, jangan pulak lu orang blur tak faham..

Ya, Dr gigi pun wajib kena oncall..gua amat panas bila ada kawan-kawan mak gua buat-buat terkejut Dr gigi pun kena oncall..

ya makcik, kami kena oncall..makcik ingat saya tampal dan cabut gigi je ke..kami kena uruskan mulut terkoyak dan tulang muka patah jugak tau...mencabar kerja kami tau makcik...

itu cuma apa yang gua bayangkan nak cakap kepada makcik-makcik kawan mak aku kalau diorang asyik buat-buat terkejut bila aku kena oncall...

oncall di ipoh ni memang syaitan...sudahlah rumah aku dengan Hospital ipoh 10km jaraknya..kesnya pulak, mak aihh, sakit pinggan dibuatnya..dalam satu malam,mula habis kerja sampailah ke subuh keesokannya, gua asyik keluar masuk rumah...dan gua paling panas bila datang pukul 3 pagi, dengan mata ada tahi lagi, tengok-tengok kes sakit gigi je..gua panas...tak boleh ke tunggu pagi esok je jumpa Dr gigi cabut gigi..panggil wa malam2 ni pun gua boleh buat apa...

itulah orang kata, bila populasi makin bertambah, orang-orang bodoh pun makin bertambah..

gua teringat oncall di Slim River dulu...3 bulan oncal pun ada satu dua kes je dalam 3 bulan tu..terbaik...

5. RAKAN-RAKAN SEKERJA 

bab ni, gua takde masalah..cuma gua bersyukur, rakan-rakan Dr gigi lain di ipoh ini amatlah sporting dan boleh dijadikan kawan. satu perkara yang kita selalu nampak, jabatan kerajaan pekan2 kecil, selalu orang muda kena jaga..tapi di bandar2 utama, orang muda tak muda sangat ditempatkan mengikut senioriti...

cuma bagi gua, itu adalah kelebihan..gua banyak belajar dengan senior2 gua ni..bagaimana mengharungi kehidupan sebagai dr pergigian di ipoh ini...sekurang-kurangnya gua tak sesat dalam menjalankan kerja yang diamanahkan...


ok sudah selesai....gua tulis atas tu 10 kan? tapi gua dapat korek 5 fakta je dalam otak suci gua ni..lagi 5 gua tak nak umumkan, takut kena saman..haha

kata nama diri kini ditukarkan kepada "aku".


kesimpulannya, cabaran tu baik untuk perkembangan kendiri setiap individu...aku terfikir jugak, sampai bila nak jadi dr biasa di klinik pekan di Slim River..kawan2 aku lain macam dah move on..yang kerja kat Felda pun dah balik bandar, takkan aku nak kekal selamanya di pekan kecil...move on...sebab tulah aku pindah bila dapat peluang..peluang apa? akan aku ceritakan entri akan datang...

agak lama aku dah tak mengarang macam ni..kualiti karangan aku di entri ini agak kurang mantap berbanding di entri-entri sebelum ini...sabar ya pembaca tegar sekalian...aku masih belum panaskan jari lagi....

Anyway, terima kasih kerana setia membaca entri diari gua ini...macam blog perempuan pulak rasanya bila baca entri ini...

yang penting, POSITIVE THINKING CHOR !!

adios amigos...

P/s- sila like page facebook KB untuk lawak lebih lanjut..
       Kiang Boy







Friday 18 May 2012

Seharian Bersama Adri's (episod 2)

Salam perak aman jaya pembaca kiang boy sekalian..
aku yakin, ada peminat tegar kiang boy tertanya-tanya apakah kesudahan nya blog KB ini..


kenapa sudah lama tak di update? dan aku yakin, ada juga yang sudah muak menunggu, hinggakan tak membuka lagi dah blog ini...haha..but, the numbers speak for itself..


page view kiangboy telah mencapai 5 DIGIT kini, sejak kali terakhir aku update blog ini...terima kasih, terima kasih, terima kasih...


untuk pengetahuan anda semua, aku sekarang sudah tidak lagi berada di Slim river, di mana aku sekarang, akan aku ceritakan secara lanjut di entri2 mendatang..sabar ya.


Bagi menghargai kesabaran anda , aku akan sudahkan kisah yang dipendam lama, seharian bersama adri, part 2, final episode..hehe..jika tak baca lagi part 1, silalah berbuat demikian...seharian bersama adri, part 1


Bersambung dari episod 1 (part 1)


"ya saya, sila masuk,sila masuk"...ba..adoi..segan nya aku...

Aku membuka kasut di luar rumah sambil memakai stokin yang aku baru beli khas tadi sempena hari bersejarah ini..antara sebab lain stokin baru dibeli adalah bagi mengelakkan adanya bau-bau yg boleh membunuh seekor kucing datang dari stokin aku.. walaupun aku yakin aku seorang pembersih, namun kemungkinan itu tetap ada kan..hehe

En Adri kelihatan garang namun masih tersenyum melihat dan berkomunikasi dengan aku...masuk sahaja ke dalam rumah, mata aku mula melirik kearah anak saudara KG yang berusia 3 tahun...lantas kanak-kanak bernama Syazaerina itu menjerit,

           "selamat datang ke rumah E-ein !!!"


ok, sekurang2 nya ada sambutan begini terhadap aku...kagum pada kanak2 ini...badan kecil berusia 3 tahun, mulut seperti gadis dewasa...semua benda nak ditanya nya, sampai aku tak larat hendak menjawabnya..macam soalan peperiksaan pula..

Fokus aku alihkan pula kepada sekeliling rumah, agak cantik rumah dihias, ikut kata en adri, rumah ini memang selalu di bersihkan oleh kiang girl...kiranya kiang girl seorang yang pengemas la..susah aku nak percaya fakta tersebut, sebab tiap kali kami keluar dan berhenti di stesyen minyak, KG akan pura2 tidur dalam kereta supaya tidak disuruh oleh aku tolong jalan sikit dan  bayarkan di kaunter minyak walaupun pakai duit aku..haha

sambung kembali, aku cuba berlagak cool di hadapan En adri...sambil duduk di sofa empuk di ruang tamu...soalan yang paling penting berlegar di kepala ku, "kiang girl nyer mana??"..takkan nak biarkan aku berseorangan kali pertama bersama En Adri...
aku pun senyap2 menaip mesej di Hanphoneku sambil 
mata dan mulut menumpukan ke arah En Adri...
"mananya awak??".....untuk makluman, sampai ke pengakhiran hari, mesej itu tidak dibalasnya..hahaha

Lantas, bicara aku mulakan...

KB: cantik cuaca hari ni kan pakcik?  (ayat standard semua orang yang takde idea)

En Adri: memang..kat sini kalau tak kena musim, banjir dibuatnya sampai ke jalan simpang depan nak masuk sini tu..

KB: ohhh...

aku menjawab ohhh, sambil memberikan reaksi penuh minat...

kemudian, dalam beberapa saat, suasana terdiam kembali....


........dapat kedengaran bunyi libasan kipas di siling, diselang seli dengan bunyi gorengan di dapur, sambil balas membalas senyum aku dan en Adri...dalam kepala aku, aku pasti En adri tengah mengadili pertuturan dan gaya aku ni..bajettt..hahahaha

terus, aku kembali mencari rentak bicara...sebelum peluh jantan aku keluar, baik aku cari idea apa nak dibualkan ni..haha..takut jugak aku kalau diam2 nanti, En Adri tanya soalan berkaitan agama lebih2, buatnya aku tak dapat jawab soalan simple, kan malu..hehe

aku terus bertanya...

"pakcik dah pencen kan?"
"untung lah anak2 kembar dah berjaya kan pakcik"
"dah pencen ni buat ape kat rumah?ada aktiviti lain tak"
"dulu kerja bahagian kesihatan kat JKN tu bahagian mana?macam mana pengarah masa tu?"
"pakcik main facebook tak?"

dan soalan yang paling gempak dan aku paling respek pada diri sendiri kerana aku berani tanya pada pakcik adri adalah,

"pakcik, kat sini ahli parlimen DAP kan?kenapa orang sini tak undi BN?pakcik undi mana?"

opsssss, terlampau santai pulak soalan aku.. ..disebabkan rancak berbual, aku termasuk soalan yang sensitif...namun, kagum dengan balasan En adri, dengan cool menjawab soalan2 aku walaupun berkaitan politik..memang nampak En Adri ni senang berurusan dengan orang lain..lancar sahaja..syukur..hehe

dia pun membalas setiap bicara aku, sambil meyelitkan satu dua soalan kepada aku...topik2 soalannya agak biasa, berkaitan keluarga, kerja dan sebagainya...sedar tak sedar , sudah setengah jam aku bersembang dengan en adri, kelibat ahli keluarga lain selain ein tidak kelihatan...tiba-tiba, kelihatan seorang gadis mengangkat minuman ke meja makan...sopan sahaja...dan gadis itu adalah kakak kepada kiang girl...aku dah biasa dengan akak salmiah ni, maka secara berjenaka, aku mengusik nya,  ''Awat muka akak macam tak mandi lagi ni?"

opsss, terlepas sudah...aku tiba2 menjadi kiang boy akibat terlalu santai. ish..kecewa jugak terlepas soalanm macam tu ..haha

akak salmiah dengan bersahaja menjawab secara cool gurauan aku..fuhh, nasib baik..hehe

sejurus kemudian, kiang girl muncul...dengan memakai baju t-shirt lengan panjang, berseluar trek, dan bertudung, senyum kepada aku...dalam hati aku berkata,  "ceit, baru nak muncul, dah rosak dah suasana aku hancurkan dengan gelagat kiang boy aku" hahaha

kiang girl sibuk menyusun makanan2 yang akan dihidangkan...muncul pula mak kepada kiang girl , maka semua watak seharian bersama adri's telah pun muncul....en adri, mak, akak ,ein dan kiang girl sendiri memenuhi ruang tamu dan meja makan berdekatan dengan kami...

"mari mari kiang, mari makan"...ajak en adri kepada aku...

aku masih dalam mode control pun secara perlahan lahan berjalan ke arah meja makan yang dipenuhi pelbagai jenis makanan...

ada kek batik, nasi lemak, ayam goreng, dan kuey teow....

1. kek batik dimasak oleh kiang girl, 
2. nasi lemak, ayam goreng dan ikan masin pula  
    dimasak oleh akak salmiah,
3. manakala kueh teow disediakan oleh mak kiang 
    girl...

aku sebenarnya dah bersedia kalau2 en adri nak aku baca kan doa makan..itu perkara asas ok..takkan baca doa makan pun tak tau kan..siap dah bersedia memanjangkan lagi doa makan ..namun hampa, kami semua makan dengan doa masing2..berkumat kamit mulut setiap orang, dan kemudiannya aku memulakan serangan aku terhadap makanan2 di hadapan mataku..maklumlah, dahn pukul 10 pagi, sejamah makanan pun aku tak telan sejak dari rumah tadi..


satu persatu makanan aku rasa...dari nasi lemak berlaukkan ayam goreng dan ikan masin, kuey teow goreng hingga lah ke kek batik..


antara kelebihan aku adalah pengkritik makanan yang tegar, namun hakikatnya aku tak tahu dan tak suka langsung memasak....dan makanan yang selalu mendapat kritikan dan pujian aku adalah makanan mak aku...kritikan aku sejak kecik sampai sekarang menjadikan makanan mak aku sehebat peserta masterchef malaysia...


ok, sambung balik cerita..


suapan demi suapan aku makan...aku menjadi seorang yang amat sopan di meja makan, bagaikan seorang pengantin sedang menjamu makanan pengantinnya...dan untuk pengkritik makanan macam aku, sudah tentu tak lari dari mengkritik makanan di hadapan aku, cuma kali ini, aku menahan gelora kritikan aku..


namun , segalanya hancur....Kiang boy tetap jua bersuara....


sedang pakcik adri menjemput aku merasa tiap makanan yg terhidang, aku terlepas salah satu kritikan pedas aku...


en adri: makan2 kiang..ada banyak ni...ni rasa lah ikan masin ni..


kata en adri sambil mengangkat pinggan berisi lauk ikan masin ke depan aku..


aku pun membalas,

" takpe takpe pakcik, ayam goreng ni pun dah cukup masin" 


errr, semua terdiam setelah mendengar ulasan jujur aku...

setelah 3 detik, barulah aku perasan aku sudah "terlebih sudah"...demm


lantas aku cuba menukar topik perbincangan dengan bertanyakan hal-hal dunia..


"sini selalu hujan tak pakcik?'
hahaha...soalan cover sungguh...


selesai sahaja kami bersarapan pagi, sebelum keluar untuk balik ke Ipoh, aku dengan berani nya terus bertanya, "pakcik, family saya datang bulan 10 ni ya.." soalan berani hari pertama bagi meminta kebenaran untuk merisik..


persoalannya, ada lagi ke risikan-risikan 
zaman moden ni..
mak selalu cakap, zaman sekarang dah tak sama macam dulu dah...contohnya "orang zaman sekarang mana pakai sabun buku ketul-ketul tu sental kat badan..zaman moden kan dah pakai sabun cecair macam dove, sokobutso dan sebagainya"..kata mak menjustifikasikan kata2nya..hehe


namun, ape salahnya kan..boleh makan2 meluangkan masa lagi di hari risikan...




Gambar hiasan dari google...   ;-)






begitulah kesudahan episod yang syok sendiri, seharian bersama adri...terima kasih kerana sudi membaca..nantikan, artikel dan kisah2 menarik di kiangboy akan datang...setia menanti itu amalan mulia..


yang penting,
POSITIVE THINKING CHOR   !!!


adios,amigos...


p/s- terasa puas dapat sudahkan entri ni..entri next, aku nak mengutuk orang..nantikan...





























Tuesday 14 February 2012

Kompilasi hebat Kiang boy..


Persoalannya, hebat ke?anda tentukan di akhir entri ini..

Entri ini ku tujukan khas kepada pembaca2 kiang boy yang mempunyai  lesen yang sah untuk membunuh...bunuh apa? Bunuh gigi...Mengkuburkan gigi2 yang layak dihina dan dikeji  dimana gigi kelihatan amat dikasihani dek kerana kecuaian dan ketidaktahuan individu berkenaan dalam penjagaan giginya. .


Melihatkan pesakit2 yang cantik rupawan dari luar, tapi awas, kecantikan pada mata kami bukan hanya pada rupa paras fizikal luar sahaja, bukan berdasarkan bau bauan minyak wangi jenama guess 3 botol yang disembur itu, atau sesingkat mana skirt yang dipakai..kecantikan kepada kami bergantung kepada betapa cantik dan bersihnya gigi pesakit kami...dengan kata lain kami adalah pencabut gigi dan hanya kami  layak menghina gigi orang lain secara sah..lama betul aku mengarut baru nak sampai  point aku kan?padan muka sebab kena baca...haha...for my appreciation of torturing...selamat membaca entri yang penuh ikhlas ini, dari Dr kiang boy..
sebelum tu, like dulu page ini....


page rasmi kiang boy (klik sini)

Pernahkah anda doktor2 gigi sekalian menghadapi situasi ditelan mati emak ,diluah mati bapak apabila berhadapan dengan pesakit?ataupun situasi dimana orang atasan dan orang bawahan yang mempunyai ego yang tinggi hinggakan mengganggu gugat tugas harian anda?aku ada beberapa kisah yang ingin dikongsikan bersama.Entri ini adalah kompilasi segala kisah suka duka pengalaman aku dan rakan2 doktor pergigian aku dalam menjalankan tanggungjawab kami ..sama ada pengalaman kawan aku tu aku curi dari status hit facebook diaorang, ataupun diceritakan sendiri oleh mereka kepadaku..



macam mana aku kenalpasti status FB itu hit? bilamana status itu mendapat lebih dari 5 like dan komen lebih 10 orang berbeza, dan wajib ada satu komen mempunyai tulisan ‘haha’..maksudnya lawak walaupun dikomen oleh seorang individu sahaja..hehe...kalau yang ada komen “grrr” tu aku tak masukkan..



”haha” adalah tanda lawak...”grrr” adalah tanda marah...definasi aku berikan kepada pembaca yang lampi bahasa sms ni..  

                       Lampi = lambat pickup=lembab



Kes 1...Pesakit aku...pakcik mabuk kuat tipu..

Pada suatu pagi yang damai, sedang aku asyik melayari blog Beautiful Nara, aku dikecewakan dengan bunyi panggilan giliran pesakit, QMS system...1010 bilik 1...
“arghhh sudah, pukul 430 la baru nak datang...sepanjang hari tadi pesakit ni buat ape entah” kata hatiku mengeluh mengenangkan kepenatan hari ini..padahal 1010 je..maknanya 10 pesakit  je hari tu..haha..pun mengeluh..
Masuk seorang pakcik melayu di pertengahan abad usianya...mata merah, bertopi dunhill, baju ada calit tanah...

Duduk di kerusi pergigian yg sepatutnya..aku terus bertanya, “apa yang boleh saya tolong pakcik?”
Bila mana sahaja pakcik membuka mulut, perghhhhh, ter bau alkohol yang amat kuat keluar dari mulutnya..lantas, fokus pada soalan aku itu terarah kepada perkara lain...adakah pesakit melayu muslim ini peminum arak?

“saya nak mintak temujanji cuci gigi doktor”..ujar pakcik itu..aku yang hilang fokus pada bau bauan itu terpaksa dengan gagah juga memeriksa keadaan gigi pakcik ini...dan aku mengarahkan pembantu memberikan temujanji kepada pakcik ini...
Sebelum pesakit keluar dari Surgeri pergigian, aku yang tidak merancang untuk bertanya,terus bertanya secara tidak sengaja soalan panas...”pakcik minum alkohol ke?”

Pakcik dengan mata merah terpingga-pingga untuk menjawab...terus menipu, “taklah doktor” ...
Nampak  sangat penipuan nya..aku yakin itu bau alkohol sebab selalu bau yang sama di satu kilang di Shah Alam..tempat kilang arak..Dan soalan aku itu bukan bercorak “offensive” pun..Cuma terasa ada tangungjawab untuk menegur muslim lain..


Bila mana anda tetap bertanya soalan yang anda tahu jawapannya, dijawab pula dengan jawapan yang kita pasti penipuannya, terus, aku menjadi “offensive” ..
“saya tahu bau arak pakcik...ini memang bau arak.pakcik tak boleh tipu saya...kalau saya bau lagi semasa temujanji akan datang, saya takkan lakukan rawatan untuk pakcik” tegas aku katakan supaya mesej yang ingin disampaikan jelas, walaupun agak rasa bersalah kerana terpaksa menggunakan ayat tersebut..

namun, "i am muslim first, dentist second"..
Pakcik yang nampak agak mabuk mengangguk, dan beredar keluar...haha...terpaksa la...kalau dibiar, kita yang dapat dosa kerana tak mencegah kemungkaran kan..hehe..ok NEXTTTT....



Kes 2, Dr Chee dengan perasuah gigi palsu..

Dr Chee adalah sahabat aku di Klinik pergigian Hilir Perak...Pada suatu petang yang sibuk dengan pesakit-pesakit luar, tiba giliran seorang pakcik melayu berusia 70 tahun..

“apa yang saya boleh tolong pakcik?” kata Dr Chee dengan pelat cinanya..
“pakcik nak buat gigi palsu kat sini, boleh tak?”kata pakcik..

“boleh, tapi kena tunggu sekurang-kurangnya 5 bulan di senarai menunggu...kerana permintaan gigi palsu di klinik kerajaan amatlah tinggi.” Jawab Dr Chee dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.

“hmm, boleh tak awalkan lagi doktor?saya ada kenduri kawin anak saya bulan depan...kalau  boleh sebelum kenduri tu dah dapat gigi palsu.” kata pakcik merayu di awalkan giliran nya..

“eh, tak boleh pakcik, kena ikut giliran”

Kemudian, pakcik terus mengeluarkan dompet nya, mengeluarkan 3 keping duit kertas berwarna merah...”nah, Doktor ambillah duit ni buat belanja makan”..

Dr Chee terkedu melihat gelagat pakcik yang cuba MERASUAH seorang kakitangan kerajaan, semata mata untuk dipercepatkan giliran gigi palsu nya...Dr Chee dengan tegas menolak rasuah tersebut...


pakcik ni pun satu, nak wat kerja jahat rasuah pun, agak-agak la...3000 ringgit takpe la jugak, ini 30 ringgit je...celah gigi Dr Chee pun tak lepas...haha..Nasib baik Dr Chee menolak perlawaan tersebut, jika tidak, SPRM mesti datang menyiasat nya dan berkuburlah kerjaya doktor pergigiannya...


setelah beredarnya pakcik itu, terkejut Dr Chee melihatkan profile pakcik itu, sebagai seorang PESARA POLIS...


Dr chee tersenyum sambil menggelengkan kepala sendirian...


NEXTTTT....






Kes 3, pasangan romantik suami isteri veteran..


anda baca sendiri print skrin di bawah...aku malas nak taip...btw, dah mintak kebenaran hak cipta penulis asalnya terlebih dahulu..hehe..




ok, bagi pembaca berkerjaya dr gigi, mesti faham kan...aku nak jelaskan kepada pembaca bukan dr gigi...


fakta: setiap gigi palsu mempunyai identiti pemakai yang berbeza...sama seperti DNA ataupun cap jari seseorang...maknanya, pakcik dan makcik memakai gigi palsu yang sama menimbulkan perasaan pelik dan aneh dari Dr adib tersebut..sekian...NEXTTTT






Kes 4,nak cuci gigi, jadi saya tak payah berus pagi ni


pada suatu pagi yang damai(ayat wajib), sedang doktor Azmi melayari laman web terlarang di waktu kerja, tiba giliran temujanji seorang pesakit lelaki india, yang pada asalnya mahu membuat rawatan cuci gigi atau bahasa pergigiannya, scaling....


masuk lelaki itu dan terus duduk di kerusi pergigian nya..


Doktor:ok encik, saya nak cuci dan buang karang gigi encik hari ni..


Lelaki Y: ok doktor...


bukak sahaja mulut, perghhhh, bau yang amat kuat busuknya menusuk kalbu, menangkap urat saraf umat manusia...
bau busuk nya amat kuat, secara analoginya boleh membunuh manusia jika dihidu selama seharian ..begitu lah dasyat aku nak gambarkan...


Doktor: alamak Encik...kenapa mulut kotor dan berbau macam ni?hari tu masa saya bagi temujanji okey je...


Lelaki Y: kan ke hari ni temujanji cuci gigi...jadi saya tak payah la cuci 2 hari sebab hari ni doktor nak cucikan...


Doktor berkata dlm hati, "banyak cantik muka kau"..




NEXTTTT...






Kes 5, Probe ke perut?


masihkah pembaca ingat tentang abe shuhud...lelaki kacak yang pernah diceritakan suatu masa dahulu...kali ini dia muncul kembali di Kiang boy...
Dr Shuhud adalah seorang pensyarah pergigian pelatih di UKM...


beliau ditugaskan untuk menjaga hal ehwal pelajar baru tahun 1 fakulti pergigian..baca selanjutnya di print skrin ini...bawah gambar nanti aku jelaskan..










Baiklah, bagi yang bukan berasal dari dunia pergigian tentulah tak faham sepenuhnya apa lawak dan kejian Dr shuhud cuba sampaikan..cuma aku ringkaskan bagi anda semua faham...


dental mirror dan probe




budak tahun 1 pergigian sudah tentulah tak faham ape itu PROBE....ia adalah instrument pergigian dalam menyisat kedalaman lubang di gigi pesakit...Kalau CSI ada lampu toshliight nak probe tempat pembunuhan, kami ada probe sebenar nak siasat keadaan caries( lubang) pada gigi..


budak tahun satu ini meraba perut abe shuhud ibarat seorang gay bila di suruh memegang probe..walaupun abe shuhud suka dan selalu diraba oleh rakan-rakannya , tapi ianya tidak menghalang abe untuk mengeji budak junior kami ini..hahaha
   




baiklah, bagaimana pembaca semua? lawak atau tidak?kalau anda sekurang kurangnya senyum sedikit pun, sepatutnya aku anggap lawak...haha..


sebenarnya ada lagi kisah lawak yang ingin dipertontonkan kepada pembaca kiang boy sepanjang pengalaman kami bergelar Dr pergigian..namun, biarlah ianya disimpan untuk idea akan datang...


ini pun dah cukup panjang kan? sila rate di bawah bagi menyatakan sokongan...


tak lupa juga, like page facebook kiang boy!!


page rasmi kiang boy (klik sini)


penat sudah jari aku menulis, akhir kata, terima kasih daun keladi...jumpa lagi entri seterusnya....tentang Wan Zuhdi...5 perubahan Wan Zuhdi!!!..
positif thinking chor!!!


Adiossss....