kiangboy dikeji dikhalayak ramai oleh abe shuhud...eh, ada orang like statement dia..sape ek?? |
Kita mulakan kiang boy yang telah bersawang ini dengan kejian....satu soalan yang ingin aku lontarkan...Anda semua dah "berpunya" ke belum?ataupun masih seperti Abe Shuhud yang khabarnya (dikhabarkan sendiri olehnya) banyak peminat, tapi sorang pun aku tak pernah nampak..banyak bermanja dengan kawan lelaki je.sampai ber honeymoon di London okayy..haha
haha...penyokong tegar rupanya..hehe.. :-p |
Apa itu tahap pertengahan yang didefinasikan oleh kiang akan dikupas dengan isi-isi entri kali ini...perlu diingat, penulisan entri kali ini bersifat happy go lucky, tiada niat memburukkan mana-mana individu baik yang masih hidup ataupun yang telah meninggalkan kita, berkulit gelap atau putih melepak, berbadan montel atau kurus cekeding dan sebagainya...
Aku terpaksa menulis peringatan begini kerana salah seorang rakan lelakiku telah menunjukkan simptom PMS hasil kejian aku di laman facebook suatu masa dahulu..haha..makanya, nama-nama rakan yang keluar di kiang boy ini, disahkan cool dan happy go lucky,barulah aku bersetuju mengeluarkan nama mereka...nama seperti shuhud, wan zuhdi,ilani nordin, kiang girl (bukan nama sebenar) ,rubinderan muthusamy dan ramai lagi amat2 cool...jadi, pembaca usahlah kesiankan mereka jika dikeji di laman ini, kerana mereka pun tak kesiankan diri mereka sendiri..hahaha
Mode: Berlawak dengan Dr Love......
Sila lihat kronologi di bawah ini....
Mula bercinta------>Kenal mengenali------>Perangai buruk makin jelas------->Perasaan tanggungjawab mula ada--------->Kenal dengan keluarga------->Merisik dan bertunang------>Bekerja keras untuk perkahwinan----------->Perbezaan pendapat tentang perkahwinan------->Hari penamat zaman bujang--------->bla bla bla bla---------->dapat anak-------->the end..
kiang girl dgn lelaki tidak dikenali... |
Seperti yang aku tulis di awal entri ini, perhubungan boy and girl sudah berada di tahap pertengahan...mengenali keluarga masing2....tahap ini adalah turning point setiap satu perhubungan...jika sudah berjumpa dengan mak bapak pasangan masing2, perlu diingat, there is no turning back...sebab anda semua dah melibatkan keluarga...itu pendapat rakan-rakan aku masa belajar dulu la...mungkin zaman sekarang ni dah berbeza...sampaikan, tiap perempuan yang dah ada teman lelaki sampai 5 orang sejak habis sekolah, semuanya yang sudah menjadi bekas teman lelaki , dan semuanya dah kenal mak bapak masing-masing..mungkin ramai yang tak kisah, tapi untuk orang yang konservatif macam aku, it is too much i think....maka aku katakan di sini, mak ayah kiang girl adalah mak bapak kawan perempuan pertama yang aku jumpa...dan harap, ianya menjadi terakhir...
ok, kita teruskan dengan kisah seharian kiang boy bersama keluarga kiang girl...nama bapak nya pakcik adri....jadi, tajuk entri ini, seharian bersama adri's...adri's melibatkan kakak, mak , en.adri sendiri dan anak saudara berumur 3 tahun...tarikh telah ditetapkan, 10 september 2011, hari aku berjumpa dengan Adri,s sekeluarga....lokasinya, Beruas, perak darul ridzuan...rumah keluarga ini..
Hati aku mula gusar memikirkan akan lawatan aku ke rumah kiang girl buat kali pertama ini...sebabnya aku risau jika individu-individu yang aku perlu jumpa ini, sebenarnya aku pernah jumpa...contohnya pesakit ke, pakcik yang potong line aku di pejabat pos dulu ke, ataupun pakcik yang penah tegur aku tidur tidur di masjid negeri dulu ke...apa akan jadi kalau salah seorang dari mereka adalah en adri...hahaha..
Jauh betul kemungkinan..tapi, perasaan risau tetap ada...sebelum melawat keluarga kiang girl, latar belakang keluarga perlulah disiasat...maksudnya di sini, bagaimana karekter, keterbukaan dan perbualan individu yang kita tidak pernah jumpa ini..
Adakah perlu aku menjadi kiang boy semata-mata sama seperti aku berinteraksi dengan kawan-kawan, keluarga dan pesakit aku..perlukah aku kurangkan percakapan aku yang sememangnya menjadi kegemaran aku sejak dari dulu....setelah mengetahui bagaimana karektor mereka, aku dinasihatkan oleh kiang girl, menjadi sopan , tidak menjadi kiang boy untuk satu hari....namun, mampukah aku menjadi senyap dan sopan??nak tahu apa jadi tak??
Aku ingat tadi nak buat part-part...tapi rugi rasanya kalau nafsu menaip tengah ada..alang-alang, tulis la sebanyak mungkin kan..haha
KG: hey, mak cakap masak nasi lemak je ok tak?
KB: cakap kat mak awak, tak yah susah2...lagipun
saya tengah diet ni..haha
KG:mak nak masak jugak...jangan tak makan pulak
nanti...
KB:ok...lagi 20 minit lagi sampai ni tau...dah dekat
dengan rumah ni
KG: uii, bawak pelan2 sikit...makanan pun tak siap lagi
ni...
Kelajuan baby grey dikurangkan, dari 100km sejam pada awalnya, menjadi 60km sahaja selepas berbicara di Hp dengan kiang girl...dalam benak fikiran aku, nak cakap pasal apa nanti ni dengan en adri...nak cakap pasal cuaca ke?pasal team bola perak ke?pasal adik beradik kiang girl ke?ish ish...oh ya, sembang pasal politik macam okey je..ye tak?haha..tapi jika diikutkan kan KG, jangan jadi kiang boy yang bercakap banyak..mampu ke aku..hmm...
Setelah 30 minit, akhirnya tiba jua aku di pekan Beruas...suasana kampung yang segar jauh dari kesibukan kota amat2lah mengujakan...aku mengikut arahan yang awal2 diberikan oleh KG..alamat rumahnya agak mudah di cari...ini adalah benda yang penting, ketahui alamat rumah pasangan yang ingin anda pergi..bayangkan jika aku tak tahu mana rumahnya, tengok-tengok sampai kat kampung cina mana entah...
akhirnya aku tiba jua di rumah KG...pintu pagar depan terbuka, pintu rumah jua terbuka bagi menyambut tetamu...dalam fikiran aku,"ok, aku dialu-alukan"...
hati mula gembira sedikit...
asslamualaikum...assalamualaikum...
salam aku berikan...selepas 5 saat, salam aku dibalas oleh seorang lelaki..aku pun bertanya, "ini rumah en adri ke?"..
"ya saya, sila masuk,sila masuk"...balas en adri..adoi..segan nya aku...
bersambung lah ya di part 2..
positif thinking corrr..
adios....