Kiang-boy..dah lama rasanya aku tak update dengan entri-entri berkualiti aku...bukan aku tak nak update, cuma idea tu tak betul-betul gempak untuk dimuatkan..takkan lah anda mahu membaca kisah aku melakukan rutin harian biasa, contohnya kisah aku setiap kali masuk tandas, nampak jerawat baru tumbuh, dan aku mengeluh, "huu, kenapa ada jerawat..,huu".....ataupun kisah bila aku balik Ipoh, asyik tengok mak aku layan cerita Indon di astro, dan bergaduh nak tengok cerita lain...bosan bukan cerita harian begitu?tak tahulah kenapa ada orang sampai boleh update 5 entri sehari...sampaikan kisah ternampak kucing comel tepi jalan pun nak dijadikan entri..aneh bukan?
Pada aku, kualiti lebih penting dari kuantiti..biar tak banyak entri dihasilkan, tetapi setiap entri, akan memberi impak kepada kehidupan para pembaca..cewah..
(amaran:perenggan berikutnya mempunyai unsur fitnah)
tahu bagaimana aku menilai entri mana yang dirasakan sesuai untuk kiang boy?aku hanya akan update jika ada kejadian2 yang dirasakan dapat menarik minat orang ramai..ataupun mempunyai idea mengeji junior2 dan rakan2 aku...untuk entri kali ini, aku akan mengeji seorang junior aku ni...namanya Wan Zuhdi..beliau adalah seorang lelaki kacak berkulit putih yang mempunyai karisma tersendiri...kenapa aku nak taip pasal beliau? untuk pengetahuan gadis2 di luar sana, hari ni harijadi Wan Zuhdi yang ke 24...happy birthday wan...ingat pesanan aku ni..jangan pakai seluar dalam secara recycle...tukarlah dengan kerap dengan yang dah dibasuh setiap hari ok...aku amat kecewa dengan hang tau tak...sebab bila Arsenal main kat malaysia, hang sanggup datang dari penang walaupun merangkak sekalipun...malaysia lawan singapura semalam hang taknak datang pulak..bacary sagna betul..haha...anyhow, happy bday..nanti aku g penang,hang wat la parti gay utk aku ok...
Wan Zuhdi, yang kacak bergaya..bukan bangla ya.. |
ok ok, cukuplah kisah pendahuluan dalam mengeji orang..aku nak tanya satu soalan kepada pembaca....di manakah anda pada pukul 845 mlm, tarikh 28 julai, 2011 ?aku tanya anda semua kerana aku tahu aku berada di mana pada waktu tersebut...mungkin pada waktu tersebut, anda para pembaca berada di rumah urut atau pun sedang mencuci berak anak saudara masing2 ..
bukti pembelian tiket..warna pink tak tahan |
Aku bukanlah nak tulis tentang permainan tu..berlambak-lambak blog-blog sukan yang bermula dengan perkataan soker menilai persembahan pasukan malaysia...siap buat analisis lagi dalam merencana kesalahan dan kekurangan pasukan malaysia...
kali ni, aku akan menceritakan pengalaman menonton perlawanan bola sepak secara langsung di depan mata di dalam stadium bukit jalil, diwarnai dengan sorakan penonton, dan bau-bauan masam abang-abang yang kuat berpeluh..seksa tahu...
bagi pembaca tegar kiang boy seperti nani, ilani ,dan pika, sudah tentu tahu aku bekerja di Slim river kan...jarak antara SR ke KL adalah 100km...28/7/2011 adalah hari khamis, dan jumaat hari berikutnya masih hari bekerja...namun ianya tidak menghalang aku memberikan sokongan kepada pasukan harimau malaya yang disayangi.. aku meminta kebenaran meninggalkan klinik pada pukul 1 tgh hari....kira nya aku off petang ler ni...dan aku kena bekerja semula pada keesokan harinya, iaitu hari ini, jumaat 29/7/2011.. setiap detik perjalanan aku dari slim river akan kuceritakan...kepada yang tak minat nak tahu, sila hentikan bacaan anda sekarang...pergilah baca blog bagaimana nak buat kek ke, blog bersolek ke...haha
oh, anda masih membaca, trimas..hehe
aku bercadang menonton perlawanan ini bersama -sama junior kesayangan...azril aka ustad, muiz aka manja,ria aka comel ,ijad dan ipok...di entri ini, anda akan berpeluang melihat foto2 ustad yang tidak terdapat di tempat lain,walaupun di fb sekalipun...
aku bertolak dari slim river pada pukul 130 tgh hari..dengan pecutan 140 sejam, aku tiba di KTSN pada pukul 230ptg...semua akibat kesesakan kuala lumpur...biasa la kan..
Jam menunjukkan pukul pukul 3, macam haram, rancang nak bertolak pukul 3, sampai pukul 5 tak bergerak lagi..semua disebabkan kami menunggu budak comel ria tiba dari rumah urutnya...jam telah menunjukkan pukul 5, semua telahpun berada di set off point, KolejTunSyedNasir...namun aku menyedari, aku tiada jersi bola sepak malaysia...what the hell !!!
Diselongkarnya almari muiz pun tidak dijumpai...nasib baik ustad bermurah hati memberikan koleksi-koleksi jersinya kepada aku...aku pun menerima dengan hati terbuka perlawaan ustad...yela, badan ustad mana ada kurap ke, kudis buta ke, sebab tu aku setuju..
anak2 yeop...azril, yang jarang-jarang dilihat di alam maya.. |
kami bersiap dengan jersi masing2..muiz dengan bendera malaysia, ustad dengan selendang malaysia nya...ijad dengan topeng ninjanya.....kami berkonvoi dengan 4 buah motor...saat2 perjalanan ke stadium telah aku rakamkan utk tatapan pembaca setia..
ketua pancaragam kami pada hari konvoi ini tentulah tak lain tak bukan, ustad..susuk badan yang gagah serta wajah berserta pengalaman bersama konsi gelap akan kami gunakan sebaik mungkin...cuba cakap, siapa yang tengok ustad, dan tak takut dengan raut wajahnya? tiada bukan?maka dia terpilih sebagai ketua rombongan..
aii, garang nampak ketua pancaragam... |
ijad dan muiz.. |
muiz memeriksa trompet yang membingitkan telinga |
semua ni semayang ok...jangan berperasangka buruk.. |
semangat..Aummm |
ustad yang skema, berkaca mata.. |
bila malaysia mendapat gol, perghhhh, gegak gempita stadium bukit jalil...dapat dilihat jua wajah rakan2 seperti muiz dan ustad yang amat ceria..ustad seperti biasa sepanjang permainan merencana starategi untuk pasukan malaysia sambil memaki pemain yang tidak mengikut arahannya..haha
dan sesudah singapura mendapatkan gol, terlihat wajah2 kecewa peminat di sekeliling...budak2 yang pergi sekali dengan aku ni lagi la...tak habis2 geleng kepala, dan 15 minit terakhir sebelum perlawanan tamat, dapat dirasai kekecewaaan mereka..senyap sahaja sekor sekor...tak bercakap lansung.. namun, awek-awek di hadapan kami masih ceria bergambar sambil bergelak ketawa..hahaha..pompuan betul...
walaupun malaysia tewas, tetap ceria.. |
sesudah wisel ditiupkan, kecewa pun berakhir...watpe nak kecewa lama-lama kan....wat stress jer...namun tak macam muiz..sampai sakit kepala dia kecewa...takpe muiz, aku tau ko kecewa, tapi kelantan kan menang..hehe
pejalanan keluar dari stadium dan kearah motosikal kami adalah saat2 yang paling hangit sekali malam tadi...bayangkan, beribu-ribu peminat keluar dari stadium, menggunakan satu sahaja pintu, berhimpit himpit macam sardin, dengan bau bauan bagai, peluh melekat sana sini..amat tak sesuai untuk wanita...berasak-asak sampaikan sesak laman stadium tu...dapat bayangkan tak? kalaulah seorang terjatuh kat situ, aku pasti orang tu akan mati kena pijak....Alhamdulillah tiada kejadian yang tak diingini berlaku..
kami pun bergerak pulang dari stadium tepat pada pukul 1130 malam, dengan keadaan kesesakan jalan raya yang amat teruk...
sampai sahaja di kolej, jam telah menunjukkan pukul 1230 mlm...dan aku terpaksa mengharungi perjalanan jauh ke Slim River, dengan hari kecewa.
anyway, sampai sahaja ke slim river pukul 3 pg..terus gosok gigi, dan tidur...pagi2 keesokan nya, aku bangun dalam keadaan segar, dan aku rasa seperti dalam keadaan mimpi perjalanan jauh semalam...
masa untuk aku bergerak balik ke Slim River |
simple yet thrilling... hope pasukan malaysia dapat bangkit selepas ini
apapun,
positif thinking chor!!
Adios...