Showing posts with label fakta berat. Show all posts
Showing posts with label fakta berat. Show all posts

Friday, 1 July 2011

Good bye FRIENDSTER!!!

Imej di sebelah kiri adalah homepage login pertama laman sosial friendster.. nampak seperti homepage facebook bukan?nampak sangat mark zuckernberg pemplagiat..haha


Friendster pada zaman kegemilangannya iaitu dari tahun 2002 hingga 2008 bernilai sekurang-kurangnya 100 juta US dollar.Majoriti pengguna friendster adalah penduduk Asia, dan dengan kedatangan Mark Zuckernberg, menandakan loceng kematian laman web yang popular ini..


Pada tahun 2009, friendster telah dijual kepada syarikat dari Malaysia, MOL Global dengan nilai jualan 40 juta US..usaha telah dilakukan bagi mempromosi Friendster... 


namun usaha demi usaha bagi menaikkan semula friendster gagal dan nilai nya menjadi 10 juta US awal tahun ini...


MOl Global tidak dapat menaikkan semula friendster yang semakin merudum dengan kehadiran Facebook...pelbagai ikhtiar dilaksanakan mereka, bertukar tukar rupa homepage, dari warna biru, ke warna hijau dan yang terkini friendster beta...


friendster terbaru kini amat lah memalukan...macam budak2...dengan sewenang wenangnya, mereka memadamkan segala foto2, testimonial dan mesej2 pengguna friendster..ini menimbulkan kemarahan majoriti pengguna yang terkilan, kerana mempercayai friendster boleh menjadi tempat kenangan mereka yang dahulunya berjinak jinak di laman sosial..


Oh, terlampau serius pulak aku berblog kali ini,mungkin kerana cuba menjadi blogger yang serius...haha




ok, di sini, aku akan senaraikan 3 fakta menarik mengenai friendster dan kenapa pengguna laman sosial tersebut marah dan terkilan dengan tindakan memadamkan akaun mereka:


1. Foto 
ini adalah sebab utama ramai diantara pengguna FS berang dgn admin yg bertanggungjawab menyelengara FS..


antara kelebihan friendster  adalah, ianya menjadi gudang sejarah foto2 lama para pengguna..sejarah, adalah perkataan yang cuba di highlight kan...


mesti ramai di antara anda cuba menangkap gambar sebanyak mungkin supaya rupa dahulu yang kiut miut dapat dirakam kembali bukan...tidak, tidak...makin bertambah usia, makin lebar seseorang itu...itu hakikat seorang lelaki dan sebahagian perempuan...
kebanyakan pengguna friendster dahulu masih melawati laman itu kini dek kerana di situ tersimpan gambar2 mereka sewaktu zaman2 baru akil baligh lagi...


contohnya, kawan aku wan zuhdi, gambar di friendster nya amat kacak2 belaka...cuba anda lihat foto terbaru beliau di Facebook, seperti bangla pun ada...namun aku perasan beliau cuba menangkap gambar pelbagai posisi agar kecomelan nya dahulu dapat dicapai semula, namun hampa, wajah bangla juga yang dihasilkannya...




maka dapat lah dikatakan di sini, Friendster mengkhianati pengguna lama sosialnya dengan selamba bulu ketiak panjang mereka memadam segala foto lama yang disimpan..cukup kurang asam...di mana lagi aku nak tengok gambar2 lama aku?jika bukan di friendster...menyesal tak save awal2 dulu..hahaha


2. Mesej dan testimonial 


aku teringat zaman2 nakal aku dan rakan2 aku dahulu...ada jer awek comel loteh, kacau dalam friendster...


yang perempuan pulak, gosip2 panas hal hal harian disimpan di dalam inbox mesej friendster..sekali sekala bila nak tengok balik kenakalan kita masa dulu-dulu, bukak la friendster..nak jugak tengok apa jadi kepada awek-awek yang pernah diganggu dahulu..


namun ianya telah menjadi kenangan..segala mesej2 telah dipadamkan..


istilah testimonial pula ataupun panggilan testi amat biasa di kalangan bekas pengguna aktif friendster dahulu...


bila login akaun friendster sahaja, hati kita mesti berharap adalah harapnya testimonial baru.berbungga bunga hati bila ternampak notification, "1 new comment!"..
dan dalam mood sentimental, bila membaca testi2 lama di friendster, teringat kenangan2 lama..namum kini, istilah wall post di facebook yang dikira sama sahaja prinsipnya dengan testi di friendster, namun testi tetap punyai ciri nya yg unik yang tidak dapat digambarkan berbanding wall post...




3. Friend list


terdapat ramai rakan2 di alam friendster , tidak dapat dijumpai di alam facebook...macam 2 alam yang berbeza..di alam fs(fs as friendster, aku penat taip penuh) dahulu, ramai juga rakan2 baru yang boleh dikatakan rakan media sosial yang aku tak pernah jumpa di alam realiti...dan persahabatan itu menjadi...namun, ianya menjadi semakin basi dan kendur dek kerana terlupa dengan rakan2 alam maya di fs..akhirnya, kini aku tidak menjumpai rakan2 tersebut di alam facebook...antara rakan2 yang aku masih ingat adalah bob, abg keras, dan suhana..di alam realiti tak pernah jumpa pun..tapi sebab ianya laman sosial, apa salahnya bersosial bukan?
nak cari balik rakan2 tersebut , hampa kerana fs telah memadam segala rekod friend list pengguna, double demmmm...




begitulah antara faktor2 kenapa pengguna2 laman sosial FS murka dengan tindakan yang dilakukan...tapi pada hakikatnya, pihak fs telah memberikan notis sebulan lalu melalui email kepada pemegang akaun supaya mendownload segala maklumat di akaun friendster sebelum 31 mei...so sekarang ni, siapa yang salah?


FS yang telah di upgrade amatlah memalukan dan pelik...segala Games dan reward pelbagai...mungkin mereka mahu menjadikan FS sebagai taman kanak2..di bawah aku selitkan gambar homepage FS terbaru dan kemarahan seorang dari beribu pengguna FS...



login homepage FS yang baru...sangat tak cool..



maka kesimpulan telah dicapai...riwayat FS telah tamat...Goodbye friendster...

P/s- amacam eksperimen aku menaip entri mengenai fakta? jika anda rasa sangat tak best, rate kat bawah ni sebagai bosan...jika ok dan boleh tahan, rate sebagai interesting...undi anda menentukan hala tuju entri di kiang boy..cewah..hahaha


positif thinking chor!!!
ADIOS... 

deng deng......   Kiang boy send you a smile...send him back...hehe..antara kenangan indah FS...

Wednesday, 4 May 2011

Tekanan dalam meniti alam dewasa - bacaan berat

Aku dpt feedback mengenai blog aku ni dari rakan2..mereka kata, “ko buat pasal dental je.”ok ok, demi memenuhi permintaan rakan2, aku akan cuba sebanyak mungkin menulis selain dental seperti entri di bawa ini..silakan membaca....


Salam para pembaca budiman..


Arghhhhhhh!!..... byk nya sebab untuk aku menjerit...makin dewasa, makin banyak komitmen dan masalah.....sebab tu la aku rasa lagi best time  belajar2 dulu..cuma risau bab belajar dan ketinggian jer...padahal masa sekolah rendah dulu, asyik main jer pun..tak risau pasal belajar mana pun..leh makan sesuka hati, main sepuas hati, kencing merata(kwn aku, bukan aku),  dpt duit raya dan segala keseronokan bergelar kanak2..
jangan kencing merata

Di sini, aku nak bercerita serba sedikit tentang perkara2 yang menyebabkan remaja bekerjaya seperti aku tertekan.ya, aku masih remaja.haha.ada la dlm top 5 gitu akan aku senaraikan...ini berdasarkan pengalaman aku..aku yakin, anda para pembaca tak terkecuali dlm meniti pengalaman seperti ku.ayuh, teruskan membaca....

Mode-----à   berat dan serius....

1.     Duit- cepat betul habisnya..

aku pasti semua orang mempunyai masalah kewangan.. tak kira la samada masalah duit banyak sangat ke, atau tak cukup duit nak taruh kuda ke, duit masih menjadi masalah utama rakyat Malaysia.. zaman sekarang ni nak masuk tandas pun kena bayar wei..mana ada lagi benda2 percuma..yang percuma, sms2 dari nombor mana2 tah yang offer video2 menggiurkan dlm hp aku ni..tapi sebab iman aku kuat, aku tak layan sms2 sebegitu..hahahahahah

Siapa cakap orang yang dah bergaji ,masalah kewangan dah selesai..duit yang kita dapat, tak pernah cukup..teringat ayat femes mak aku...dia cakap  “bila gaji besar, berak pun besar”(aku quote betul2 ayat mak aku)..so aku akan cuba berak sikit sikit jer..tapi kalau dah mmg awal2  berak besar, camne nak buat mak...haaaaa, padan muka mak cakap..hehe

     
2.     Berat badan- isu yg tak sudah

Ikut kata kawan baik aku bernama marzuki,  lelaki berisi ni perempuan suka..sebab ape, dia cakap lelaki berisi(bukan gemuk) nampak wealthy..first time aku dengar..hahaha..
tapi ada betul jugak, dah x berduit, nak makan apenyer..ikat perut sampai kurus..
marzuki(kanan), suatu ketika dahulu..

tapi kalau dah ada duit, makan x jadi masalah, dah makan, nak makan lagi..so, org nampak mcm takde masalah..wealthy orang cakap..jadi, alasan ni kawan aku ni, aku setuju, dan aku tak rasa dia reka alasan ni bagi menghalalkan pertambahan berat badan dia..

Tambah2 kalau berdating, pasangan yang takde idea nak berdating kat mana, mesti singgah kedai makan 4-5 kali sehari.. mana berat tak naik..sebab tu la, pasangan yang berkahwin makin gemuk..

kenapa baru sekarang dah bekerja baru badan nak naik???aku tak paham betul...dulu msa belajar, makan la berpinggan pingan nasi pun, still maintain badan..sekarang, makan lebih sikit, naik 2 ke 3 kg..
memang betullah, isu berat badan adalah isu yang tak sudah..


3.     Traffic jamn

Siapa kata orang Malaysia susah2?buktinya, orang Malaysia mampu membeli kereta sendiri setiap seorang.. masih kata susah..tapi bila semua orang dah mampu, makin sesak la jalanraya..punya la banyak sangat kereta, sampaikan di highway pun kalau ader kereta rosak atau accident, sepanjang 5 km la kereta berasak2..macam kura2  megengsot, siput merangkak....tapi nak buat mcm mana, dah semua orang dah mampu..setiap yang positif, mesti ada yang negatifnya kan..


Macam ahad lepas, sedang aku memacu baby grey 150km sejam, ada la pulak traffic jam di highway kuala kangsar.sebabnya, lori terjunam ke tepi longkang highway.apa yg aku boleh buat, online pakai hp .sambil check in place fb di highway(boleh ke?ahaks)..haha.. nway, bila time2 jamn begini, orang yang sopan jadi kasar, yang alim jadi jahat..jadi otai jalan raya dengan memaki pengguna lain..jalan raya mengubah manusia..


    
4.     Rakan sekerja yang “supportive”

“supportive” yang aku maksudkan yang jenis suka cari pasal..bila depan nampak baik, sembang baik2, kat belakang kita, duk bertimbum dikutuknya...hampir semua orang ada pengalaman sebegini..aku x terkecuali..apa cara yang boleh kita buat, kuatkan azam, lawan arus..lawan tetap lawan..yang penting, kita kena belajar politik pejabat ni..bukan semua keadaan harus tekanan dilawan dengan tekanan..yg ni xleh komen lebih2, nanti ada rakan sekerja baca..hehe


5.     tekanan untuk mendirikan rumah tangga..

orang kata, lelaki yang dah kerja ni wajib kahwin.orang la yang kata, tapi kalau ikut hukum, wajib kawin ni untuk orang yang cukup segala, duit, dan persediaan ditambah pula dengan kehendak yang kuat utk tutttt.......so, memang golongan macam ni wajib kahwin...
nadiah and azhan, kategori wajib kahwin..haha..just kidding..

aku pulak tergolong di kalangan orang yang harus kahwin..hehe.namun, persepsi masyarakat dan keluarga orang melayu ni berbeza..mereka anggap, dah kerja jer, kena kahwin..itu yang menyebabkan tekanan di dalam diri..
..

tekanan sebegini juga di alami kwn2 aku.tension beb, kwn2 asyik tanya je bila nak kawin,dah ada calon belum..soalan pemula dalam chating atau msg dgn rakan yang lama kita x sembang mesti  “ko dah kawin ke?”..bosan2..cuba tukar sikit soalan..”ko dah ada six pack kat perut ke?”, baru la aku bersemangat sikit..hehe

kawin ni ckp jer senang..nak laksanakan nya susah beb..dah cukup ke ilmu di dada bagi mengharungi dugaan perkahwinan?..duit cukup ke?.takkan nak kawin pun pakai loan kan..mesti la kumpul sendiri..baru puas berkahwin..haha.kalau budak perempuan  tak pe, lelaki yang bayar hantaran..parents pulak sanggup support..budak laki, ko kumpul dan pakai la duit sendiri..kalau tak, jangan mimpi nak kawin..hehe...

pasal kawin ni tak tension mana sebenarnya...sebab tu aku letak yang ke 5..tapi dari beberapa sudut positif, kahwin ni perlu untuk melengkapkan iman seseorang lelaki..ikut kata ustad aku..so, pasal kawin aku tak tension sgt pun..tapi nak ulas jugak..hehe



              Begitulah 5 perkara paling utama yang mengganggu kewarasan fikiran aku sekarang.sebenarnya ada banyak lagi masalah yg aku rasa banyak memberikan tekanan kepada aku selain tersebut di atas..tapi yg lain2 tu aku simpann aja ya...

mesti korang cakap, “eleh,itu pun nak tension”..haha..anda rasa tak tension sebab dah ada pengalaman bekerja..so, benda2 macam ni dah biasa memang dah biasa dihadapi.aku menulis bagi menterjemahkan perasaan remaja2 baru bekerja di luar sana..ini realiti yang akan anda semua hadapi.
Apepun, hidup tanpa dugaan amat bosan..soalnya,adakah dugaan dapat memberikan kesan positif atau negatif, bergantung kepada tahap kita menghadapi tekanan dan dugaan itu..dah macam blog motivasi pulak kan...haha

Sesukar manapun dugaan itu, yang penting, positif thinking chor!!

ADIOS....