Saturday, 29 October 2011

Bicara tentang Deepavali..

Sebelum bermula, tak terlewat rasanya aku mengucapkan  Happy Deepavali kepada pembaca kiang boy yang beragama hindu..kepada rakan2 yang menyambut perayaan ini, diharapkan berbahagia bersama keluarga tersayang, kurang-kurangkanlah main mercun di malam hari...entah kenapa, deepavali tahun ni banyak pulak bunyi mercun...poommm pangg, poommm pang..tahun2 sebelum ni, tak adalah bunyi mercun pun...tapi malam perayaan aritu, tepat pukul 12 tgh malam, kawasan depan rumah aku penuh dengan asap sampaikan menutup jalan2 utama kawasan rumah sewa aku..hinggakan terasa di medan perang dan takut keluar dari rumah dek kerana risau dicabul...aku terpaksa membawa motor dan kereta seperlahan kura-kura, iaitu 10km sejam dek kerana keterhadan penglihatan ini...


Entri kali ini agak mengarut-mengarut je...berbicara tentang Deepavali...kenapa aku pilih topik ini?jawapannya, kita kan 1 Malaysia.. apa salahnya kiang membawa fungsi sebagai medium menyatupadukan rakyat kan..hehe


Mengikut statistik, jumlah rakyat berbangsa india di Malaysia adalah 7% dari populasi penuh rakyat malaysia...dan hanya 2% pengundi berdaftar yang layak mengundi adalah dari kaum india...walaupun jumlahnya sikit, mereka tetap menjadi penyumbang kepada kemajuan negara...begitulah jua watak2 dalam kiang boy, kebanyakan nya berbangsa kod 03...rubin, jeeva dan untie2 watak dalam entri  (MARI BERBAHASA TAMIL)


Tapi kali  ini, penghuraian aku mengenai topik ini akan ku cuba sebaik mungkin tidak melibatkan rubin...banyak sangat nama rubin aku exploitasi dalam blog ni, takut jugak aku dia report as spam kat google..kan susah..sia sia blog kesayangan ini di padam (delete) begitu sahaja..


bertahun-tahun aku membesar di malaysia, setiap kali perayaan masyarakat india ini berlansung, ada sahaja perkara yang menarik perhatian aku..berikut aku senaraikan pemerhatian aku tiap kali perayaan ini berlangsung :
Amaran : tiada unsur perkauman di sini..jika terasa, beribu ampun dipohon...




1.Samy Vellu.. 


Hari deepavali di malaysia tidak akan sama tanpa Datuk Samy Vellu...bekas presiden MIC selama 30 tahun ini umpama big boss di kalangan masyarakat India malaysia...hinggakan rubin menjadikan samy vellu sebagai idolanya waktu kecil, bercita cita menjadi seperti samy vellu masa kecil2 dahulu, hinggakan sanggup menyimpan rambut Afro seperti idolanya itu...eh, rubin lagi..


"Marilah kita menderma dara"
"janganlah menghisap dada kerana boleh merosakkan masa depan"


itu adalah ayat terbaik dan paling di ingati yang pernah dikeluarkan oleh samy vellu suatu masa dahulu...ayat2 itu menjadi bualan hangat budak2 belum baligh seperti aku masa di sekolah rendah dulu...sungguh klasik..haha..dan deepavali tahun ini, samy vellu masih memberikan ucapan 5 minitnya walaupun tidak lagi menjadi otai masyarakat india...
dalam satu slot ucapan Rancangan wanita hari ini, samy vellu diminta wartawan memberikan ucapan deepavali kepada masyarakat india...tapi ucapan samy veluu bukan calang2 punya ucapan..


"saya, samy vellu mengucapkan selamat menyambut hari Deepavali kepada semua perempuan2, termasuk ibu2 di luar sana...kita kena ingat ,tanpa ibu2 ini, kita tidak akan ada hari ini...jadi, saya mengucapkan terima kasih kepada mak2 dan nenek2 jugak yang menyambut deepavali tahun ini...selamat hari deepavali"..hahahaha..aku tergelak besar bila dengar ucapan Mr Samy..haha


padahal orang2 besar sebelum tu ucap selamat hari deepavali kepada masyarakt india di malaysia..samy bagi kepada mak2 dan nenek2 je...samy2...anyway, you are the best Mr Samy...


2. Hero heroin Tamil beraksi


sebutkan satu hari dimana rancangan di televisyen menayangkan filem2 blockbuster terus dari India...hero2 dan heroin tamil beraksi sambil menyajikan lagu2 yang menjadi siulan anak2 muda remaja india di malaysia...satu hari itu adalah hari deepavali... filem2 tamil ini berterusan dari pagi, hinggalah ke tengah malam...serius aku cakap berterusan tayangan nya..terutama TV2 dan TV3..dan hampir semua filem yang ditayangkan, amatlah seronok ditonton bersama keluarga..


aku tak terlepas menonton filem2 tamil ini...kisah filemnya bukan sahaja berdasarkan lakonan aksi gaduh2 yang hebat, sambil hero membelasah watak jahat menggunakan tuala sahaja..ditambah dengan bunyi2 tumbukan dan lempangan yang kuat dan mengagumkan...ianya mempunyai storyline yang baik, cinta, dan keluarga, rasuah pemimpin dan polis, dendam berdendam, bunuh membunuh...ceritanya memang  mengujakan dan akhirnya aku tahu, dari mana kawan2 india aku di sekolah dulu dapat aksi2 tumbuk menumbuk di dalam kelas dulu ..gaduh2 di sekolah dulu sebab pengaruh beginilah..hinggakan aku pun terasa nak bergaduh bila menonton filem2 mereka..haha


satu ayat yang mak selalu cakap, (mak peminat filem tamil dan indonesia No 1)...filem tamil banyak pengajaran dan best...filem hindustan mak menyampah nak tengok dah... sebab asyik2 cinta, cinta, dan  terkinja-kinja menari...dan mesti happy ending nyer...tak logik kata mak..haha...


3. Ada sale, tapi macam takde sale


setiap kali musim perayaan, tak kiralah raya puasa, raya cina, dan krismas sekalipun, pasaraya2 mesti berlumba lumba menawarkan harga barang yang murah terutamanya pakaian..orang kata ada sale la kan..dan cuba bayangkan setiap kali perayaan2 utama lain, setiap kali  jugak ada sale, pasaraya mesti sibuk dengan orang ramai dan seisi keluarga yang membeli belah saat akhir..hinggakan sebelum hari raya puasa lepas, nak parking kereta di Jaya jusco ipoh pun macam hampeh..menunggu sejam lebih di tepi kereta lain,dengan harapan dapatlah kiranya parking kereta bila ada orang nak keluar...  bagaikan tikus di lubang menanti malam yang gelap untuk keluar, sudah gelap, tikus pun lari merebut makanan, .itulah perempumaannya.. pantun karam sing walia pulak kan......


dan pada sehari sebelum deepavali lepas, aku juga tidak melepaskan peluang membeli belah pakaian di pasaraya...saat inilah, aku melihat ramai manusia seperti rubin seisi keluarga membeli pakaian...dan aku kata pada rubin keesokannya, 


"aku nampak ramai orang macam ko kat shopping complex semalam..try cari2 ko, tak nampak pun"


rubin dengan pedas membalas," ko ni shuk, time raya india jugak ko nak keluar beli baju kan...time raya puasa kami tak keluar pun kacau"..


tiba2 rubin beremosi bila aku kata aku membeli belah masa deepavali..hehe..ke dia emosi sebab aku dah lama tak cerita pasal rubin di kiang boy..kali ni nahh, aku cerita satu entri pasal perayaan ko..haha..


begitulah antara yang dapat aku karutkan sempena deepavali tahun ini...bagi anda pembaca yang tidak ada kawan berbangsa india, anda kerugian kerana tidak dapat mempelajari budaya masyarakat lain dengan lebih baik...at least aku dapat cakap ayat2 tertentu dalam bahasa tamil selepas diajar rakan tamil aku seperti rubin..


oh ya, cakap pasal deepavali, lupa pulak nak mengucapkan tahniah kepada saudara zaid zulkifli kerana sudah mendapat lesen memegang anggota sulit manusia tanpa ditampar... ataupun orang kata mendapat license to kill...tak dapat faham ape aku cakap lagi?




HAPPY DEEPAVALI ZAID. .(kanan)




Berjaya menjadi Dr perubatan la coo...itu pun lampi nak paham..haha..
to zaid, sebabkan ko cool, aku masukkan ko sebagai watak dalam kiang boy...terharu tak?nanti aku nak MC, pos kan satu ke slim river ok...
aku sudahi entri ini dengan serangkap pantun.



Mancini suka tidak terperi, 
Melihat Ferguson terkaku mati,
Selamat menyambut Hari Deepavali,
Semoga setan mula menari lagi.

aku peminat manchester united sejati...aku yakin MU akan bangkit balik dengan kekalahan besar minggu lepas...


aku sudahi entri mengarut ini dengan assalamualaikum, salam sejahtera, salam deepavali..veenakam...


Adios,
Positif thinking coor!!





Thursday, 29 September 2011

Seharian Bersama Adri's (episod 1)

Salam hormat kepada pembaca-pembaca kiang boy..aku nampak anda pembaca tegar kiang boy berbungga-bunga dan terkinja-kinja melihat ada update baru di kiang boy...dah memang selalu sangat buka hari-hari, asyik nampak entri lama sahaja..dan kini, hasil kejian dan provokasi seorang peminat senyap kiang boy, aku tergerak untuk cepat-cepat mengemaskini blog ini...di bawah aku letakkan print screen salah seorang pengeji aku di laman Mukabuku aku....




kiangboy dikeji dikhalayak ramai oleh abe shuhud...eh, ada orang like statement dia..sape ek??



















  








Kita mulakan kiang boy yang telah bersawang ini dengan kejian....satu soalan yang ingin aku lontarkan...Anda semua dah "berpunya" ke belum?ataupun masih seperti Abe Shuhud yang khabarnya (dikhabarkan sendiri olehnya) banyak peminat, tapi sorang pun aku tak pernah nampak..banyak bermanja dengan kawan lelaki je.sampai ber honeymoon di London okayy..haha



haha...penyokong tegar rupanya..hehe..   :-p
Jika sudah berpunya, di manakah tahap percintaan anda ketika waktu entri ini ditulis?adakah masih dalam tahap cinta monyet? cinta bertepuk sebelah tangan? cinta teragung hazama? atau cinta yang sah iaitu telah berkahwin dan melakukan hubungan suami isteri secara halal?jika anda lelaki bekerjaya, berketerampilan dan baik budi bahasa seperti kiang, sudah tentulah anda di tahap2 pertengahan dalam merancang perkahwinan...


Apa itu tahap pertengahan yang didefinasikan oleh kiang akan dikupas dengan isi-isi entri kali ini...perlu diingat, penulisan entri kali ini bersifat happy go lucky, tiada niat memburukkan mana-mana individu baik yang masih hidup ataupun yang telah meninggalkan kita, berkulit gelap atau putih melepak, berbadan montel atau kurus cekeding dan sebagainya...


Aku terpaksa menulis peringatan begini kerana salah seorang rakan lelakiku telah menunjukkan simptom PMS hasil kejian aku di laman facebook suatu masa dahulu..haha..makanya, nama-nama rakan yang keluar di kiang boy ini, disahkan cool dan happy go lucky,barulah aku bersetuju mengeluarkan nama mereka...nama seperti shuhud, wan zuhdi,ilani nordin, kiang girl (bukan nama sebenar) ,rubinderan muthusamy dan ramai lagi amat2 cool...jadi, pembaca usahlah kesiankan mereka jika dikeji di laman ini, kerana mereka pun tak kesiankan diri mereka sendiri..hahaha


Mode: Berlawak dengan Dr Love......


Sila lihat kronologi di bawah ini....


Mula bercinta------>Kenal mengenali------>Perangai buruk makin jelas------->Perasaan tanggungjawab mula ada--------->Kenal dengan keluarga------->Merisik dan bertunang------>Bekerja keras untuk perkahwinan----------->Perbezaan pendapat tentang perkahwinan------->Hari penamat zaman bujang--------->bla bla bla bla---------->dapat anak-------->the end..




kiang girl dgn lelaki tidak dikenali...
Orang kata, percintaan 2 bulan pertama amatlah manis hinggakan kentut yang busuk jadi wangi, badan yang gemuk dianggap kurus, kulit yang gelap menjadi putih,  eh??namun, kisah kiang lain pula...Kalau nak dengar kisah percintaan tragis, ada banyak dalam televisyen kan..kisah percintaan kiang boy dan kiang girl juga bermula dengan keadaan tragis dan memeningkan...namun, bukan kisah itu yang ingin diutarakan pada entri kali ini...jika anda berminat ingin tahu, sila request di komen entri ini...haha..kalau tak berminat, diam2 baca saja entri ini, then next entri kita move on..kena hormat pembaca2 senyap ni...hahaha...


Seperti yang aku tulis di awal entri ini, perhubungan boy and girl sudah berada di tahap pertengahan...mengenali keluarga masing2....tahap ini adalah turning point setiap satu perhubungan...jika sudah berjumpa dengan mak bapak pasangan masing2, perlu diingat, there is no turning back...sebab anda semua dah melibatkan keluarga...itu pendapat rakan-rakan aku masa belajar dulu la...mungkin zaman sekarang ni dah berbeza...sampaikan, tiap perempuan yang dah ada teman lelaki sampai 5 orang sejak habis sekolah, semuanya yang sudah menjadi bekas teman lelaki , dan semuanya dah kenal mak bapak masing-masing..mungkin ramai yang tak kisah, tapi untuk orang yang konservatif macam aku, it is too much i think....maka aku katakan di sini, mak ayah kiang girl adalah mak bapak kawan perempuan pertama yang aku jumpa...dan harap, ianya menjadi terakhir...


ok, kita teruskan dengan kisah seharian kiang boy bersama keluarga kiang girl...nama bapak nya pakcik adri....jadi, tajuk entri ini, seharian bersama adri's...adri's melibatkan kakak, mak , en.adri sendiri dan anak saudara berumur 3 tahun...tarikh telah ditetapkan, 10 september 2011, hari aku berjumpa dengan Adri,s sekeluarga....lokasinya, Beruas, perak darul ridzuan...rumah keluarga ini..


Hati aku mula gusar memikirkan akan lawatan aku ke rumah kiang girl buat kali pertama ini...sebabnya aku risau jika individu-individu yang aku perlu jumpa ini, sebenarnya aku pernah jumpa...contohnya pesakit ke, pakcik yang potong line aku di pejabat pos dulu ke, ataupun pakcik yang penah tegur aku tidur tidur di masjid negeri dulu ke...apa akan jadi kalau salah seorang dari mereka adalah en adri...hahaha..


Jauh betul kemungkinan..tapi, perasaan risau tetap ada...sebelum melawat keluarga kiang girl, latar belakang keluarga perlulah disiasat...maksudnya di sini, bagaimana karekter, keterbukaan dan perbualan individu yang kita tidak pernah jumpa ini..


Adakah perlu aku menjadi kiang boy semata-mata sama seperti aku berinteraksi dengan kawan-kawan, keluarga dan pesakit aku..perlukah aku kurangkan percakapan aku yang sememangnya menjadi kegemaran aku sejak dari dulu....setelah mengetahui bagaimana karektor mereka, aku dinasihatkan oleh kiang girl, menjadi sopan , tidak menjadi kiang boy untuk satu hari....namun, mampukah aku menjadi senyap dan sopan??nak tahu apa jadi tak??


Aku ingat tadi nak buat part-part...tapi rugi rasanya kalau nafsu menaip tengah ada..alang-alang, tulis la sebanyak mungkin kan..haha


KG: hey, mak cakap masak nasi lemak je ok tak?
KB: cakap kat mak awak, tak yah susah2...lagipun  

      saya tengah diet ni..haha
KG:mak nak masak jugak...jangan tak makan pulak  
      nanti...
KB:ok...lagi 20 minit lagi sampai ni tau...dah dekat 
     dengan rumah ni
KG: uii, bawak pelan2 sikit...makanan pun tak siap lagi 
     ni...




Kelajuan baby grey dikurangkan, dari 100km sejam pada awalnya, menjadi 60km sahaja selepas berbicara di Hp dengan kiang girl...dalam benak fikiran aku, nak cakap pasal apa nanti ni dengan en adri...nak cakap pasal cuaca ke?pasal team bola perak ke?pasal adik beradik kiang girl ke?ish ish...oh ya, sembang pasal politik macam okey je..ye tak?haha..tapi jika diikutkan kan KG, jangan jadi kiang boy yang bercakap banyak..mampu ke aku..hmm...


Setelah 30 minit, akhirnya tiba jua aku di pekan Beruas...suasana kampung yang segar jauh dari kesibukan kota amat2lah mengujakan...aku mengikut arahan yang awal2 diberikan oleh KG..alamat rumahnya agak mudah di cari...ini adalah benda yang penting, ketahui alamat rumah pasangan yang ingin anda pergi..bayangkan jika aku tak tahu mana rumahnya, tengok-tengok sampai kat kampung cina mana entah...


akhirnya aku tiba jua di rumah KG...pintu pagar depan terbuka, pintu rumah jua terbuka bagi menyambut tetamu...dalam fikiran aku,"ok, aku dialu-alukan"...
hati mula gembira sedikit...


asslamualaikum...assalamualaikum...


salam aku berikan...selepas 5 saat, salam aku dibalas oleh seorang lelaki..aku pun bertanya, "ini rumah en adri ke?"..


"ya saya, sila masuk,sila masuk"...balas en adri..adoi..segan nya aku...


bersambung lah ya di part 2..




positif thinking corrr..
adios....



























Tuesday, 20 September 2011

Hari Raya takkan sama selamanya...

Sebelum bermula, kiang nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir je, batin macam xde kot...tunggu kawin dulu, baru mintak maaf batin kat isteri...ucapan maaf ini ditujukan khas kepada rakan2 kejian kiang boy seperti wan zuhdi, abe shuhud dan rubin, makcik bazar ramadhan yang dituduh menjual lauk semalaman sampai aku kena cirit birit, staff2 yang aku tak bagi off petang yang keesokannya nak raya, awek2 yang aku x balas jelingan di stesen bas sebab aku setia, serta, pakcik2 makmum terawih yang tiap malam sembang dengan aku, tapi tak tahu nama...muka pun aku dah lupa...

aku terpanggil untuk mengemaskini kiang boy setelah menerima asakan dari rakan2 pembaca...bukan sengaja taknak update, demi meraikan bulan yang penuh kemaafan, takkan nak mengeji orang balik bukan? maka, tibalah saat nya, kiang boy aktif semula...sudah genap 3 minggu aku tak bukak blog ni..tengok2, trafik naik sampai 3 ratus...terima kasih kepada stalker yang sedia menanti..hahaha..di bawah ni aku print screen salah seorang peminat tegar kiang boy..terima kasih..haha

ilani nordin...ketagihan kiang boy..haha   :p


ok, pada hari ini, masih di bulan penuh kemaafan, 22 syawal...maka, apa yang nak di omongkan mestilah berkaitan raya..takkan aku nak buat kisah cinta, hantu atau klinik pula...untuk pengetahuan, raya aku tahun ini biasa2 sahaja...tiada kelainan dari raya2 aku sejak 3 tahun lalu...lain mungkin kerana faktor usia, ataupun kebosanan menghadapi suasana yang sama sejak dari kecik sampai sekarang...aku tak beli pun baju raya untuk tahun ini tahu...punyalah malas nak cari, bersesak sesak..pakai jela baju 3 tahun lepas...masih cantik lagi ok..

dulu2, masa kecik2, masa tu bulu pun tak tumbuh lagi, raya amat seronok..sampaikan dengar lagu M.Nasir, satu hari di hari raya waktu di asrama sekolah anderson dulu pun, hampir menitiskan segala air kat badan ni..balik je umah, tiap tahun ada je benda sama yang dilakukan setiap tahun...tugas aku tiap tahun sehari sebelum raya mesti lah mengelap tingkap2 yang setahun sekali kena lap tu...habuk , mak aihh, lebih tebal dari plaque gigi 3 bulan tak berus gigi..(kalau tak tahu ape itu plaque, korang memang loser)

Mak dan akak pula, sibuk mengemas rumah dan menyediakan juadah hari raya..antara juadah wajib adalah popia serunding..tiap tahun mak aku mesti buat mende ni..sampai aku yang tak tahu masak pun tahu buat mende ni...dan pada malam rayanya pula, kerja2 masuk proses terakhir..padahal rumah orang lain dah macam sambut raya dah, rumah kami jer macam tonkang pecah lagi...semua ahli keluarga berpadu tenaga melakukan pengemasan saat akhir..takpelah, lagipun sekali setahun je nak kemas semangat2 pun...hari2 lain bukan raya, mak mintak tolong sapu lantai sikit pun, lepas 2 hari baru buat...at least, dengan motivasi nak raya keesokan harinya, sikap menjadi rajin..haha

Malam nya sebelum nak tidur, lagu raya dipasang sekuat hati di bilik aku...yang lain- lain pula, sibuk menonton orang yang bekerja di malam raya di kaca televisyen..rancangan live ari raya tu, yang ada ramai orang hantar sms raya tu..haha...kalau aku, tak larat la..esok hari raya kot, tenaga nak mintak duit raya amat2 diperlukan kan...


Setiap pagi raya, aku mesti bangun dengan bunyi sapu lidi mak yang tengah menyapu halaman rumah...srepppp, sereppp...bunyi sapuan lidi keatas air di laman rumah tu..aku pun bangun dengan sendirinya..dan tiap kali pagi raya, subuh mesti nak gajah jugak..pelik betul...pukul 7 lebih baru sembahyang..baju raya pulak, pagi2 raya lah nak digosok...tak kira la siapa pun kat rumah tu,semua pagi2 tu jugak baru nak gosok baju..haha...

Sudah siap sahaja semua berpakaian kemas, agak2 pukul 8, semua mula salam bersalaman meminta maaf..kalau dengan mak aku, mintak maaf kena ada ayat panjang sikit...banyak dosa katanya ..dia tak nak dengar maaf pendek2 seperti, "selamat hari raya mak, duit raya banyak sikit tahun ni"...

Mak nak dengar maaf macam ni, ''selamat hari raya mak, maaf zahir batin, dari hujung rambut hingga hujung kuku kaki, halalkan makan minum kiang bla bla bla, maaf terkasar cakap selalu bla bla bla, maaf sebab selalu malas2 dan banyak lagi"...ada sekali tu aku mintak maaf pendek je, mak aku suruh salam semula..hahaha..lawak lawak...dan semua salam maaf itu, aku sebut dalam keadaan tunduk , tiada pandangan mata, dahi masih di tangan dan berkumat kamit dari keadaan tunduk tu..hahah

Masa tu lah mak bagi duit raya, nice...mak aku tak pernah bagi tetap nilai duit raya yang dia bagi...kalu mood raya tahun tu baik punya, mungkin mak bagi sampai 50 ringgit..kalau agak2 mood kurang, 10 ringgit je dia bagi..haha...

Antara juadah2 sama setiap tahun, adalah teh susu panas yang terhidang di meja makan...setiap tahun pagi raya mesti ada punya...aku pun tak paham, hari lain bukan raya tak pernah pulak ada...dan teh susu pagi raya memang wa caya sama lu punya rasa..sedap sampai rasa taknak kencing pun air teh susu tu semula..

Dan selesai sahaja aktiviti tahunan di rumah, program rutin raya kami diteruskan dengan solat sunat aidilfitri di kampung...macam biasa, duit raya dikumpulkan banyak2 setelah selesai solat raya..masa tu jugak lah nak salam pakcik2 yang selama ni kita buat tak tahu je kan..hahaha

Masa berlalu dengan pantas...kalau dulu, salam di hari raya penuh dengan tujuan..kali ni, perkara sama dilakukan oleh anak2 kecil ke atas diriku...setiap budak yang tak pernah nak salam sebelum ni, mula salam, dan masa tu, mesti aku akan pikir, "nak duit raya la ni"..hahaha..
hari raya dewasa kini agak biasa bagi ku...itu maknaya apa?AKU DAH TUA!!!!!!  jadi dewasa memang tak cool in certain way...anyway, life must go on...sampai bila nak hisap botol susu, dapat early childhood caries je kan?inilah masanya aku layak nak dapat anak...hehe


entri kali ni memang tak best dan bosan...aku sengaja bagi jugak...sebabnya, entri akan datang dijamin gempak..ini hanyalah permulaan kiang boy, post raya...nantikan entri akan datang yer cooo...aku bagi preview sikit....
seharian bersama adri's.....

anyway, positif thinking coo...
ADIOS ...bye bye












Sunday, 21 August 2011

Ramadhan menjelma lagi...part 3 (edisi khas birthday boy)

Ok,entri kali ini ringkas dan pendek sahaja...bagi peminat dan pembaca tegar kiang boy, anda mesti tahu semalam hari kejadian aku...eh bukan hari jadi, hari lahir aku...kejadian tu bila sperma berjaya mensenyawakan ovum...sesiapa boleh tahu hari kejadian sendiri, anda lebih hebat dari doremon..

Untuk entri terbaru ini, ramadhan menjelma lagi part 3, watak baru akan ku wujudkan...anda mesti sudah tahu individu tamil bernama Rubin bukan, anda juga sudah tahu wajah bangla wan Zuhdi dan perangai kejinya,anda juga sudah tahu betapa kacaknya Abe Shuhud,  ..suprise suprise, hari ini aku perkenalkan Kiang Girl...
Kiang Girl...sebelum berbuka



Entah ape aku nak mengarut dalam entri ini, nantikan lah..ada idea sikit sebab sabtu lepas, Kiang girl sanggup meluangkan masa meredah kampung dan hutan untuk bersama-sama aku menyambut ramadhan yang ke 20...ini bukan dating ok, ini adalah sempena hari kelahiran aku ke 26...senjanya kami berbuka puasa bersama, malamnya pula berterawih di masjid hospital ipoh..haha..yang berterawih tu tipu je, menipu bulan puasa kurang pahala tahu...

Pernahkah anda mendapat kejutan di hari lahir? maksud terkejut disini bukan terkejut dengan banyak nyer ucapan hari lahir di facebook...dengan semua ucapan berbunyi selamat hari jadi...terkejut di sini adalah bilamana seseorang merancang sesuatu sambutan untuk anda tanpa anda sedari...
Contohnya bila anda pulang ke rumah anda yang gelap di waktu malam dan membuka kunci pintu rumah, jari mengorek -korek hidung, dan tiba-tiba lampu rumah terbuka sambil rakan2 menjerit, happy birthday!!!...ape perasaan anda bila mana jari anda masih di dalam hidung?sebab itu aku tak sukakan kejutan..cewah alasan, padahal tak siapa ingin nak buat pun..haha..

Kiang girl merancang menyambut hari kelahiran kiang boy pada hari tersebut..dan ianya bukan kejutan...demi menghormati bulan ramadhan, ucapan2 sayang dan kasih mengasihi dilarang sama sekali diantara kami..nanti kurang pahala..cukuplah sekadar belanja makan berbuka puasa di buffe ramadhan dan bersembang perkara2 yang meningkatkan iman kami..ikut rancangannya, kami ingin berbuka di Hotel Seri Malaysia Ipoh...bila aku call untuk menempah sehari sebelum itu, operator hotel kata, "sory dah penuh"..amboi, orang malaysia memang kaya2...sehari sebelum pun sudah penuh...

Cari punya cari, aku pun dapat booking satu buffe di padang polo, ipoh... nama buffe tu, Lan's catering...satu kepala 20 ringgit...eh, hari lahir aku, kenapa aku yang berusaha ni..haha..


Lan's catering bersebelahan padang polo di Ipoh..baju hijau tu bukan lan..mungkin pelahap?

Kami tiba di Lans catering pada pukul 6.30 petang bagi mengesahkan kehadiran kami...kami lihat, ada satu keluarga sudah duduk di meja awal2 lagi...cukup bersemangat mereka ini, padahal makanan pun tak dihidang lagi...mungkin lapar sangat kot, tapi badan besar2 jer..


Kami kemudianya berjalan keluar sementara menunggu waktu berbuka dan kembali semula pada pukul 715...agak besar kawasan buffe ini, ditambah dengan jumlah pelanggan yang amat ramai yang boleh menyamai peserta Bersih 2.0..meja yang tertera nama shukri akhirnya dijumpai, terlihat riak-riak wajah pelanggan yang selesai mengambil makanan yang banyak di atas meja masing2..kebanyakan wajah mereka amatlah mengujakan seperti lelaki yang melihat wanita seksi berjalan didepan mata...haha..


melihat makanan bagai melihat wanita seksi di depan mata...


Kami meneruskan aktiviti kami dengan sesi mengambil dan memilih makanan...beberapa jenis makanan dipilih oleh kami berdua ..setelah selesai mangambil makanan, kami duduk di meja dambil berbincang entri terbaru kiang boy,TABIAT MANUSIA DI BUFFE RAMADHAN  :

1. Pelahap dan pembazir


Ini adalah ciri pertama yang aku sedari...di mana-mana buffe pun, pelahap dan pembazir mesti wujud punya...biar banyak makan, jangan banyak buang...untuk pengetahuan pembaca, kami berdua adalah pemakan yang banyak..kalau makan kat buffe2 macam ni, buffe tu yang rugi sebenarnya kalau semua orang mcam aku..sebab aku makan banyak dan makanan yang aku ambil difikirkan menyamai atau melebihi harga 20 ringgit yang diletakkan. itu barulah win loss situation...loss tu adalah pemilik la..haha


berpada pada dalam memilih makanan..aku tahu tahap aku..

bukan Bershit 2.0



Tapi, walau aku ambil banyak makanan sekalipun, aku berjaya juga habiskan...bukan macam sesetengah pelanggan, makan berempat je, tapi makanan mengalahkan 2 ekor gajah punya makanan...kalau habis takpe jugak, ini tidak, nasi putih sepinggan dengan ayam masak merah sepinggan yang diambil tak disentuh langsung..cukup membazir...
patutlah pemilik catering tu sampai terpaksa mengeluarkan arahan dan peringatan...

"caj tambahan akan dikenakan terhadap setiap lebihan makanan yang diambil"....tapi aku rasa, lebih baik pemilik tulis, " membazir amalan setan tahu...kalau tahu tak boleh habiskan, jangan ikut nafsu ambil makanan banyak-banyak..terima kasih"...ayat pedas dan menyakitkan lebih memberi kesan..hehe


2. Lambat datang


Selalunya, bab makanan lah orang paling awal datang..makanan mengatasi segala-galanya kan terutamanya di bulan puasa..terkejut juga tengok ada jugak orang yang datang lambat...sampaikan aku dah bersendawa, "burpppp", dan kiang girl pula sudah kentut, "putttttt" makanan yang dimakan tadi,masih ada orang yang beratur nak ambil makanan..haha...


tapi masalahnya makan di buffe ni, lambat sepuluh minit pun, makanan banyak dah habis..sama lah juga di lans catering ni..tinggal sisa-sisa je...kesian2..yang dah ambil makanan awal2 pun bukan nak abiskan makanan yang diambil...akhirnya, makan jelah apa yang ada..bayar tetap sama..hehe





3. Cam whore..


apa itu cam whore? camera whore..orang yang sangat suka bergambar..hinggakan duduk sorang2 pun, masih snap gamba sendiri..tapi term cam whore lebih kepada orang yang snap gamba sendiri sebenarnya...tapi sebab panggilan nyer best, cam whore je la aku gelar..panggilan baiknya, gigam or gila gambar..anda boleh lihat banyak di profile picture facebook kwn2 anda..haha....sila rujuk profile picture individu ini..KLIK sini


di mana2 sahaja, tak kira majlis kenduri ke, tandas, ataupun di dalam kereta, individu2 gigam ini tidak melepaskan peluang merakam gambar2 sendiri berlatarbelakangkan tempat2 yang menarik...sama lah jua di Lans catering ini..ada anak2 gadis muda terutamanya siap bawak kamera besar DSLR semata-mata mahu merakam gambar comel mereka disamping makanan yang terhidang..masalahnya, orang yang melihat terasa "what the hell...annoying ok" haha


terkurang pahala aku dan kiang girl melihat gelagat manusia begini di buffe ramadhan..hehe


4.  Pemotong barisan..

aku ada banyak pengalaman dipotong barisan ketika beratur di mana2 kaunter sama ada pejabat pos atau kaunter bayaran TNB..dengan selamba makcik2 potong barisan depan aku, sambil buat muka tak tahu malu...ceitt...

cuba nak snap gambar pakcik yang potong barisan aku..tapi pergerakan dia pantas...

sama lah juga keadaan di buffe ini..semua orang beratur nak ambil nasi briyani, tiba2, seorang pakcik yang bersaiz besar dengan selamba memotong barisan 3 orang depan aku sambil berpeluh-peluh memegang makanan lain..memang typical pemotong barisan..sebab dia buat muka selamba, tak tengok orang belakang ke ape ke..cis cis..terkurang pahala puasa aku lagi..tercarut sambil diperhatikan oleh gadis di depan aku..mesti gadis tu pun buat entri kat blog dia, cakap ada pencarut di buffe ramadhan..hahahaha..
kiang girl ...semasa berbuka..Pra-pelahap..

kiang girl...selepas berbuka...





haaaa...amacam pemerhatian aku dan kiang girl di buffe ramadhan...kami terpaksa berbincang perkara2 begini bagi mengelakkan perbualan laghaa di bulan ramadhan...eh lupa nak cakap, siap sahaja kami makan, ada seorang pekerja datang ke setiap meja, dan mengutip bayaran...dan terima kasih Kiang Girl sebab belanja kiang boy...hihihi..nak muntah tak anda para pembaca?dah terbatal puasa..hahaha


begitulah antara perkara yang dapat aku konsikan bersama pembaca tegar kiang boy...akhir kata, yang tak wish aku tu terutama Shuhud Irfani Zakaria, jangan lupa bagi bunga kat kiang girl masa Konvo Ukm nanti..hehe..
akhir kata, sedikit tazkirah ramadhan hendak diberi...


kematangan seseorang itu bukannya diukur atas usia, tetapi diukur atas keimanan nyer kepada Allah...Alhamdulillah..


apepun, terima kasih kerana membaca entri sampah ini, jgn lupa rate...bersambung di part 4 pula, ramadhan menjelma lagi...


positif thinking chorr!!!
Adios...


p/s- berat kiang boy sebelum ramadhan-71 kg..berat 
       kiang hari ke 21 puasa-  66.5 kg.hadiah hari  
       lahir..hehe
      
       berat kiang girl(dia pun nak jugak) sebelum 
       ramadhan- 45kg..hari ke 21 ramadhan- 43kg..















Monday, 15 August 2011

Ramadhan menjelma lagi...part 2

Salam ramadhan pembaca sekalian...hari ini masuk hari ke 16 kita berpuasa...sudah berapa harikah puasa anda tinggal?terbatal puasa bukan bermaksud anda curi-curi makan di dalam tandas sahaja...ianya terbatal juga jika anda korek hidung sedalam mungkin menggunakan jari kelingking anda,ketika siang hari ketika berpuasa...ataupun bermain organ tertentu secara tidak sepatutnya sehingga terbatal puasa....tak faham? lupakan sahaja..


sudah 13 hari aku tak update kiang boy, jadi hari ini aku terasa ghairah untuk menaip entri terbaru..himpunan kisah2 kiang boy di bulan ramadhan..cewah..haha..
Maka,teruskanlah membaca sayang ku...


                                           
     Pesakit tak puasa


Untuk pengetahuan pembaca kiang boy, banyak kelebihan nya bulan ramadhan ini terutamanya di dalam bidang pekerjaan aku..dah kerja sebagai Dr gigi kan, mestilah berkaitan mulut..takkanlah rawat alat sulit pula..jadi kepada pesakit, risiko tertelan air-air pancutan handpiece semasa membuat tampalan pergigian amatlah tinggi..tambah-tambah kalau waktu tengah hari kan, panas terik memancar di luar sana, air pili pun dah dianggap sebagai jus oren...    

yang tak tahu apa itu handpiece, inilah dia...tulah, lainkali ,jangan malas jumpa dentist
   


suatu petang yang damai..di Klinik Pergigian Slim river, didatangi seorang remaja berumur 16 tahun...adik yang masih berbaju sekolah, datang sebab gigi berlubang..


adik: Dr, gigi belakang bawah saya ni berlubang la..makanan asyik melekat je..


Dr kiang:  eh, sekolah awak ni kami dah habis buat rawatan kan?ada tak jururawat saya datang tampal gigi adik kat sekolah?


adik :  ada, tapi dia tak datang tampal pun..


aku pun sebagai dr yang berdedikasi , terus mencari laporan2 dan melihat senarai pelajar2 yang menolak rawatan di sekolah..dengan kata lain, pelajar yang degil la ni..


Dr kiang;  eh, ni nama awak dalam ni, menolak rawatan di sekolah..kenapa ?


adik : takut  buat kat sekolah, sakit...


Dr kiang: saya buat pun sakit jugak...awak ni, ada 11 bulan dalam setahun, bulan puasa juga awak datang..


adik : hehe...kali ni memang saya jadi berani Dr..boleh jer tampal..


Dr kiang: ok lah...lain kali jangan lari kat sekolah..saya tak nak tolong dah lepas ni..


Adik : ok dr..


aku pun bersedia untuk menggerudi gigi adik itu..


Dr kiang: adik tau kan kalau telan air ni batal puasa?


Adik : takpe Dr, saya mmg tak puasa hari ni....


dushssss....


Dr kiang:  eh, bukan nama kamu Amir ramadhan ke? apsal tak berpuasa?


adik terdiam sambil tersengih menunjukkan kerang busuknya...nice kantoi....




           Ragam membeli kuih berbuka puasa...


aku mempunyai seorang adik, bernama sham..dia amat meminati kuih limas...anda tahu kuih limas?kuih yang macam jeli diletakkan di dalam bekas daun pandan berbentuk petak seperti gambar di bawah ini..sham mencari kuih limas di sekitar bazar ramadan di sekitar rumah kami, di tambun perak...saban hari, bazar ke bazar, kuih limas tidak jua ditemui...


kuih limas, bukan lemas....sedap sampai menjilat jari kaki..


                    
pada suatu petang, kami bercadang membeli juadah berbuka di bazar tambun...adik ku sham masih meneruskan misinya membeli kuih limas...agak susah nak cari di bazzar kat ipoh ni..tak tahulah..


cari punya cari, jumpa jugak di suatu gerai bazar ni...seorang pakcik tua berusia linkungan 60 tahun menjual kuih muih juadah berbuka...ikuti dialog pakcik dan sham adikku..


pakcik: haa adik beli dik, beli dik...panas lagi ni..dijamin sedap punya...
sham: kuih limas ni manis ke pakcik?
pakcik: cukup2 manis je adik..cepat beli adik, ni yang last2 ni...kalu tak sedap, pakcik jilat jari kaki pakcik..dijamin sedap..
sham:  bape  harga nyer pakcik?
pakcik: murah2 adik....3 seringgit...3 seringgit...
sham: kalau saya beli satu berapa pakcik?
pakcik: satu 30 sen adik..beli la 3 adik..senang..
sham: takpe la pakcik, saya beli 2 jer...60 sen kan?


 sham pun menghulurkan duit seringgitnya...tapi pakcik tu x pulangkan baki pun..sampai terpaksa kira balik...


sejurus adik ku beredar, aku pulak beli lagi 2..nice la..aku rasa , pakciik tu tak perasan, satu kuih, 30 sen, dia yg rugi..patutnya, beli banyak, pelanggan lagi untung..kalau camtu, baik aku beli sikit jer..hahaha




         Berbuka bersama Jeeva


ok, sketsa terakhir di entri part 2 ni...anda semua tahu siapa jeeva?


jeeva adalah junior dr di klinik pergigian slim river ini...bulan ogos adalah bulan terakhir jeeva di sini sebelum berpindah ke ipoh...sebelum pindah, dia berniat membelanjakan duitnya untuk aku makan...so, jeeva merancang menemani aku berbuka di KFC Tanjung Malim..


sesudah membeli makanan, kami duduk di meja sambil menunggu waktu berbuka...meja2 lain terus dipenuhi dan semuanya menanti waktu berbuka puasa..


namun, agak dangkal perangai pemilik atau pengurus KFC ni...dah tahu orang nak berbuka, bukak la radio rtm..ini tidak..makin kuat pulak radio Hitz.fm...


jam menunjukkan pukul 7.30 petang...kalau ikutkan waktu berbuka sini, masuk waktu adalah 7.27 ptg..makna nya boleh la berbuka sekarang...tapi sorang pun pelanggan masih tak makan...


kami semua berpandangan antara satu sama lain..jam menunjukkan pukul 7.40 mlm...masih tiada siapa lagi memulakan berbuka puasa..adoii...semua tengok satu sama lain jer..sampai bila nak berbuka...


orang kata, monkey see, monkey do...
monkey see, monkey do...


aku pun baca doa makan dan doa berbuka puasa dan terus menghirup air sejuk di depan mata...aku tengok, semua orang ikut sekali...hahahaha
ape punya orang la kat sini..macam aku ni penyimpan mohor2 besar pulak...


agak2 nya la, kalau semua org masih takut2 nak makan, pukul 8 pun orang masih menunggu tak?hehe




habis dah part 2,tunggu pula part 3....dah baca, jangan lupa rate kat bawah ni..nanti nampak ada orang rate, baru terasa orang baca..kalu tak, tak semangat nak taip..


anyway,
positif thinking chorr!!
Adios..

Wednesday, 3 August 2011

Ramadhan menjelma lagi...part 1

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh kepada sahabat-sahabat kiang boy..bulan puasa camni, salam pun kena sebut penuh, baru dapat pahala banyak...


Sempena ramadhan bulan mulia, mari kita bersama-sama menambahkan pahala dengan banyakkan berzikir, dan menghentikan perangai-perangai kotor seperti memandang gadis-gadis seksi di dalam televisyen, mengumpat, mencarut ringan dan berat, mengutuk status Fb rakan-rakan yang memualkan, komen mengeji di FB (banyaknya pasal FB,haha)...kepada Dell Taufik, diharapkan status-status dan komen-komen anda pada bulan penuh barakah ini tidak berunsur kutukan, tetapi lebih kepada bentuk dakwah seperti status Facebook junior 
kesayangan anda, Nuar...

       Di samping itu juga, marilah kita bersama-sama berdakwah kepada rakan-rakan bukan muslim kita..Waktu-waktu beginilah aku memberanikan diri mengajak rubin puasa bersama-sama..mula-mula ajak puasa, lepas tu ajak semayang terawih, eh silap...


       Tema setiap entri aku sepanjang bulan ini akan berteraskan kebaikan dan kelebihan bulan ramadhan, di samping berkongsi kisah-kisah menarik melibatkan aku dan pesakit-pesakit, staf-staf, jemaah-jemaah terawih dan makcik-makcik jual murtabak di bazar ramadhan...ada 4 part yang akan aku kisahkan sedikit 
demi sedikit..so , sabar lah corr..


       Jadi, di part 1, ramadhan menjelma lagi ini, aku ingin sentuh beberapa perkara yang agak menarik perhatian saudara saudari pembaca kiang boy..pada hari aku menulis ini, sudah genap 3 hari kita berpuasa...puasa bukan sahaja dari lapar dan dahaga dan menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa seperti mengeluarkan air mani dengan sengaja... Juga dari perkara-perkara menjijikkan yang membolehkan kurangnya pahala puasa itu.


3 fakta menarik yang aku ingin kongsikan kepada pembaca sepanjang 3 hari berpuasa ini:


1.  Terawih
    Alhamdulillah, siang hari berpuasa dan berzikir di masa lapang, malam pula kita berpeluang berterawih bersama makmum2 yang tidak kita kenali (nampak sangat korang jarang turun surau berjemaah)..


    Seperti kebiasaan di awal-awal ramadhan, jumlah makmum yang hadir amatlah luar biasa banyaknya..bermula dari hari pertama terawih, jemaah-jemaah berpusu-pusu merebut tempat terbaik di belakang imam..kalau boleh bertumbuk, bertumbuk jugak di situ..


     Begitu semangat nya di awal-awal ramadhan.
Namun, semangat itu tidak bertahan lama kebiasaannya...sindrom pre-klimaks selalu terjadi bila masuk pertengahan bulan ramadhan..dan masuk sahaja minggu terakhir ramadhan, jumlah makmum di sesetengah surau lebih sedikit dari jumlah satu 
pasukan bola sepak...


       Masa belajar dulu, kalau esoknya ada exam, atau kuiz penting, terpaksalah aku burn terawih...bukan sengaja ok..di kampung pula, semasa zaman kanak-kanak, aku dan kawan-kawan aku mencuba setiap malam di surau-surau berbeza..pelbagai kriteria kami gunakan dalam memilih surau/masjid sesuai untuk kami berterawih sebulan..antara kriteria-kriteria nya adalah, keselesaan masjid, kualiti imam yang mengimamkan sembahyang, dan kualiti makanan selepas selesai sembahyang..haha


       Nama budak-budak kan. so, kriteria dulu-dulu pun macam budak-budak jugalah..apa ada pada keselesaan? satu hakikat sebenar kehidupan, jika kita dalam keadaan selesa, kita dapat fokus melakukan juga kerja yang kita cuba lakukan...kriteria yang kami pilih adalah surau atau masjid mestilah mempunyai penghawa dingin yang baik..baru la x panas nak beribadat...siap boleh buat 20 rakaat tu..cewah..


        Kualiti imam yang budak2 lihat bukan pada bacaan ayat2 al Quran yang di bacakan...ianya lebih kepada panjang atau pendek surah yang dibaca setiap rakaat...pendek sangat x boleh, sebab kurang pahala, surah panjang pulak lambat pulak habis...tambah pulak kalau surah al baqarah, sakit lutut dibuatnya, ditambah pulak fokus yang semakin pudar...akhirnya, terkentut sebab makan durian banyak tadi semasa berbuka puasa, dan menggangu konsentrasi jemaah lain..haha..itu pemikiran budak-budak je...kalau dah besar masih fikir macam ni, memang nak kena siku la jawabnya..hehe..
  


     2.    Sahur berkualiti..


         Sahur yang baik dapat membantu kita menghadapi siang hari dalam keadaan cergas dan fokus...sahur yang paling berkualiti mestilah di samping ibu tercinta...untuk lelaki yang belum kahwin macam aku ni, amatlah mengharapkan masakan-masakan ibu yang ada kelas tersendiri..
       
       Tapi bila duduk di rumah sewa sorang-sorang, makan minum sahur pun tak tentu...ada sekali tu, aku siap beli awal-awal makanan dan minuman untuk bersahur seawal pukul 12 tengah malam..bajet nak mendapatkan sahur yang afdal la kan...jam di tetapkan penggeranya pada pukul 430...setiba nya pukul 430, dalam tengah2 mamai tu, asik berfikir 'tak pe, awal lagi", dan tidur balik..sedar-sedar, dah pukul 7 pagi...memang kecewa teramat sangat...dah beli macam-macam makanan enak di samping air bandung yang telah cair aisnya...dem...


     nak beli peti ais takde duit...maka, tong sampah la jawabnya dibuangnya makanan2 itu..
    


       3. Berpuasa 


        Masa kecil-kecil dahulu, puasa yang paling sukar dihadapi adalah pada 3 hari pertama awal ramadhan..hari pertama amatlah menyeksakan..macam rasa nak mati ditambah pula melihat rakan-rakan cina india menghirup air ribena sejuk semasa menunggu bas pulang ke rumah..dem..
       
       Namun, bila dah biasa, tak sahur subuh-subuh pun dah tak kisah..rasa macam sama jer sahur ke tak..kalau dah sampai tahap tu, anda memang hebat..hehe


       tapi ada juga kawan-kawan yang semangat berpuasa, tapi satu hari tak solat..apa pun tak dapat kalau macam tu...


bila dah dewasa pula, banyak aktiviti yang tak seronok dilakukan semasa berpuasa..contohnya menonton wayang.. mestilah tak best, sebab bertih jagung adalah perkara utama semasa menonton wayang..dating pun jadi tak best juga...nanti lebih-lebih sembang romantik, hilang pulak fadhilat berpuasa..hehe..


       jadi rakan-rakan, jangan ber dating di bulan ramadhan..walaupun semua syaitan dirantai di bulan ini, ada jugak sebahagian lelaki sama je, ada syaitan, takde syaitan, perangai masih macam syaitan..


        Begitulah perkara-perkara asas semasa di bulan ramadhan...ini baru basic entri jer cooor...kalau nak tahu kisah-kisah yang lebih menarik lagi, nantikan di entri berikutnya...
akhir kata, aku sudahi pendahuluan ramadhan menjelma lagi, part 1 dengan serangkap pantun..


Fish itu ikan,
Time itu masa,
Jangan cuba curi makan,
Ini bulan puasa...


apepun, positif thinking chorr!!!
Adios...


p/s- credit to kiang girl for your idea and support..(kiang girl...KLIK SINI )