Thursday 14 July 2011

Mari Berbahasa Tamil !!!!

anda peminat rajini paddiyappa??aku pasti anda meminati entri ini..haha

Tenne manni tangkhi kilometer annayamma..lebih kilometer dengan PRiMAX 95....


begitulah bunyi dialog bahasa tamil yang sering diperdengarkan semasa slot iklan buletin utama TV3..anda pernah dengar ke tak?kalau tak pernah, memang loser. mesti tak pernah tengok tv..iklan bahasa tamil ini memberikan inspirasi kepada entri ini..setengah bulan aku duk pikir entri baru, tengok je iklan ni, aku teringat sahabat-sahabat tamil aku, jothi rahmalingam dan rubinderan...just nak refresh balik, rubin adalah watak utama di kisah penunggu rumah puaka di blog ini(hantu rubin)


adakah penting bahasa tamil kepada aku dan kerjaya aku?
jawapannya YA, ianya penting...penting dari sudut perkataan-perkataan tertentu yang memerlukan pemahaman dari pesakit agar proses rawatan menjadi mudah dan lancar...
cuba anda bayangkan, kebanyakan pesakit di Slim River ini adalah warga tua dan ada antara mereka dari estet-estet yang berlambak di sekeliling klinik aku ni...dan kebanyakan dari mereka tak tahu langsung berbahasa melayu atau english...sangat seksa dan sengsara hidup aku tahu.


Maka, secara perlahan-lahan, aku mempelajari satu persatu perkataan tamil untuk membantu sedikit sebanyak proses kerja aku dengan pesakit yang hanya mengetahui bahasa tamil ini...kehebatan aku taklah sehebat rubin yang boleh berbahas dan berpidato dalam bahasa tamil.rubin juga pernah bersembang dan berbahas dengan mamak Aluha, sambil megabaikan kewujudan aku...


bila tahu beberapa perkataan, segala kerja menjadi mudah..




pengetahuan aku sangat2 terhad, cukup-cukup untuk aku melaksanakan tugas aku mengerjakan gigi setiap individu berbahasa tamil...ikuti perkataan2 tamil yang aku tahu :


mode: berbahasa tamil bersama kiang boy(dengan bantuan rubin dan jeeva,junior doktor aku)


     1. Vitooree...



Perkataan pertama yang aku tahu sejak menjadi doktor...Vitoree...bunyinya seperti vitagen bukan?namun ianya sama sekali tiada kaitan dengan minuman atau pun apa-apa produk...ianya disebut dan dilontarkan sebagai "bitoreeee"..ianya bermaksud buka mulut dalam bahasa melayu...ayat ini aku belajar dari seorang anak kepada pesakit aku yang tak tahu berbahasa melayu...penat wei aku pakai dwi bahasa, dua2 bahasa patient ni tak paham..then anak dia pun instruct mak dia dalam bahasa tamil,"bitoreee, bitoreee", dengan dengung dan panjang yang sesuai,  terus melekat dalam otak aku...

    2.  Valeekitaaa...

Valeekitaa adalah perkataan yang kedua aku tahu.macam mana aku tahu ayat ni amatlah tragis dan tidak boleh dikecohkan..kerana ianya melibatkan Dr pakar aku di Hosp Ipoh...oh ya, "valeekitaa" yang disebut dengan A hujungnya dipanjangkan selama 1 saat bermaksud "sakit ke tak?''..

kalau nak mulakan cabutan, aku akan memastikan ubat kebas di sekeliling gigi pesakit aku berfungsi dengan jayanya...caranya, aku akan cucuk di sekeliling gusi gigi yang akan dicabut dengan alat2 yang tajam sambil bertanya kepada kepada pesakit, "valikitaaa"..

cuba anda bayangkan kalau aku tak tahu perkataan ini...adakah aku dapat gambarkan kepada pesakit menggunakan tangan aku, sakit ke tak? tak mampu bukan. ianya bukan seperti "bitoreee" dia atas yang boleh digambarkan dengan sebelah tangan dan jari-jari aku...maka , perkataan ini amatlah membantu proses kerja aku..

Bagaimana aku tahu dan kenal ayat ini amatlah lucu...Dr  pakar aku di ipoh selalu menggunakan ayat yang seakan-akan valeeketa ini...dia selalu cakap kepada pesakit, "valeeki, valeeki" sambil memeriksa pesakit...dan sudah tentulah pesakit tak membalas nya kerana apa yang diperkatakan amatlah SALAH....valeeki bermaksud tergelincir..ianya dijelaskan oleh rubin kepada aku sejurus selesai sesi klinik..dan tugas kami hanyalah ketawa sahaja, sambil tidak berkeberanian dan berkemaluaan membetulkan Dr pakar kami itu...

I'm wondering either he still use that word, or not...hahahah


      3.  Kadhiiii

Setelah dengan jayanya mencabut dan mengkuburkan sesuatu gigi, darah yang masih mengalir dari soket cabutan perlulah dihentikan dengan segera...caranya, menempek dan menyumbatkan kapas di atas soket tersebut..

Tapi takkan aku kena pegang sendiri kapas tu kat mulut pesakit kan...itulah gunanya perkataan ketiga ini...sebut sahaja "kadhii", sambil memastikan jari anda telah keluar sepenuhnya dari mulut pesakit..jika tidak, dikokaknya jari tu...(kokak maksudnya gigit)
Tapi awas, "kadhiii" boleh disalah tafsir sebagai maksud yang lain oleh pesakit.."kaaaaadhi", dengan A yang panjang di tengah bermaksud kereta...
maka jangan hairan, sesudah selesai anda mencabut gigi, sebut sahaja "kaaaadhi" , pesakit terus bangun dan menuju ke keretanya sambil mulut terbuka..haha


       4. Coupleee

Perasankah anda para pembaca..perkataan tamil kebanyakannya memanjangkan huruf terakhir setiap ayat yang diucapkan...samalah dengan perkataa ke 4 ini, Coupleeee...

Jikalau anda menyebut ianya dalam bahasa english, sudah tentulah ianya bermaksud sebagai couple, pasangan...untuk menjadi pakar dalam bahasa tamil, seseorang perlulah membezakan sebutan coupleeee ini dalam bahasa tamil, atau menyebut couple dalam bahasa inggeris...jika tidak dapat membezakan, anda tiada bakat dalam berbahasa tamil, dan hentikan bacaan anda..(padahal dah nak habis entri dah,haha)

Perkataan ini bermaksud kumur...jika anda sebut sahaja couplee tanpa menunjukkan tanda apa-apa dengan tangan anda, dan pesakit terus kumur...bermaksud  sebutan anda betul...kudossss kepada anda...



    5. Cool

Mengikut analisis aku dan rakan-rakan aku, pesakit wanita india mempunyai pain threshold (daya tahanan kepada perasaan sakit) yang paling rendah berbanding pesakit kaum lain..maka, Dr perlulah menenangkan pesakit-pesakit begini agar tiada kejadian yang tidak diingini berlaku...aku tanya jeeva, apakah maksud relaks dalam bahasa tamil? dia cakap, "saya pun pakai cool saja kepada pesakit india"..hahaha...
so, aku pasti, untie-untie mesti faham apa maksud cool kan...





Begitulah perkataan-perkataan yang sering aku gunakan kepada pesakit-pesakit aku...tapi yang lawaknya, ada seorang untie ni, bila aku cakap valiketaaa, dia pun membalas dengan bahasa tamil, dalam ayat penuh perenggan kepada aku...hahaha..sudah tentulah aku tak faham...

Kepada mereka-mereka yang mempunyai masalah sama seperti aku, cubalah fahami seberapa perkataan yang boleh membantu anda...aku pasti, ada antara pembaca hanya tahu perkataan pandikutty sahaja dalam perkataan tamil..itupun tahu bila anwar ibrahim ajar dalam ceramah politik kan?hehe..tak baik tau guna perkataan macam tu...huhu..

apepun, jika anda suka akan entri ini, undilah cool, jika tidak, undilah bosan...pembaca yang tiada sumbangan amatlah mengecewakan...

positif thinking chor!

ADIOS...








11 comments:

Anonymous said...

die balas balik dalam tamil sebab die ingat ko india...haha

kiang-boy said...

anon:nice comment..tapi aku mcm cina kot..hahahaha

Zuhdi van Persie said...

haha... lawak2. suruh cip blajaq jugak weh. hahaha...

Anonymous said...

tang mana la cina tu....

Anonymous said...

ko saje buat entri nie supaya org pcy ko bkn 03 kn!ko, kapla n cip mmg stu kaum!!!hahah

kiang-boy said...

anon aka ria: ape ko merepek ni?hhahah..bukan 03 tu ape? tenne manne la ko ni..hahahaha

mil said...

03 tu kod bangsa la.

kiang-boy said...

mil: hahaha..ang bab2 tersirat mmg hebat menduga...

Ladyrila Rila said...

Rumbee cool Anne!

Anonymous said...

Manit a te nee ?.. pukul brpa sekarang?
Porahh .. berambus
Thani... minum
Sapedep ... makan
Macha ... abang
Thambi ... adik(lelaki)
Appa ... ayah
Amma ... mak

Sori le klu ada eja yg salah... lebih kurang tulah... nak lebih ge tanya kat org tamil.. aku ni org melayu hihihihi

kakchessie said...

Baru terjumpa Blok ni Hari ni... Dh 9 tahun.. ketawa bagai nak semput. Lawak selamber doktor Ni... 😁 Cool.