Thursday 28 April 2011

Lawak hari khamis...5 perkara!!!!- ringan-ringan sahaja

asalamualaikum para pembaca dan stalker2 sekalian...sejak dua menjak ni, buka tv je, cter video seks, bukak paper pulak ,video seks jugak., bukak laptop, ohh, xde video seks yaa..laptop aku bersih dr anasir2 sebegini..haha...


adoii, dah xde cter lain ke .salah ke, x salah ke pelaku video seks tu,  aku tak ambil tahu, yang penting, jika takut akan risiko, jangan bicara soal politik..cewah....


untuk mengubah fikiran anda yang dipenuhi anasir2 lucah sebegitu, maka tiba lah masa utk aku mempersembahkan entri terkini yg aku pikir sesuai untuk tatapan pembaca..ianya berkaitan tentang seorang Dr Gigi, kwn ku...nak tau nama????
x boleh lah bgtau.. apee??nak tau dia kerja di mana???
 lagi la x boleh bgtau..hehe..ni blog bukan untuk memalukan kwn aku, tapi nak berkongsi cerita sahaja...dah nama tajuk entri ni lawak hari khamis, so aku akan cuba menyampaikan dgn cara yang lawak, walaupun x setaraf maharaja lawak..




cerita ini bermula dgn seorang dr lelaki cina ni, nama nye aku gelar Dr Zuhdi(bukan nama sebenar).dia seorang 'fresh graduate' dari sebuah universiti di malaysia ni.. dr zuhdi bekerja di sebuah klinik kerajaan yang terletak di pendalaman, nama klinik ni, Klinik Pergigian Janda Baik Punya...


dr zuhdi mempunyai mulut yang sangat celupar, sgt dasyat.
walaupun mempunyai personaliti dan kerja klinikal yang baik di kalangan anggota klinik nya, dr zuhdi tidak begitu disukai pesakit dek kerana keceluparannnya...di sini, akan disenaraikan, 5 fakta menarik antara Dr Zuhdi dan pesakit2 nya..hehe..


p/s-aku dgn dr zuhdi kwn baik, namun cerita yg baik patut dikongsi,iya dak?


1. bau tandas
  masuk seorang pesakit pertengahan usia, baju compang camping..uncle ni ckp la dia sakit gigi, lepas tu, Dr zuhdi cuba menjadi humor, tapi x jadi...dia ckp kat uncle,  "uncle, bau badan uncle macam bau tandas"


..what??oh my damm..hehe..mcm xde kaitan antara gigi dgn bau badan uncle tu..x paham aku..aku pun pernah alami keadaan di mana bau masam badan pesakit amat menguji kesabaran hidung aku.terasa macam nak potong hidung dgn gunting.walaupun camtu, tak pernah niat nak tegur pun..paling teruk pun aku pakai double mask..baik punya..haha..




2.akak cantik
akak: dr, saya nak dr check gigi saya..


Dr Zuhdi: biar saya tengok dulu... bukak muluttttt....


Then, selepas memeriksa mulut pesakit,Dr zuhdi menegakkan semula kedudukan pesakit itu(sape2 x pernah jumpa dentist, takkan paham maksud menegakkan ni) ..dia bersuara..


Dr zuhdi: aiyo, saya tengok muka you cantik, lepas tengok gigi you, saya rasa mau pengsan(sambil mendepakan tangan tanda mengeluh)..hehe




3.pesakit diabetes..
untie: Dr, saya tetap nak jugak cabut jugak gigi ni dr..sakit gigi ni waktu malam2..


Dr zuhdi: iya ,saya tahu, tapi gula dalam darah untie tinggi la..saya x boleh cabut..


untie: tak pe dr..cabut saja, saya tak kisah..
Dr zuhdi yang tiba2 hilang rasa sabar dengan kedegilan untie tu bersuara dan mengeluarkan ayat pedasnya,


Dr Zuhdi: untie kalau mau mati, jangan cabut dengan saya, cabut dengan Dr lain..


hahahaha..ni terbaik ni...




4.lewat sangat bang...


jam telah mununjukkan pukul 1245 tgh hari.. di kaunter, dtg seorang lelaki dengan complaint yang sama, sakit gigi..
abang sakit gigi:  puan, boleh jumpa dr lagi x?..gigi saya sakit sangat ni..


staff kaunter:  sekejap encik, saya tanya dr..dah nak dekat waktu rehat ni pukul 1..


abang: ok ok.saya tunggu sini..maaf la, saya dah x tahan ni.


keluar dr zuhdi, dekat kepada pesakit, dan mula bertanya khabar.
Dr zuhdi: abg sakit sejak bila ni?


abg sakit gigi: sejak semalam..x bhenti henti dr td..


Dr zuhdi: oh yeke..dah mkn dah?


Abg sakit gigi: dah, baru jer.


 Dr zuhdi kemudian berkata ayat terkakhir nya.
     " abg dah makan, saya tak  payah makan ke?"  hahahaha


Errrr, xperlu direct sgt kot Dr zuhdi..hahaha..pesakit dtg semula selepas pukul 2..hehe


5. ikan lumba-lumba..


setelah menampal gigi seorang makcik ni, selalunya dr gigi akan menyuruh pesakit kumuh dgn air di dalam yang disediakan di sebelah mereka, dan di buang kumuhan itu di dlm sinki sebelah tempat yang sama..makcik ni pun buang la air kumuhan dari mulut dia..bukan kumuhan dari bahagian lain ya..
namun, biasa la, orang tua, kumuh berterabur air kat lantai..
dr zuhdi bersuara  " makcik, kumuh tu perlahan lahan ya..jangan sembur sembur macam ikan lumba lumba.."


Niceeeee...hahaha


itu lah top 5 fakta menarik antara Dr Zuhdi dan pesakit2 nya...semua kisah ini diceritakan oleh pembantu dr Zuhdi kepada aku. semua kisah bermula dengan ayat, "Dr, nak tau tak?" ..tagline penggosip2 di melaysia...


hasilnya, jumlah pesakit luar di Klinik Pergigian Janda Baik Punya untuk sehari menurun dari 40 pesakit sehari menjadi 4 orang sehari...best betul kerja kat sana..boleh main Fb kat sana sambil update2 blog lagi waktu bekerja..hahahaha..
apepun, anda,  
 yaaaaa, anda!!!!!!! sebagai penyedia perkhidmatan perlulah melayan pelanggan dgn baik..tanpa pelanggan, kita takkan ada kerja..ye tak??
p/s- zuhdi bukan nama sebenar..saja nak mention 2 kali..hahahaha.
ADIOS..

Friday 22 April 2011

Nak Tanya Ke idak??

hai.. minggu2 ni sangat2 lah bz...dgn kursus dan kerja2 haram yang dilakukan, memanglah x sempat nak update blog..kerja haram ape?hehe,jgn risau, bukan jenayah..hanya mencari rezeki tambahan dgn bkerja di klinik swasta..yang paling penting sbb apa aku x update blog ni, for sure sbb kekeringan idea..hehe..so ari ni aku nak cter pengalaman aku dgn pesakit..dah nama syok sendiri, cter pun yg mana dirasakan syok jer aku tulis utk tatapan anda sume..hehe


sebagai seorang pengamal pergigian berlesen di negara ini, anda mesti ingat cabut gigi hanya mencabut..senang jer keje..ada kwn aku sorang ni, dia ckp senang jer kan dental ni, belajar gigi jer.."kepala ko" aku membalas.. sama jer susahnya..apa yang budak medic blajar, kami kena blajar jugak...eh, jgn lari tajuk....


isnin lepas aku mcm bese keje kat sebuah klinik kat bangi ni, masuk seorang pesakit pompuan, 26thn, melayu..perut agak protrude sikit...muka tetap comel..dah nama pompuan melayu kan..hehe..


dia pun duduk kat kerusi gigi, terus bukak mulut..aku pun terus bukak zip..hahaha..
gurau jer...sajer xnak bagi korang ngantuk awal2 ni..                                                                 
                                        protrude=kedepan
 ikuti perbualan kami,
  
Dr cool :  aii kak, masuk terus bukak mulut..nganga luas pulak tu..haha..cer citer apa masalah dgn gigi akak..


akak cute: hihi,isk2..bukan,sy nak dr tgk gigi sy ni haa..sakit sangat..dah 3 ari dah..xboleh nak tido.


aku pun terus memeriksa mulutnya, hmm, mesti anda penah dgr peribahasa ,dont judge a book by its cover..sama lah dgn kes ni, 
dont judge a girl by her look only , but also her teeth..gigi dia, mak aihhh, byk nyer lubang...patut ler sakit 3 ari..hehe




Dr cool: akak, muka akak cantik...gigi akak pun kena la cantik jugak..hehe,


jgn salah phm..ini adalah taktik aku utk memberikan kesedaran kesihatan pergigian kepada pesakit aku.then aku lihat gigi dia yg sakit tu..memang gigi tu patut dikuburkan lama dah..dah x mcm gigi manusia aku tengok..


Dr cool: gigi2 akak ada yg teruk sampai kena cabut dan ada yg masih boleh ditampal...tapi gigi yg akak sakit 
arini,mintak maaf la..dah xde rupa gigi sy nak selamatkan..sy nasihatkan cabut..


akak cute: haha..segan saya Dr ckp mcm tu..cabut jer la Dr..malas sy nak pikir.


Dr cool: ok, sebelum cabut, sy kena tanya mcm2 kat akak..
             akak ada penyakit2 yg perlu sy tahu tak?


akak cute: so far sy sihat..
 Dr cool: akak mengandung x?
akak cute:  hahahahahaha..nape Dr tanya mcm tu?

 akak gelak sambil mengempiskan perut nye yg protrude tu..adoiii, xkawin lagi rupanya...tapi nak wat camne, soklan penting tu...haha..kang kalau aku tanya dah kawin ke belum, mcm dr gatal pulak kan...
nasib baik akak tu response positif dgn soklan aku..kalau org yg emo2 mcm sorang tu, habis la aku..haha


so, kembali kepada persoalan utama, nak tanya ke idak????serba salah dibuatnya..sekian..

Monday 11 April 2011

Kedai Mamak pilihan di hati....

Hi, apa khabar para pembaca...hari ini hari bekerja ataupun ari isnin.aku sangat pemalas di hari mcm ni.tapi  nak buat camne, tugas perlu dilaksanakan...setelah selesai dengan pesakit2, terus aku lepak di pejabat aku, melayari internet..dan semasa asyik menampal gigi tadi, aku asyik teringat satu perkara jer....KEDAI MAMAK...makna lain, aku amat bosan dan menulis entri ini...

maka terhasillah entri ini..jika pembaca adalah seorang mamak, ataupun pelanggan tegar mamak, di sini akan aku terangkan tips memilh kedai mamak bagi memenuhi nafsu makan itu.ingat, berat bukan isu dlm entri ini, yang penting nafsu makan dipenuhi.....
aku bekerja di Slim River..selama setahun aku duduk kat pekan ni, amat lah menyeksakan..nak cari tempat makan melayu sangat lah susah..sesusah menurunkan berat badan aku yg borderline ideal ini..hahaha..ok, teruskan dgn mamak..
Utk penduduk di Slim river mesti lah arif dgn mamak2 yg ada di sini..3 mamak yang aku perasan adalah ALUHA, NASI BRIYANI dan SELERA BRIYANI..mamak2 tersebut mampunyai kekuatan masing2 yang pada aku jika digabungkan, akan menjadi mamak terulung yang pernah ada di malaysia...berikut adalah tips menjadi/memilih mamak cemerlang:

1.     Lokasi kedai 
Ketiga tiga kedai di atas mempunyai lokasi yang berbeza dan mempunyai signifikan masing2 dalam menarik pelanggan mereka. Aluha terletak di hujung bangunan kedai, nasi briyani di tengah bangunan gerai dan selera briyani terbina sendirian, standing alone..ape yg aku nampak, lokasi kedai amat penting..aluha mempunyai pelanggan yang amat ramai, lokasi hujung bangunan kedai amat membantu dlm memasarkan jenama makanan mamak mereka..
standing alone selera briyani x kurang hebatnya juga..mempunyai parking kereta yg banyak menjadi asas pelanggan berhenti di kedai tersebut...namun, nasi briyani yang terletak di tengah2 bangunan mempunyai pelanggan terendah...aku sampai boleh duduk dan sembang menjerit kat kedai tu...kedai amat malap..so, disini dapat lah dirumuskan, kedai mamak di tengah2 bangunan kurang mendapat sambutan org ramai...


      2.  Astro dan Wifi..
 antara kelebihan mamak adalah EPL di Astro yang menjadi kegilaan remaja2 kini..mamak yang xde astro boleh la kita gelar mamak loser..even pelanggan duduk order tea tarik secawan, duduk 3jam, still, jumlah pelanggan nampak ramai, bisnes nampak maju, lagi ramai org datang..
namun x semua mamak ader kemudahan wifi..di sini, hanya nasi briyani mampunyai kemudahan wifi...maka, kemudahan ini dapatlah sekurang2nya menambah jumlah pelanggan di kedai mereka yg malap itu...tapi awas, ape yang aku nampak, kedai mamak berWifi mempunyai pengemis tersendiri...bukan pengemis duit la..pengemis wifi...
aku pernah dtg minum petang kat kedai ni,ader la sorang mamat duk main tenet dgn baju hitam dia, asyik main laptop tu..tup2 malam aku dtg lagi kedai tu, still nampak mamat sama, dgn baju yg sama, duduk mengemis wifi kat mamak tu..so boleh lah dirumuskan, wifi di kedai mamak sama ada menarik pelanggan, atau pengemis wifi...haha


      3. kualiti kedai dan pekerja.

kualiti bukan sesuatu yang terjadi dgn sendiri..ianya hasil garapan secara teliti dlm menyediakan sesuatu perkhidmatan..ianya bukan dtg sendiri..mestilah, pemilihan kedai mamak yang bersih manjadi pilihan pelanggan.namun, apa yg diperhatikan, hampir semua mamak2 di malaysia ni, mempunyai tahap kebersihan yg mencukupi...fair la org kata..asalkan tandas xde najis2 yg terbiar, kira ok la kan..hehe
pekerja pulak mestilah nampak bersih..ingat lagi dekan aku masa belajar kat u dulu..dia ckp dia x makan kat kedai mamak..dia suruh kami perati mamak buat ape dengan tangan dia waktu tengah rest2..antara cth yg dekan bagi, mamak korek hidung..lepas korek hidung, kta order roti canai goreng satu, dan dah tentulah enak  dan ranggup roti yg dihasilkan...x giteww..haha


     Begitulah antara kriteria2 mamak terbaik untuk dijadikan tempat santapan..kedai mamak ni unik..makanan yg disediakan, semua kaum boleh makan...org kata masakan 1malaysia..ehh, promote najib pulak...  ADIOS...

Friday 8 April 2011

Insan Bernama Ahmed....

Di sini ader kisah menarik pasal insan bernama ahmed....
siapa ahmed, ape kaitan dgn aku, ader skandal ke??bukan bukan...ini bukan blog gay...
 Untuk pengetahuan pembaca, aku ader sebuah keta civic baru beli...aku gelar keta ku, BaBy GreY...hehe.

Cyberjaya,ahad lepas...tgh makan dgn family tercinta...sesudah bergelak ketawa dgn keluarga dlm menyambut kepulangan mak dr umrah,kami bergerak ke kereta masing2...kemudian, aku terlihat kesan remukan di badan kiri baby grey ku...arghhhh!!!!!
seolah olah masa depanku gelap..seolah olah yer...remuk hatiiii...terkeluar lah ayat2 yg x patut didengar oleh kanak2 seusia fahmi dan sufi, sory akak,hahaha , menyumpah pelaku itu..huhuhuh

aku berkata pada umi(sejak bila panggil umi tah, sejak balik dr umrah kot..hehe)

''dah xde mood dah nak drive balik ipoh''

huh....huh...huh...

aku mengeluh memikirkannyer..maklumlah,1st time baby dicederakan..arghh!!!!!
huh, aku mengeluh lagi...aku menunjukkan symptom PMS di tempat kejadian itu(dont take it as sexism ok)...

kemudian aku memandu kereta itu,berhenti di stesen minyak, mak kata,xpela saleh, mak bayarkan repair keta ni..huhuhu..kagum aku..
aku keluar untuk mengisi minyak, tiba2 terpikir kot2 la org tu tinggal kan note kat wiper baby ku..


Memang betul dia tinggalkan note....Wow....lega....lega...
" Hi, sorry i banged your car accidently...012******.please call me for claiming the damage"


dia pakai "please" aku kagum sangat2 tu...sangat2 kagum..lega selega leganya.. yelah, bayangkan aku bayar sebulan 1300 utk keta ni jer, pastu balik2 dr dinner, remuk badan keta sebelah kiri..mana tahan beb..sakit hati..namun, hati makin lega bila baca note tu..huh...
aku terus menghubungi en ahmed..ikuti perbualan aku dgn ahmed:


aku:  Hi, i am civic car's owner..Thank you for your honesty. i am really appreciate it. can i know your name? my name is...


Eh Ahmed: Gd morning..its ok, we all are brothers and sisters and its not fair to come back from dinner and somebody bang and escaped, my name is ahmed.


aku:Yah, it broke my heart to see my car like that before i saw that note. do u have any preference where i could send my car to fix it?in case u have any favorite place that u think can offer reasonable price for repairmen?


en Ahmed: No, i m not Melayu, i am student and not familiar to this place..please do ur best to find reasonable one..My monthly budget is limited..thank you.


Aku: Ok, i ll try my best,i m not use to this thing, but has friend that know best. i ll inform u later..i ll send u receipt after done fix the problem.thank you very much, may Allah bless you. salam


En Ahmed: ok, thanks brother, please try ur best..


begitulah perbualan aku dgn en ahmed..bila tiba siang hari, aku terus mencari kedai utk repair baby ku...tertarik dgn ulasan seorang uncle ni..sangat susah nak percaya ada org mcm ni...dari 10 org yang langgar mcm ni, 9 akan lari dulu...

aku bersetuju dgn uncle tu, cuma aku setuju part lari...bukan 9 je, 10 akan lari kalau org malaysia yg langgar...tapi lain klu org arab mcm en Ahmed ni...
to en Ahmed, thanks for ur honesty..may Allah bless u....

aku janji, kalau aku pelaku itu,aku akan cuba buat seperti en ahmed... sama2  lah kita berubah...walaupun di dunia kita terlepas, di akhirat lagi susah nak cari org yg kita langgar kat padang masyar nanti...jadi, belum terlambat untuk kita berubah..
SYUKUR.
ADIOS...

Thursday 7 April 2011

Dimulakan dengan bismillah dan assalamualaikum....

Ya, aku seorang melayu beragama islam...i am muslim, and i m proud of it..cewah...
Aku dibesarkan oleh seorang ibu yg amat tegas, berprinsip, yang tidak ragu2 membantai aku kalau aku liar dalam meniti alam remaja/kanak2...namun aku tahu, segala yg dilakukan oleh ibu hanyalah satu, utk membentuk aku..
Berbalik kepada blog ini...segala penceritaan dlm blog ini adalah melalui konsep syok sendiri...aku akan menceritakan segala kisah, peribadi, percintaan, politik,sukan, hiburan , yang penting, tidak sesekali akn memfitnah mana2 individu atau organisasi..
Oh ya, aku seorang lelaki berusia 26 tahun, tempat tinggal aku, pekerjaan aku, akan aku dedahkan satu persatu di blog ini...hahaha...best2 taip blog..memang syok sendiri...btw, korang boleh gelar aku kiang, nama timangan di sekolah dulu....
Adios....