Thursday 28 April 2011

Lawak hari khamis...5 perkara!!!!- ringan-ringan sahaja

asalamualaikum para pembaca dan stalker2 sekalian...sejak dua menjak ni, buka tv je, cter video seks, bukak paper pulak ,video seks jugak., bukak laptop, ohh, xde video seks yaa..laptop aku bersih dr anasir2 sebegini..haha...


adoii, dah xde cter lain ke .salah ke, x salah ke pelaku video seks tu,  aku tak ambil tahu, yang penting, jika takut akan risiko, jangan bicara soal politik..cewah....


untuk mengubah fikiran anda yang dipenuhi anasir2 lucah sebegitu, maka tiba lah masa utk aku mempersembahkan entri terkini yg aku pikir sesuai untuk tatapan pembaca..ianya berkaitan tentang seorang Dr Gigi, kwn ku...nak tau nama????
x boleh lah bgtau.. apee??nak tau dia kerja di mana???
 lagi la x boleh bgtau..hehe..ni blog bukan untuk memalukan kwn aku, tapi nak berkongsi cerita sahaja...dah nama tajuk entri ni lawak hari khamis, so aku akan cuba menyampaikan dgn cara yang lawak, walaupun x setaraf maharaja lawak..




cerita ini bermula dgn seorang dr lelaki cina ni, nama nye aku gelar Dr Zuhdi(bukan nama sebenar).dia seorang 'fresh graduate' dari sebuah universiti di malaysia ni.. dr zuhdi bekerja di sebuah klinik kerajaan yang terletak di pendalaman, nama klinik ni, Klinik Pergigian Janda Baik Punya...


dr zuhdi mempunyai mulut yang sangat celupar, sgt dasyat.
walaupun mempunyai personaliti dan kerja klinikal yang baik di kalangan anggota klinik nya, dr zuhdi tidak begitu disukai pesakit dek kerana keceluparannnya...di sini, akan disenaraikan, 5 fakta menarik antara Dr Zuhdi dan pesakit2 nya..hehe..


p/s-aku dgn dr zuhdi kwn baik, namun cerita yg baik patut dikongsi,iya dak?


1. bau tandas
  masuk seorang pesakit pertengahan usia, baju compang camping..uncle ni ckp la dia sakit gigi, lepas tu, Dr zuhdi cuba menjadi humor, tapi x jadi...dia ckp kat uncle,  "uncle, bau badan uncle macam bau tandas"


..what??oh my damm..hehe..mcm xde kaitan antara gigi dgn bau badan uncle tu..x paham aku..aku pun pernah alami keadaan di mana bau masam badan pesakit amat menguji kesabaran hidung aku.terasa macam nak potong hidung dgn gunting.walaupun camtu, tak pernah niat nak tegur pun..paling teruk pun aku pakai double mask..baik punya..haha..




2.akak cantik
akak: dr, saya nak dr check gigi saya..


Dr Zuhdi: biar saya tengok dulu... bukak muluttttt....


Then, selepas memeriksa mulut pesakit,Dr zuhdi menegakkan semula kedudukan pesakit itu(sape2 x pernah jumpa dentist, takkan paham maksud menegakkan ni) ..dia bersuara..


Dr zuhdi: aiyo, saya tengok muka you cantik, lepas tengok gigi you, saya rasa mau pengsan(sambil mendepakan tangan tanda mengeluh)..hehe




3.pesakit diabetes..
untie: Dr, saya tetap nak jugak cabut jugak gigi ni dr..sakit gigi ni waktu malam2..


Dr zuhdi: iya ,saya tahu, tapi gula dalam darah untie tinggi la..saya x boleh cabut..


untie: tak pe dr..cabut saja, saya tak kisah..
Dr zuhdi yang tiba2 hilang rasa sabar dengan kedegilan untie tu bersuara dan mengeluarkan ayat pedasnya,


Dr Zuhdi: untie kalau mau mati, jangan cabut dengan saya, cabut dengan Dr lain..


hahahaha..ni terbaik ni...




4.lewat sangat bang...


jam telah mununjukkan pukul 1245 tgh hari.. di kaunter, dtg seorang lelaki dengan complaint yang sama, sakit gigi..
abang sakit gigi:  puan, boleh jumpa dr lagi x?..gigi saya sakit sangat ni..


staff kaunter:  sekejap encik, saya tanya dr..dah nak dekat waktu rehat ni pukul 1..


abang: ok ok.saya tunggu sini..maaf la, saya dah x tahan ni.


keluar dr zuhdi, dekat kepada pesakit, dan mula bertanya khabar.
Dr zuhdi: abg sakit sejak bila ni?


abg sakit gigi: sejak semalam..x bhenti henti dr td..


Dr zuhdi: oh yeke..dah mkn dah?


Abg sakit gigi: dah, baru jer.


 Dr zuhdi kemudian berkata ayat terkakhir nya.
     " abg dah makan, saya tak  payah makan ke?"  hahahaha


Errrr, xperlu direct sgt kot Dr zuhdi..hahaha..pesakit dtg semula selepas pukul 2..hehe


5. ikan lumba-lumba..


setelah menampal gigi seorang makcik ni, selalunya dr gigi akan menyuruh pesakit kumuh dgn air di dalam yang disediakan di sebelah mereka, dan di buang kumuhan itu di dlm sinki sebelah tempat yang sama..makcik ni pun buang la air kumuhan dari mulut dia..bukan kumuhan dari bahagian lain ya..
namun, biasa la, orang tua, kumuh berterabur air kat lantai..
dr zuhdi bersuara  " makcik, kumuh tu perlahan lahan ya..jangan sembur sembur macam ikan lumba lumba.."


Niceeeee...hahaha


itu lah top 5 fakta menarik antara Dr Zuhdi dan pesakit2 nya...semua kisah ini diceritakan oleh pembantu dr Zuhdi kepada aku. semua kisah bermula dengan ayat, "Dr, nak tau tak?" ..tagline penggosip2 di melaysia...


hasilnya, jumlah pesakit luar di Klinik Pergigian Janda Baik Punya untuk sehari menurun dari 40 pesakit sehari menjadi 4 orang sehari...best betul kerja kat sana..boleh main Fb kat sana sambil update2 blog lagi waktu bekerja..hahahaha..
apepun, anda,  
 yaaaaa, anda!!!!!!! sebagai penyedia perkhidmatan perlulah melayan pelanggan dgn baik..tanpa pelanggan, kita takkan ada kerja..ye tak??
p/s- zuhdi bukan nama sebenar..saja nak mention 2 kali..hahahaha.
ADIOS..

No comments: