Monday 11 April 2011

Kedai Mamak pilihan di hati....

Hi, apa khabar para pembaca...hari ini hari bekerja ataupun ari isnin.aku sangat pemalas di hari mcm ni.tapi  nak buat camne, tugas perlu dilaksanakan...setelah selesai dengan pesakit2, terus aku lepak di pejabat aku, melayari internet..dan semasa asyik menampal gigi tadi, aku asyik teringat satu perkara jer....KEDAI MAMAK...makna lain, aku amat bosan dan menulis entri ini...

maka terhasillah entri ini..jika pembaca adalah seorang mamak, ataupun pelanggan tegar mamak, di sini akan aku terangkan tips memilh kedai mamak bagi memenuhi nafsu makan itu.ingat, berat bukan isu dlm entri ini, yang penting nafsu makan dipenuhi.....
aku bekerja di Slim River..selama setahun aku duduk kat pekan ni, amat lah menyeksakan..nak cari tempat makan melayu sangat lah susah..sesusah menurunkan berat badan aku yg borderline ideal ini..hahaha..ok, teruskan dgn mamak..
Utk penduduk di Slim river mesti lah arif dgn mamak2 yg ada di sini..3 mamak yang aku perasan adalah ALUHA, NASI BRIYANI dan SELERA BRIYANI..mamak2 tersebut mampunyai kekuatan masing2 yang pada aku jika digabungkan, akan menjadi mamak terulung yang pernah ada di malaysia...berikut adalah tips menjadi/memilih mamak cemerlang:

1.     Lokasi kedai 
Ketiga tiga kedai di atas mempunyai lokasi yang berbeza dan mempunyai signifikan masing2 dalam menarik pelanggan mereka. Aluha terletak di hujung bangunan kedai, nasi briyani di tengah bangunan gerai dan selera briyani terbina sendirian, standing alone..ape yg aku nampak, lokasi kedai amat penting..aluha mempunyai pelanggan yang amat ramai, lokasi hujung bangunan kedai amat membantu dlm memasarkan jenama makanan mamak mereka..
standing alone selera briyani x kurang hebatnya juga..mempunyai parking kereta yg banyak menjadi asas pelanggan berhenti di kedai tersebut...namun, nasi briyani yang terletak di tengah2 bangunan mempunyai pelanggan terendah...aku sampai boleh duduk dan sembang menjerit kat kedai tu...kedai amat malap..so, disini dapat lah dirumuskan, kedai mamak di tengah2 bangunan kurang mendapat sambutan org ramai...


      2.  Astro dan Wifi..
 antara kelebihan mamak adalah EPL di Astro yang menjadi kegilaan remaja2 kini..mamak yang xde astro boleh la kita gelar mamak loser..even pelanggan duduk order tea tarik secawan, duduk 3jam, still, jumlah pelanggan nampak ramai, bisnes nampak maju, lagi ramai org datang..
namun x semua mamak ader kemudahan wifi..di sini, hanya nasi briyani mampunyai kemudahan wifi...maka, kemudahan ini dapatlah sekurang2nya menambah jumlah pelanggan di kedai mereka yg malap itu...tapi awas, ape yang aku nampak, kedai mamak berWifi mempunyai pengemis tersendiri...bukan pengemis duit la..pengemis wifi...
aku pernah dtg minum petang kat kedai ni,ader la sorang mamat duk main tenet dgn baju hitam dia, asyik main laptop tu..tup2 malam aku dtg lagi kedai tu, still nampak mamat sama, dgn baju yg sama, duduk mengemis wifi kat mamak tu..so boleh lah dirumuskan, wifi di kedai mamak sama ada menarik pelanggan, atau pengemis wifi...haha


      3. kualiti kedai dan pekerja.

kualiti bukan sesuatu yang terjadi dgn sendiri..ianya hasil garapan secara teliti dlm menyediakan sesuatu perkhidmatan..ianya bukan dtg sendiri..mestilah, pemilihan kedai mamak yang bersih manjadi pilihan pelanggan.namun, apa yg diperhatikan, hampir semua mamak2 di malaysia ni, mempunyai tahap kebersihan yg mencukupi...fair la org kata..asalkan tandas xde najis2 yg terbiar, kira ok la kan..hehe
pekerja pulak mestilah nampak bersih..ingat lagi dekan aku masa belajar kat u dulu..dia ckp dia x makan kat kedai mamak..dia suruh kami perati mamak buat ape dengan tangan dia waktu tengah rest2..antara cth yg dekan bagi, mamak korek hidung..lepas korek hidung, kta order roti canai goreng satu, dan dah tentulah enak  dan ranggup roti yg dihasilkan...x giteww..haha


     Begitulah antara kriteria2 mamak terbaik untuk dijadikan tempat santapan..kedai mamak ni unik..makanan yg disediakan, semua kaum boleh makan...org kata masakan 1malaysia..ehh, promote najib pulak...  ADIOS...

4 comments:

krygiakos said...

sangat berat....

kiang-boy said...

pemalas metul ko nak baca...hahahaha

gurl5_9 said...

yg ni bosannnn..ahaha

mamak kotor.. said...

Betul tu. bila makan kat kedai mamak. kena jaga-jaga bab kebersihan. saya makan dekat kedai mamak di kerling bersebelahan degan kedai runcit cina, kedai tersebut sangat kotor. makanan yang disjikan ada telur lalat. mungkin yang dipanaskan balik. bekas air gula mereka guna bekas sabun. Huhhu.. saya minum air tin sahaja masa makan kat kedai tersebut.