Monday 21 November 2011

Selamat hari jadi Ria Helmi !!

Hallluu pembaca kiang boy sekalian, tidak kira sama ada anda pembaca senyap, ataupun baru je bukak buat kali pertama disebabkan tajuk yang akan di paste di wall Ria helmi, selamat membaca aku ucapkan..blog ini yang lebih keji dari biasa , merungkai perangai keji rakan2 kiang boy,tetapi anda jangan kasihankan mereka...mereka inipun tak kasihankan diri mereka sendiri.. mereka2 ini boleh diklasifikasikan sebagai cool dan boleh aku kutuk dan keji di blog ini..haha...




Ria yang merayu namanya dimasukkan dalam kiang boy..haha





Baiklah, kali ni giliran abang kecik, ria helmi....aku baru perasan,aku tak pernah berbicara tentang Ria helmi..atau nama manja nyer abg kecik di kalangan kami....sebelum bermula, selamat hari jadi ke 25 aku ucapkan...satu fakta menarik tentang Ria helmi, beliau menyambut hari lahir setiap tahun sejak tahun 1986 hingga hari ini, namun yang menariknya, beliau tidak besar2 pun...menarik itu...cuba teka kenapa?



Antara gambar ilusi optik yang ria nampak besar dari background..hehe

Entri kali ini lebih keji dari biasa...sempena hari lahir ria helmi, aku ditugaskan untuk membogelkan sejarah hidup ria helmi..haha..tapi jangan risau ria, rahsia ko yang sensitif seperti ko selalu pakai boxer yang sama untuk seminggu tu aku takkan bagitahu sini..eh, terbagitahu pulak..haha...gurau je, sengaja aku tokok tambah ayat fitnah bagi menyedapkan entri ini...

Ria Helmi adalah antara individu yang cool dan aku kenal sejak tahun 2005...dia cool sebab anda semua boleh kutuk apa sahaja kepadanya...tapi awas, jika anda sekali memilih mengutuk nya, anda kenalah bersedia dikutuk balik sedasyat mungkin..macam tulah baru jantan..jika taknak dikutuk, lebih baik gelak sahaja melihat orang lain dikutuk..itu pun dah dikira ok jer..hehe..

Anda semua sedap2 panggil nama dia ria kan...tahukah anda suatu fakta yang anda tidak diketahui ramai...nama panggilannya di sekolah dan di luar kehidupan UKM dulu bukan nya Ria.... Ria itu nama yang diberi oleh senior2 pergigian di minggu2 awal orientasi...menamakan budak2 junior baru adalah seperti menamakan binatang2 peliharaan memang menjadi lumrah para senior...ada juga nama lain yang kami berikan tanpa pengetahuan budak2 ini seperti Si Aneh..yes, anda tahu siapa anda....

Melihatkan keceriaan helmi ini, beliau dinamakan Ria sempena keceriaan beliau...Ria memilih untuk menerima cabaran nama yang diberi, terus beliau suka kepada nama tersebut, dan mempopularkan nama itu secara sendiri...itu lah baru jantan...

Aku cuba selidiki nama Ria ini sewaktu zaman sekolah dahulu...jika anda semua pelajar asrama di malaysia ini, sudah tentu sinonim dengan nama panggilan kawan2 sekolah dahulu bukan?contohnya aku, nama panggilan di sekolah dahulu Kiang, di inspirasikan oleh kawan-kawan yang tak guna merosakkan nama aku, shukri, shukiang..hampeh...

Ria jua tidak terkecuali... nama nya di sekolah dahulu memang kelakar dan kureng...mungkin sebab itu Ria tidak mempopularkan nama panggilan manja sekolahnya dahulu, dan menerima nama yang senior berikan...maka, lahirlah, Ria...

Antara persoalan pertama dan utama para senior ingin ketahui dari adik2 junior di hari pertama orientasi ialah , namakan pelajar paling cantik di dalam batch mereka..mestilah tanya soalan tentang itu..takkan lah nak tanya siapa single lagi dikalangan budak lelaki..kami bukan gay ok...





bukti kami bukan gay...yang tengah tu tak terbukti lagi..kuang2...haha





Merujuk kepada soalan yang diberi, Ria memilih nama seorang gadis ini, dan dia diarahkan melukis gambar muka gadis tersebut...lukisannya yang menggambarkan gadis paling cantik di batch sendiri itu amat2 "cantik"....dan dengan gambar nya yang amat "cantik" itu, Ria diarahkan mengantungkan gambar itu di dadanya sepanjang proses orientasi seminggu di bilik senior..hahaha...

mesti pembaca ingin tahu siapa gadis itu...maaf, itu rahsia..haha..

untuk penjelasan maksud "cantik" dia atas, ianya hanyalah sarcastik okey..lukisannya amat buruk okey...hinggakan ada seorang senior memberitahu , "aku cari budak muka yang ko lukis, tak jumpa pun?"hahaha


Antara ingatan dan kenangan awal bersama ria helmi ialah sewaktu beliau menitiskan air mata jantannya sewaktu pertama kali menerima keputusan buruk ujian Anatomi waktu mula-mula masuk fakulti pergigian dahulu...agak kaget dan terdiam aku , sebagai pelajar tahun 2 fakulti pergigian mendengar luahan hati adik kecil ini...masa tu, tiada perasaan nak melempang laki yang menitiskan air mata macam ni, cuma terasa pelik, selalu perempuan je menangis depan aku..kali ni nice la, air mata jantan tak terkawal dan luruh di sofa tempat membaca surat khabar,perpustakaan UKM KL...hahaha...


aku yang masa itu masih berlakon sebagai senior yang mengambil berat cuba menenangkan beliau...bila ingat balik waktu itu, terasa seperti nak nak muntah pulak..agak feminim ria ni ok..haha

Namun itu semua di awal2 pengenalan kami...sewaktu Ria di tahun 5 fakulti pergigian, aku dapat merakamkan aksi nya mengigau....cukup2 klasik sebutan igauan nya...namun sayang, ianya telah disedari, dan dia memadamkan rakaman mengigau itu demi menjaga maruah nya...nasib baik kau padam Ria, jika tidak, aku dah upload di Facebook dan kau akan senasib dengan Anwar Ibrahim...haha


Masa berlalu dengan pantas....kini, Ria telah menjadi seorang Dr Gigi yang disegani ramai..kerajinan beliau mencari rezeki tambahan setiap malam dan hari cuti amat2 lah dikagumi...beribu ribu duit tu dalam bank, sampai tak tahu nak buat apa...akhirnya beliau berjoli ke United Kingdom bersama sama senior yang disayangi beliau..hehe


Orang kata, biar berbadan kecil, tapi kereta kena lah besar...baru orang dari luar nampak takut dan kagum...jika anda melihat kereta Civic Putih bernombor plat WUS ****, jangan takut, dia memang nampak besar dari luar dan itu hanyalah ilusi optik sahaja...ajaklah dia keluar kereta dan lihat lah realitinya..haha


Masih berani letak nama team loser ko WUS..memang aku panas..haha



Anyway, cukup berani ko letak nama fantasy team kau dengan nama WUS....padahal tak perform pun team WUS tu..buat malu civic je chor..haha

akhir kata kepada Ria, selamat hari jadi yang ke 25...setua mana pun ko, ko tetap adik kecik di mata senior yang sayang kepada ko..haha...kumpul2 duit untuk kawin cepat2 ler....jika lambat, Ilani akan dikebas lelaki kacak di Kuala Terengganu...hehe







yang di kanan sudah, di kiri  pun sudah...yang tengah2 tu next..haha...ada idea pasal tengah tu sila  inbox kiang ok..hahaha 




aku sudahi entri menganjing ini dengan serangkap pantun...


                     berbadan kecil namun bertubuh tegap,
                     berkaca mata hitam, naik kereta civic,


                     Jika anda bijak dan pandai,
                     Siapakah gerangan kekasih si abang   
                     kecik?


Apepun, terima kasih kerana membaca entri sampah ini...sebenarnya aku ada banyak lagi yang boleh aku bogelkan Ria helmi, tapi tak mengapalah..demi berterima kasih kerana meminjamkan cermin mata Georgio Amani ko tu, aku kasi muka la sekali..haha


Adios amigos,
positif thinking Chor!!!..

P/s-terlupa nak tulis pasal ketumbuhan kat telinga...        







Wednesday 2 November 2011

Perhatian..

jika anda pembaca senyap kiang boy, susunan entri memeningkan..entri bulan mei telah keluar di bulan november...entri terkini adalah...

klik ini   --------> BICARA TENTANG DEEPAVALI

PenUnGGu ruMaH PuakA.......PART 3

Hi para pembaca...maaf di atas kelewatan dalam mengemaskini kiang boy...aku yakin, anda tertunggu-tunggu kesudahan rubin dan penunggu rumah puaka...sudah tiba part 3, penunggu rumah puaka...dalam siri ini, aku akan ceritakan gangguan2 yang semakin meningkat dari hari ke hari...agak seram, sehinggakan seorang pembaca memberitahu aku, dia tak berani membaca nya waktu malam...hahahahahahahah
aku jamin, siri ini akan membuatkan anda takut, setakut takutnya...hinggakan nak pergi tandas, pun takut..itu lah tujuan aku..jangan pulak terkencing kat atas katil ya..

ok, berhenti merepek....macam biasa, intro setiap kali siri ini dikeluarkan, tidak ada kena mengena dengan cerita yang akan disampaikan..kali ini aku nak bercerita tentang nilai aikrimm di mata pelanggan...
adakah anda sanggup membayar berpuluh puluh untuk aiskrim sahaja?jawapannya....ya, jika anda seorang yang sukakan nikmat kesedapan.....
dah nama tutti frutti, aku x paham kenapa ada perisa coklat??haha

ari sabtu hari tu aku berhenti di kedai tutti frutti di bangi, macam biasa la, jakun tak pernah makan lagi kan...so, aku kaget dengan gaya di kedai tu.. aku ambil sekotak bekas yang disediakan, dan mengambil perasa aiskrim yang diinginkan...untuk pengetahuan anda, ada pelbagai jenis2 perasa yang disediakan,antaranya coklat, vanilla, epal, pisang, original flavor dan banyak lagi...tapi yang paling aku suka, coklat..rasanya amat kelas..rasa seperti anda meneran dengan baik tanpa tekanan di dalam tandas..feeling yang sama..hahaha

Berapa harga, aku tak pikir..tapi dalam wallet, tersedia 5o ringgit ..kalau la lebih 5o, aku kena bayar balik dengan menjadi cleaner untuk seharian di kedai tu..ape susah kan...
aiskrim  untuk seorang makan...



bila ditimbang, kena lah 30 ringgit..ok la kan...aku pegang pun berat jugak...berpatutan...kalau anda rasa mahal, pergi la makan aiskrim mamak jual tepi jalan ke ape ke...1 ringgit je..jgn makan kat tutti frutti..
aku pun melantak aiskrim yang ada di depan mata...wow....amat sedap..
kalau korang rasa mahal...beli jer aiskrim ni kat tepi jalan..


Totally worth it..hehe...jadi, jika kalau anda inginkan kenikmatan di tekak anda..cubalah tutti frutti...awek2 yang datang kat sini pun boleh tahan cunnya tau..hahaha..mode miang kejap..
sempat aku curi gambar awek sebelah yang tengah makan..hehe


ayuh, teruskan membaca PENUNGGU RUMAH PUAKA PART 3...hahahahahaha(gelak jahat)


Kat mana ke aku berhenti semalam..oh ya, kedudukan barang-barang yang berubah kembali..
rubin tidak risau dengan keadaan terbaru itu, kerana dia tetap berfikiran positf, mesti ada pemilik atau cleaner yang masuk dan membersihkan rumah nya waktu dia di klinik...jadi, kedudukan2 barang yang tersebut mestilah berubah...


rubin terus melupakan apa yang terjadi..terus dia naik ke tingkat 2 dan masuk kebiliknya..beg diletakkan di tepi katil...


dia lantas membuka baju kerjanya, dan terus berdiri di depan cermin sambil melihat badannya yang berketul ketul itu..dalam benak fikirannya, dia masih berkira kira apa kah gangguan yang bakal dihadapinya malam ini...namun, dia sudah bersedia dengan kemungkinan yang mendatang...




setelah berpuas hati melihat badan nya yang anggun itu, rubin terus merehatkan diri di katil empuknya...mata perlahan lahan tertutup dengan sendirinya...masa pun berlalu dari petang hingga ke malam....rubin terus hanyut dibuai mimpi...


10mlm...rubin terlajak tidur hingga jam menunjukkan angka 10..aduhh, pembaziran masa pulak dah...sudah la rubin merancang untuk membaca buku, tapi disebabkan tertidur, perancangan nya terbantut...tiba-tiba dia terhidu suatu bau.....


hmmm...dia terus mengambil tuala dan bergerak ke arah bilik air untuk mandi setelah terbau badannya yang belum mandi itu...


sebelum ke bilik mandi, lagu tamil dari kumpulan chakra sonic dimainkan oleh dr rubin..bunyi lagu itu diselaraskan agar tidak mengganggu jiran2...
kumpulan rock tamil terkenal terkenal pujaan rubin..




lalalalala....nyanyian rubin, dia masuk ke bilik air, bunyi muzik dapat kedengaran dari dalam bilik air...sedang asyik mandi, dia dikejutkan dengan satu lagi gangguan....


muzik itu tiba2 menjadi semakin kuat..sehinggakan jelas kedengaran oleh rubin....sudah, siapa pulak yang meguatkannya...lekas2 rubin mengelap badan, keluar dari bilik mandi, dan melihat keadaan komputernya...
speaker yang menjadi semakin kuat dengan sendirinya....




memang telah menjadi kuat dari apa yang telah dilaraskan oleh nya sebelum mandi tadi...


"but how is it possible??" rubin berfikir dalam bahasa tamil...


rubin terus memakai baju dan seluar, tidak difikir sangat kejadian yang baru berlaku..


antara ubat terbaik untuk melupakan sesuatu perkara ialah dengan berkomunikasi dengan orang lain kan...jadi, dr rubin terus menghubungi staff yang agak rapat dengannya untuk lepak dan bersembang di rumah rubin...


rakan nya bersetuju untuk datang sekejap..lagipun, esok kan sabtu..cuti, apa salahnya berbual panjang dengan rubin malam ini..


jam menunjukkan pukul 11, rakan dr rubin bernama jack(aku reka nama ini) tiba...rubin menyambut dan mengajak nya masuk..


melangkah masuk sahaja jack ke dalam rumah, suatu perasaan pelik dirasakan olehnya..perasaan tidak tenteram tetapi tidak dapat dikenalpasti apa sebabnya...dia terus berbual dengan rubin dalam bahasa tamil sambil naik ke tingkat 2...


sampai di bilik, jack terus duduk di depan komputer..ditekan tekan komputer dr rubin itu, apa yang hendak dicari tidak diketahui, mungkin dia ingin melihat jika rubin menyimpan cerita2 yang megghairahkan...namun dia hampa, yang ada, hanya lah video2 pembedahan bercorak akademik di dalam komputer itu...


rubin terus bercakap menyambung bicara...mereka terus rancak berbual bual...tiba2, kejadian terkini melanda dr rubin...


sedang asyik rubin berbahasa tamil, rakannya itu membalas bicara rubin dalam bahasa mumbling....bla bla bla...rubin bertanya satu, terus rakannya itu menjawab lagi bla bla bla...MUMBLING..aku tak tahu bahasa melayu nya dipanggil apa..cuba korang tengok kamus...


rubin pun keliru..kerana, rakannya itu tidak menyedari yang dia tidak membalas perbualan nya itu ..tapi dari riak wajah rakannya itu, rakannya yakin, dia bercakap dengan betul...aneh   anehhh...fikir rubin..kenapa begini...


agak2 sejam kemudian, rakannya ingin pulang kerana hari sudah agak lewat..jam hampir pukul 1...mereka
berjalan menuruni tangga, dan keluar dari rumah untuk menuju ke kereta jack ini tadi...


bila keluar sahaja dari rumah, jack menyatakan sesuatu kepada rubin,


"aku rasa lain macam la bila duduk dalam rumah ko tadi..macam ada sesuatu yang tak tenteram" kata jack kepada rubin...


rubin pun menyatakan apa yang terjadi kepada jack semasa mereka rancak berbual tadi...namun jack yakin, dia menjawab dengan bahasa yang betul kepada bicara rubin, namun salah dituturkan kepada rubin....sebabnya, mereka tidak ketahui....


jack lantas menghidupkan enjin, terus bergerak pulang..kereta jack bergerak meninggalkan perkarangan, dan dilihat makin mengecil meninggalkan rubin...
jack di dalam keretanya...


rubin menoleh dan melihat rumahnya yang tesergam indah dan mempunyai seribu satu persoalan...kawasan kejiranan yang telah senyap dan sepi menambahkan lagi kerisauan dalam diri rubin...tapi nak buat macam mana, takkan nak tidur kat luar ni kan...jadi, dia masuk semula ke dalam rumah..


di biliknya, rubin terus membaca buku pergigian..maklumlah, nak jadi Dr pakar, kenalah banyak baca buku...


segala masalah dilupakan rubin bila dia mula memegang buku...di telaahnya buku itu sehingga mata mulai berat..jam di dinding telah menunjukkan pukul 3 pagi..banyak yang telah dipelajarinya...dia kemudian bersedia untuk tidur...


dikemasnya meja belajar, dan dia terus melompat ke katil tanpa menggosok gigi dahulu..dr gigi jenis apa la rubin ni..hahaha


dia pun terus dibuai mimpi ..lampu dibiliknya dibiarkan terpasang....dia pun terus hanyutttt....


6 pagi- antara rutin setiap awal pagi sabtu adalah bersembahyang..rubin adalah seorang penganut agama hindu yang patuh kepada ajaran... bangun sahaja, terus mandi dan terus bersembahyang..waktu ini lah kejadian yang amat2 menakutkan setakat ini melanda rubin....


Perlu diketahui, tempat sembahyang rubin dan komputer nya diletakkan di bilik utama..jarak antara tempat sembahyang itu dengan koputer yang terpasang itu amat dekat..kira-kira 2 meter..


cuma, tempat sembahyang si suatu sudut, komputer pula di sudut lain...waktu itulah, rubin yang berkain pelekat, tak berbaju menghadapi keadaan yang mencemaskan...


sedang dia fokus berdoa, dia terdengar bunyi di tetikus(Mouse komputer)...


''click     click" bunyi orang menekan...






 rubin terus berpaling ke arah komputer.. dia terkejut dengan bunyi itu...dilihatnya, lagu dari dalam komputer itu terpasang dengan sendirinya....


keadaan terasa amatlah cemas....dia terus bangun dan berlari keluar dari bilik...


dicapai nya baju dan seluar dari atas katil, dan terus memecut keluar bilik...
bunyi muzik masih berterusan sewaktu dia menuruni tangga dalam berkeadaan berkain...
sampai di bawah, terus dipakainya seluar dan baju, terus di naik kereta dan beredar dari rumah.....pancutan adrenaline amatlah hebat....


segalanya terjadi dalam beberapa saat sahaja...rubin terus memandu laju di jalan raya tanpa arah tujuan yang pasti pada jam 630 pagi...


(serius, sedang aku menaip ni, jantung aku berdegup, membayangkan apa yang dialami rubin..aku tidak mereka reka cerita ini..terpulang kepada pembaca...aku bersumpah ini diceritakan sendiri oleh rubin pada kami)


rubin terus mamandu laju meninggalkan rumah puaka itu....dalam fikiran nya, sampai bila aku mesti menghadapi keadaan begini...dia sudah mencapai suatu keputusan...


"aku perlu berpindah esok" kata rubin dalam bahasa tamil...


dia terus memandu..dia menuju ke rumah rakannya di taiping...apa yang difikirkannya hanya lah mengharungi hari ini tanpa berada di rumah puaka itu....


ini adalah gangguan paling menggemparkan dia setakat ini..ini adalah antara sebab utama rubin ingin berpindah dari rumah itu..tapi dia tidak mengetahui, itu bukanlah gangguan terakhir sebelum dia berpindah...gangguan paling teruk dialami adalah pada malam sebelum berpindah yang akan aku ceritakan di siri akan datang....siri terakhir, part 4, penunggu rumah puaka..juga diselitkan reaksi rubin bila dia mengetahui aku menulis perkara ini...hahahahaha




NANTIKAN!!!!!!


Adios....      ----------------> Part 4