Monday 21 November 2011

Selamat hari jadi Ria Helmi !!

Hallluu pembaca kiang boy sekalian, tidak kira sama ada anda pembaca senyap, ataupun baru je bukak buat kali pertama disebabkan tajuk yang akan di paste di wall Ria helmi, selamat membaca aku ucapkan..blog ini yang lebih keji dari biasa , merungkai perangai keji rakan2 kiang boy,tetapi anda jangan kasihankan mereka...mereka inipun tak kasihankan diri mereka sendiri.. mereka2 ini boleh diklasifikasikan sebagai cool dan boleh aku kutuk dan keji di blog ini..haha...




Ria yang merayu namanya dimasukkan dalam kiang boy..haha





Baiklah, kali ni giliran abang kecik, ria helmi....aku baru perasan,aku tak pernah berbicara tentang Ria helmi..atau nama manja nyer abg kecik di kalangan kami....sebelum bermula, selamat hari jadi ke 25 aku ucapkan...satu fakta menarik tentang Ria helmi, beliau menyambut hari lahir setiap tahun sejak tahun 1986 hingga hari ini, namun yang menariknya, beliau tidak besar2 pun...menarik itu...cuba teka kenapa?



Antara gambar ilusi optik yang ria nampak besar dari background..hehe

Entri kali ini lebih keji dari biasa...sempena hari lahir ria helmi, aku ditugaskan untuk membogelkan sejarah hidup ria helmi..haha..tapi jangan risau ria, rahsia ko yang sensitif seperti ko selalu pakai boxer yang sama untuk seminggu tu aku takkan bagitahu sini..eh, terbagitahu pulak..haha...gurau je, sengaja aku tokok tambah ayat fitnah bagi menyedapkan entri ini...

Ria Helmi adalah antara individu yang cool dan aku kenal sejak tahun 2005...dia cool sebab anda semua boleh kutuk apa sahaja kepadanya...tapi awas, jika anda sekali memilih mengutuk nya, anda kenalah bersedia dikutuk balik sedasyat mungkin..macam tulah baru jantan..jika taknak dikutuk, lebih baik gelak sahaja melihat orang lain dikutuk..itu pun dah dikira ok jer..hehe..

Anda semua sedap2 panggil nama dia ria kan...tahukah anda suatu fakta yang anda tidak diketahui ramai...nama panggilannya di sekolah dan di luar kehidupan UKM dulu bukan nya Ria.... Ria itu nama yang diberi oleh senior2 pergigian di minggu2 awal orientasi...menamakan budak2 junior baru adalah seperti menamakan binatang2 peliharaan memang menjadi lumrah para senior...ada juga nama lain yang kami berikan tanpa pengetahuan budak2 ini seperti Si Aneh..yes, anda tahu siapa anda....

Melihatkan keceriaan helmi ini, beliau dinamakan Ria sempena keceriaan beliau...Ria memilih untuk menerima cabaran nama yang diberi, terus beliau suka kepada nama tersebut, dan mempopularkan nama itu secara sendiri...itu lah baru jantan...

Aku cuba selidiki nama Ria ini sewaktu zaman sekolah dahulu...jika anda semua pelajar asrama di malaysia ini, sudah tentu sinonim dengan nama panggilan kawan2 sekolah dahulu bukan?contohnya aku, nama panggilan di sekolah dahulu Kiang, di inspirasikan oleh kawan-kawan yang tak guna merosakkan nama aku, shukri, shukiang..hampeh...

Ria jua tidak terkecuali... nama nya di sekolah dahulu memang kelakar dan kureng...mungkin sebab itu Ria tidak mempopularkan nama panggilan manja sekolahnya dahulu, dan menerima nama yang senior berikan...maka, lahirlah, Ria...

Antara persoalan pertama dan utama para senior ingin ketahui dari adik2 junior di hari pertama orientasi ialah , namakan pelajar paling cantik di dalam batch mereka..mestilah tanya soalan tentang itu..takkan lah nak tanya siapa single lagi dikalangan budak lelaki..kami bukan gay ok...





bukti kami bukan gay...yang tengah tu tak terbukti lagi..kuang2...haha





Merujuk kepada soalan yang diberi, Ria memilih nama seorang gadis ini, dan dia diarahkan melukis gambar muka gadis tersebut...lukisannya yang menggambarkan gadis paling cantik di batch sendiri itu amat2 "cantik"....dan dengan gambar nya yang amat "cantik" itu, Ria diarahkan mengantungkan gambar itu di dadanya sepanjang proses orientasi seminggu di bilik senior..hahaha...

mesti pembaca ingin tahu siapa gadis itu...maaf, itu rahsia..haha..

untuk penjelasan maksud "cantik" dia atas, ianya hanyalah sarcastik okey..lukisannya amat buruk okey...hinggakan ada seorang senior memberitahu , "aku cari budak muka yang ko lukis, tak jumpa pun?"hahaha


Antara ingatan dan kenangan awal bersama ria helmi ialah sewaktu beliau menitiskan air mata jantannya sewaktu pertama kali menerima keputusan buruk ujian Anatomi waktu mula-mula masuk fakulti pergigian dahulu...agak kaget dan terdiam aku , sebagai pelajar tahun 2 fakulti pergigian mendengar luahan hati adik kecil ini...masa tu, tiada perasaan nak melempang laki yang menitiskan air mata macam ni, cuma terasa pelik, selalu perempuan je menangis depan aku..kali ni nice la, air mata jantan tak terkawal dan luruh di sofa tempat membaca surat khabar,perpustakaan UKM KL...hahaha...


aku yang masa itu masih berlakon sebagai senior yang mengambil berat cuba menenangkan beliau...bila ingat balik waktu itu, terasa seperti nak nak muntah pulak..agak feminim ria ni ok..haha

Namun itu semua di awal2 pengenalan kami...sewaktu Ria di tahun 5 fakulti pergigian, aku dapat merakamkan aksi nya mengigau....cukup2 klasik sebutan igauan nya...namun sayang, ianya telah disedari, dan dia memadamkan rakaman mengigau itu demi menjaga maruah nya...nasib baik kau padam Ria, jika tidak, aku dah upload di Facebook dan kau akan senasib dengan Anwar Ibrahim...haha


Masa berlalu dengan pantas....kini, Ria telah menjadi seorang Dr Gigi yang disegani ramai..kerajinan beliau mencari rezeki tambahan setiap malam dan hari cuti amat2 lah dikagumi...beribu ribu duit tu dalam bank, sampai tak tahu nak buat apa...akhirnya beliau berjoli ke United Kingdom bersama sama senior yang disayangi beliau..hehe


Orang kata, biar berbadan kecil, tapi kereta kena lah besar...baru orang dari luar nampak takut dan kagum...jika anda melihat kereta Civic Putih bernombor plat WUS ****, jangan takut, dia memang nampak besar dari luar dan itu hanyalah ilusi optik sahaja...ajaklah dia keluar kereta dan lihat lah realitinya..haha


Masih berani letak nama team loser ko WUS..memang aku panas..haha



Anyway, cukup berani ko letak nama fantasy team kau dengan nama WUS....padahal tak perform pun team WUS tu..buat malu civic je chor..haha

akhir kata kepada Ria, selamat hari jadi yang ke 25...setua mana pun ko, ko tetap adik kecik di mata senior yang sayang kepada ko..haha...kumpul2 duit untuk kawin cepat2 ler....jika lambat, Ilani akan dikebas lelaki kacak di Kuala Terengganu...hehe







yang di kanan sudah, di kiri  pun sudah...yang tengah2 tu next..haha...ada idea pasal tengah tu sila  inbox kiang ok..hahaha 




aku sudahi entri menganjing ini dengan serangkap pantun...


                     berbadan kecil namun bertubuh tegap,
                     berkaca mata hitam, naik kereta civic,


                     Jika anda bijak dan pandai,
                     Siapakah gerangan kekasih si abang   
                     kecik?


Apepun, terima kasih kerana membaca entri sampah ini...sebenarnya aku ada banyak lagi yang boleh aku bogelkan Ria helmi, tapi tak mengapalah..demi berterima kasih kerana meminjamkan cermin mata Georgio Amani ko tu, aku kasi muka la sekali..haha


Adios amigos,
positif thinking Chor!!!..

P/s-terlupa nak tulis pasal ketumbuhan kat telinga...        







3 comments:

Anonymous said...

terbaik la entry nih..sgt menarikkk!!!hehe

Anonymous said...

macamharemmm!!pantekk lu!!!haahhahahha
niway gud try bro

kiang-boy said...

anon 1: sy suka bila awk suka..nice..haha

anon 2 aka ria helmi: aku buat research kot sebelum tulis pasal ko..byk kena edit agar tak der bunyi macam gay..hahaha