Saturday 29 October 2011

Bicara tentang Deepavali..

Sebelum bermula, tak terlewat rasanya aku mengucapkan  Happy Deepavali kepada pembaca kiang boy yang beragama hindu..kepada rakan2 yang menyambut perayaan ini, diharapkan berbahagia bersama keluarga tersayang, kurang-kurangkanlah main mercun di malam hari...entah kenapa, deepavali tahun ni banyak pulak bunyi mercun...poommm pangg, poommm pang..tahun2 sebelum ni, tak adalah bunyi mercun pun...tapi malam perayaan aritu, tepat pukul 12 tgh malam, kawasan depan rumah aku penuh dengan asap sampaikan menutup jalan2 utama kawasan rumah sewa aku..hinggakan terasa di medan perang dan takut keluar dari rumah dek kerana risau dicabul...aku terpaksa membawa motor dan kereta seperlahan kura-kura, iaitu 10km sejam dek kerana keterhadan penglihatan ini...


Entri kali ini agak mengarut-mengarut je...berbicara tentang Deepavali...kenapa aku pilih topik ini?jawapannya, kita kan 1 Malaysia.. apa salahnya kiang membawa fungsi sebagai medium menyatupadukan rakyat kan..hehe


Mengikut statistik, jumlah rakyat berbangsa india di Malaysia adalah 7% dari populasi penuh rakyat malaysia...dan hanya 2% pengundi berdaftar yang layak mengundi adalah dari kaum india...walaupun jumlahnya sikit, mereka tetap menjadi penyumbang kepada kemajuan negara...begitulah jua watak2 dalam kiang boy, kebanyakan nya berbangsa kod 03...rubin, jeeva dan untie2 watak dalam entri  (MARI BERBAHASA TAMIL)


Tapi kali  ini, penghuraian aku mengenai topik ini akan ku cuba sebaik mungkin tidak melibatkan rubin...banyak sangat nama rubin aku exploitasi dalam blog ni, takut jugak aku dia report as spam kat google..kan susah..sia sia blog kesayangan ini di padam (delete) begitu sahaja..


bertahun-tahun aku membesar di malaysia, setiap kali perayaan masyarakat india ini berlansung, ada sahaja perkara yang menarik perhatian aku..berikut aku senaraikan pemerhatian aku tiap kali perayaan ini berlangsung :
Amaran : tiada unsur perkauman di sini..jika terasa, beribu ampun dipohon...




1.Samy Vellu.. 


Hari deepavali di malaysia tidak akan sama tanpa Datuk Samy Vellu...bekas presiden MIC selama 30 tahun ini umpama big boss di kalangan masyarakat India malaysia...hinggakan rubin menjadikan samy vellu sebagai idolanya waktu kecil, bercita cita menjadi seperti samy vellu masa kecil2 dahulu, hinggakan sanggup menyimpan rambut Afro seperti idolanya itu...eh, rubin lagi..


"Marilah kita menderma dara"
"janganlah menghisap dada kerana boleh merosakkan masa depan"


itu adalah ayat terbaik dan paling di ingati yang pernah dikeluarkan oleh samy vellu suatu masa dahulu...ayat2 itu menjadi bualan hangat budak2 belum baligh seperti aku masa di sekolah rendah dulu...sungguh klasik..haha..dan deepavali tahun ini, samy vellu masih memberikan ucapan 5 minitnya walaupun tidak lagi menjadi otai masyarakat india...
dalam satu slot ucapan Rancangan wanita hari ini, samy vellu diminta wartawan memberikan ucapan deepavali kepada masyarakat india...tapi ucapan samy veluu bukan calang2 punya ucapan..


"saya, samy vellu mengucapkan selamat menyambut hari Deepavali kepada semua perempuan2, termasuk ibu2 di luar sana...kita kena ingat ,tanpa ibu2 ini, kita tidak akan ada hari ini...jadi, saya mengucapkan terima kasih kepada mak2 dan nenek2 jugak yang menyambut deepavali tahun ini...selamat hari deepavali"..hahahaha..aku tergelak besar bila dengar ucapan Mr Samy..haha


padahal orang2 besar sebelum tu ucap selamat hari deepavali kepada masyarakt india di malaysia..samy bagi kepada mak2 dan nenek2 je...samy2...anyway, you are the best Mr Samy...


2. Hero heroin Tamil beraksi


sebutkan satu hari dimana rancangan di televisyen menayangkan filem2 blockbuster terus dari India...hero2 dan heroin tamil beraksi sambil menyajikan lagu2 yang menjadi siulan anak2 muda remaja india di malaysia...satu hari itu adalah hari deepavali... filem2 tamil ini berterusan dari pagi, hinggalah ke tengah malam...serius aku cakap berterusan tayangan nya..terutama TV2 dan TV3..dan hampir semua filem yang ditayangkan, amatlah seronok ditonton bersama keluarga..


aku tak terlepas menonton filem2 tamil ini...kisah filemnya bukan sahaja berdasarkan lakonan aksi gaduh2 yang hebat, sambil hero membelasah watak jahat menggunakan tuala sahaja..ditambah dengan bunyi2 tumbukan dan lempangan yang kuat dan mengagumkan...ianya mempunyai storyline yang baik, cinta, dan keluarga, rasuah pemimpin dan polis, dendam berdendam, bunuh membunuh...ceritanya memang  mengujakan dan akhirnya aku tahu, dari mana kawan2 india aku di sekolah dulu dapat aksi2 tumbuk menumbuk di dalam kelas dulu ..gaduh2 di sekolah dulu sebab pengaruh beginilah..hinggakan aku pun terasa nak bergaduh bila menonton filem2 mereka..haha


satu ayat yang mak selalu cakap, (mak peminat filem tamil dan indonesia No 1)...filem tamil banyak pengajaran dan best...filem hindustan mak menyampah nak tengok dah... sebab asyik2 cinta, cinta, dan  terkinja-kinja menari...dan mesti happy ending nyer...tak logik kata mak..haha...


3. Ada sale, tapi macam takde sale


setiap kali musim perayaan, tak kiralah raya puasa, raya cina, dan krismas sekalipun, pasaraya2 mesti berlumba lumba menawarkan harga barang yang murah terutamanya pakaian..orang kata ada sale la kan..dan cuba bayangkan setiap kali perayaan2 utama lain, setiap kali  jugak ada sale, pasaraya mesti sibuk dengan orang ramai dan seisi keluarga yang membeli belah saat akhir..hinggakan sebelum hari raya puasa lepas, nak parking kereta di Jaya jusco ipoh pun macam hampeh..menunggu sejam lebih di tepi kereta lain,dengan harapan dapatlah kiranya parking kereta bila ada orang nak keluar...  bagaikan tikus di lubang menanti malam yang gelap untuk keluar, sudah gelap, tikus pun lari merebut makanan, .itulah perempumaannya.. pantun karam sing walia pulak kan......


dan pada sehari sebelum deepavali lepas, aku juga tidak melepaskan peluang membeli belah pakaian di pasaraya...saat inilah, aku melihat ramai manusia seperti rubin seisi keluarga membeli pakaian...dan aku kata pada rubin keesokannya, 


"aku nampak ramai orang macam ko kat shopping complex semalam..try cari2 ko, tak nampak pun"


rubin dengan pedas membalas," ko ni shuk, time raya india jugak ko nak keluar beli baju kan...time raya puasa kami tak keluar pun kacau"..


tiba2 rubin beremosi bila aku kata aku membeli belah masa deepavali..hehe..ke dia emosi sebab aku dah lama tak cerita pasal rubin di kiang boy..kali ni nahh, aku cerita satu entri pasal perayaan ko..haha..


begitulah antara yang dapat aku karutkan sempena deepavali tahun ini...bagi anda pembaca yang tidak ada kawan berbangsa india, anda kerugian kerana tidak dapat mempelajari budaya masyarakat lain dengan lebih baik...at least aku dapat cakap ayat2 tertentu dalam bahasa tamil selepas diajar rakan tamil aku seperti rubin..


oh ya, cakap pasal deepavali, lupa pulak nak mengucapkan tahniah kepada saudara zaid zulkifli kerana sudah mendapat lesen memegang anggota sulit manusia tanpa ditampar... ataupun orang kata mendapat license to kill...tak dapat faham ape aku cakap lagi?




HAPPY DEEPAVALI ZAID. .(kanan)




Berjaya menjadi Dr perubatan la coo...itu pun lampi nak paham..haha..
to zaid, sebabkan ko cool, aku masukkan ko sebagai watak dalam kiang boy...terharu tak?nanti aku nak MC, pos kan satu ke slim river ok...
aku sudahi entri ini dengan serangkap pantun.



Mancini suka tidak terperi, 
Melihat Ferguson terkaku mati,
Selamat menyambut Hari Deepavali,
Semoga setan mula menari lagi.

aku peminat manchester united sejati...aku yakin MU akan bangkit balik dengan kekalahan besar minggu lepas...


aku sudahi entri mengarut ini dengan assalamualaikum, salam sejahtera, salam deepavali..veenakam...


Adios,
Positif thinking coor!!