Thursday 29 September 2011

Seharian Bersama Adri's (episod 1)

Salam hormat kepada pembaca-pembaca kiang boy..aku nampak anda pembaca tegar kiang boy berbungga-bunga dan terkinja-kinja melihat ada update baru di kiang boy...dah memang selalu sangat buka hari-hari, asyik nampak entri lama sahaja..dan kini, hasil kejian dan provokasi seorang peminat senyap kiang boy, aku tergerak untuk cepat-cepat mengemaskini blog ini...di bawah aku letakkan print screen salah seorang pengeji aku di laman Mukabuku aku....




kiangboy dikeji dikhalayak ramai oleh abe shuhud...eh, ada orang like statement dia..sape ek??



















  








Kita mulakan kiang boy yang telah bersawang ini dengan kejian....satu soalan yang ingin aku lontarkan...Anda semua dah "berpunya" ke belum?ataupun masih seperti Abe Shuhud yang khabarnya (dikhabarkan sendiri olehnya) banyak peminat, tapi sorang pun aku tak pernah nampak..banyak bermanja dengan kawan lelaki je.sampai ber honeymoon di London okayy..haha



haha...penyokong tegar rupanya..hehe..   :-p
Jika sudah berpunya, di manakah tahap percintaan anda ketika waktu entri ini ditulis?adakah masih dalam tahap cinta monyet? cinta bertepuk sebelah tangan? cinta teragung hazama? atau cinta yang sah iaitu telah berkahwin dan melakukan hubungan suami isteri secara halal?jika anda lelaki bekerjaya, berketerampilan dan baik budi bahasa seperti kiang, sudah tentulah anda di tahap2 pertengahan dalam merancang perkahwinan...


Apa itu tahap pertengahan yang didefinasikan oleh kiang akan dikupas dengan isi-isi entri kali ini...perlu diingat, penulisan entri kali ini bersifat happy go lucky, tiada niat memburukkan mana-mana individu baik yang masih hidup ataupun yang telah meninggalkan kita, berkulit gelap atau putih melepak, berbadan montel atau kurus cekeding dan sebagainya...


Aku terpaksa menulis peringatan begini kerana salah seorang rakan lelakiku telah menunjukkan simptom PMS hasil kejian aku di laman facebook suatu masa dahulu..haha..makanya, nama-nama rakan yang keluar di kiang boy ini, disahkan cool dan happy go lucky,barulah aku bersetuju mengeluarkan nama mereka...nama seperti shuhud, wan zuhdi,ilani nordin, kiang girl (bukan nama sebenar) ,rubinderan muthusamy dan ramai lagi amat2 cool...jadi, pembaca usahlah kesiankan mereka jika dikeji di laman ini, kerana mereka pun tak kesiankan diri mereka sendiri..hahaha


Mode: Berlawak dengan Dr Love......


Sila lihat kronologi di bawah ini....


Mula bercinta------>Kenal mengenali------>Perangai buruk makin jelas------->Perasaan tanggungjawab mula ada--------->Kenal dengan keluarga------->Merisik dan bertunang------>Bekerja keras untuk perkahwinan----------->Perbezaan pendapat tentang perkahwinan------->Hari penamat zaman bujang--------->bla bla bla bla---------->dapat anak-------->the end..




kiang girl dgn lelaki tidak dikenali...
Orang kata, percintaan 2 bulan pertama amatlah manis hinggakan kentut yang busuk jadi wangi, badan yang gemuk dianggap kurus, kulit yang gelap menjadi putih,  eh??namun, kisah kiang lain pula...Kalau nak dengar kisah percintaan tragis, ada banyak dalam televisyen kan..kisah percintaan kiang boy dan kiang girl juga bermula dengan keadaan tragis dan memeningkan...namun, bukan kisah itu yang ingin diutarakan pada entri kali ini...jika anda berminat ingin tahu, sila request di komen entri ini...haha..kalau tak berminat, diam2 baca saja entri ini, then next entri kita move on..kena hormat pembaca2 senyap ni...hahaha...


Seperti yang aku tulis di awal entri ini, perhubungan boy and girl sudah berada di tahap pertengahan...mengenali keluarga masing2....tahap ini adalah turning point setiap satu perhubungan...jika sudah berjumpa dengan mak bapak pasangan masing2, perlu diingat, there is no turning back...sebab anda semua dah melibatkan keluarga...itu pendapat rakan-rakan aku masa belajar dulu la...mungkin zaman sekarang ni dah berbeza...sampaikan, tiap perempuan yang dah ada teman lelaki sampai 5 orang sejak habis sekolah, semuanya yang sudah menjadi bekas teman lelaki , dan semuanya dah kenal mak bapak masing-masing..mungkin ramai yang tak kisah, tapi untuk orang yang konservatif macam aku, it is too much i think....maka aku katakan di sini, mak ayah kiang girl adalah mak bapak kawan perempuan pertama yang aku jumpa...dan harap, ianya menjadi terakhir...


ok, kita teruskan dengan kisah seharian kiang boy bersama keluarga kiang girl...nama bapak nya pakcik adri....jadi, tajuk entri ini, seharian bersama adri's...adri's melibatkan kakak, mak , en.adri sendiri dan anak saudara berumur 3 tahun...tarikh telah ditetapkan, 10 september 2011, hari aku berjumpa dengan Adri,s sekeluarga....lokasinya, Beruas, perak darul ridzuan...rumah keluarga ini..


Hati aku mula gusar memikirkan akan lawatan aku ke rumah kiang girl buat kali pertama ini...sebabnya aku risau jika individu-individu yang aku perlu jumpa ini, sebenarnya aku pernah jumpa...contohnya pesakit ke, pakcik yang potong line aku di pejabat pos dulu ke, ataupun pakcik yang penah tegur aku tidur tidur di masjid negeri dulu ke...apa akan jadi kalau salah seorang dari mereka adalah en adri...hahaha..


Jauh betul kemungkinan..tapi, perasaan risau tetap ada...sebelum melawat keluarga kiang girl, latar belakang keluarga perlulah disiasat...maksudnya di sini, bagaimana karekter, keterbukaan dan perbualan individu yang kita tidak pernah jumpa ini..


Adakah perlu aku menjadi kiang boy semata-mata sama seperti aku berinteraksi dengan kawan-kawan, keluarga dan pesakit aku..perlukah aku kurangkan percakapan aku yang sememangnya menjadi kegemaran aku sejak dari dulu....setelah mengetahui bagaimana karektor mereka, aku dinasihatkan oleh kiang girl, menjadi sopan , tidak menjadi kiang boy untuk satu hari....namun, mampukah aku menjadi senyap dan sopan??nak tahu apa jadi tak??


Aku ingat tadi nak buat part-part...tapi rugi rasanya kalau nafsu menaip tengah ada..alang-alang, tulis la sebanyak mungkin kan..haha


KG: hey, mak cakap masak nasi lemak je ok tak?
KB: cakap kat mak awak, tak yah susah2...lagipun  

      saya tengah diet ni..haha
KG:mak nak masak jugak...jangan tak makan pulak  
      nanti...
KB:ok...lagi 20 minit lagi sampai ni tau...dah dekat 
     dengan rumah ni
KG: uii, bawak pelan2 sikit...makanan pun tak siap lagi 
     ni...




Kelajuan baby grey dikurangkan, dari 100km sejam pada awalnya, menjadi 60km sahaja selepas berbicara di Hp dengan kiang girl...dalam benak fikiran aku, nak cakap pasal apa nanti ni dengan en adri...nak cakap pasal cuaca ke?pasal team bola perak ke?pasal adik beradik kiang girl ke?ish ish...oh ya, sembang pasal politik macam okey je..ye tak?haha..tapi jika diikutkan kan KG, jangan jadi kiang boy yang bercakap banyak..mampu ke aku..hmm...


Setelah 30 minit, akhirnya tiba jua aku di pekan Beruas...suasana kampung yang segar jauh dari kesibukan kota amat2lah mengujakan...aku mengikut arahan yang awal2 diberikan oleh KG..alamat rumahnya agak mudah di cari...ini adalah benda yang penting, ketahui alamat rumah pasangan yang ingin anda pergi..bayangkan jika aku tak tahu mana rumahnya, tengok-tengok sampai kat kampung cina mana entah...


akhirnya aku tiba jua di rumah KG...pintu pagar depan terbuka, pintu rumah jua terbuka bagi menyambut tetamu...dalam fikiran aku,"ok, aku dialu-alukan"...
hati mula gembira sedikit...


asslamualaikum...assalamualaikum...


salam aku berikan...selepas 5 saat, salam aku dibalas oleh seorang lelaki..aku pun bertanya, "ini rumah en adri ke?"..


"ya saya, sila masuk,sila masuk"...balas en adri..adoi..segan nya aku...


bersambung lah ya di part 2..




positif thinking corrr..
adios....



























Tuesday 20 September 2011

Hari Raya takkan sama selamanya...

Sebelum bermula, kiang nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir je, batin macam xde kot...tunggu kawin dulu, baru mintak maaf batin kat isteri...ucapan maaf ini ditujukan khas kepada rakan2 kejian kiang boy seperti wan zuhdi, abe shuhud dan rubin, makcik bazar ramadhan yang dituduh menjual lauk semalaman sampai aku kena cirit birit, staff2 yang aku tak bagi off petang yang keesokannya nak raya, awek2 yang aku x balas jelingan di stesen bas sebab aku setia, serta, pakcik2 makmum terawih yang tiap malam sembang dengan aku, tapi tak tahu nama...muka pun aku dah lupa...

aku terpanggil untuk mengemaskini kiang boy setelah menerima asakan dari rakan2 pembaca...bukan sengaja taknak update, demi meraikan bulan yang penuh kemaafan, takkan nak mengeji orang balik bukan? maka, tibalah saat nya, kiang boy aktif semula...sudah genap 3 minggu aku tak bukak blog ni..tengok2, trafik naik sampai 3 ratus...terima kasih kepada stalker yang sedia menanti..hahaha..di bawah ni aku print screen salah seorang peminat tegar kiang boy..terima kasih..haha

ilani nordin...ketagihan kiang boy..haha   :p


ok, pada hari ini, masih di bulan penuh kemaafan, 22 syawal...maka, apa yang nak di omongkan mestilah berkaitan raya..takkan aku nak buat kisah cinta, hantu atau klinik pula...untuk pengetahuan, raya aku tahun ini biasa2 sahaja...tiada kelainan dari raya2 aku sejak 3 tahun lalu...lain mungkin kerana faktor usia, ataupun kebosanan menghadapi suasana yang sama sejak dari kecik sampai sekarang...aku tak beli pun baju raya untuk tahun ini tahu...punyalah malas nak cari, bersesak sesak..pakai jela baju 3 tahun lepas...masih cantik lagi ok..

dulu2, masa kecik2, masa tu bulu pun tak tumbuh lagi, raya amat seronok..sampaikan dengar lagu M.Nasir, satu hari di hari raya waktu di asrama sekolah anderson dulu pun, hampir menitiskan segala air kat badan ni..balik je umah, tiap tahun ada je benda sama yang dilakukan setiap tahun...tugas aku tiap tahun sehari sebelum raya mesti lah mengelap tingkap2 yang setahun sekali kena lap tu...habuk , mak aihh, lebih tebal dari plaque gigi 3 bulan tak berus gigi..(kalau tak tahu ape itu plaque, korang memang loser)

Mak dan akak pula, sibuk mengemas rumah dan menyediakan juadah hari raya..antara juadah wajib adalah popia serunding..tiap tahun mak aku mesti buat mende ni..sampai aku yang tak tahu masak pun tahu buat mende ni...dan pada malam rayanya pula, kerja2 masuk proses terakhir..padahal rumah orang lain dah macam sambut raya dah, rumah kami jer macam tonkang pecah lagi...semua ahli keluarga berpadu tenaga melakukan pengemasan saat akhir..takpelah, lagipun sekali setahun je nak kemas semangat2 pun...hari2 lain bukan raya, mak mintak tolong sapu lantai sikit pun, lepas 2 hari baru buat...at least, dengan motivasi nak raya keesokan harinya, sikap menjadi rajin..haha

Malam nya sebelum nak tidur, lagu raya dipasang sekuat hati di bilik aku...yang lain- lain pula, sibuk menonton orang yang bekerja di malam raya di kaca televisyen..rancangan live ari raya tu, yang ada ramai orang hantar sms raya tu..haha...kalau aku, tak larat la..esok hari raya kot, tenaga nak mintak duit raya amat2 diperlukan kan...


Setiap pagi raya, aku mesti bangun dengan bunyi sapu lidi mak yang tengah menyapu halaman rumah...srepppp, sereppp...bunyi sapuan lidi keatas air di laman rumah tu..aku pun bangun dengan sendirinya..dan tiap kali pagi raya, subuh mesti nak gajah jugak..pelik betul...pukul 7 lebih baru sembahyang..baju raya pulak, pagi2 raya lah nak digosok...tak kira la siapa pun kat rumah tu,semua pagi2 tu jugak baru nak gosok baju..haha...

Sudah siap sahaja semua berpakaian kemas, agak2 pukul 8, semua mula salam bersalaman meminta maaf..kalau dengan mak aku, mintak maaf kena ada ayat panjang sikit...banyak dosa katanya ..dia tak nak dengar maaf pendek2 seperti, "selamat hari raya mak, duit raya banyak sikit tahun ni"...

Mak nak dengar maaf macam ni, ''selamat hari raya mak, maaf zahir batin, dari hujung rambut hingga hujung kuku kaki, halalkan makan minum kiang bla bla bla, maaf terkasar cakap selalu bla bla bla, maaf sebab selalu malas2 dan banyak lagi"...ada sekali tu aku mintak maaf pendek je, mak aku suruh salam semula..hahaha..lawak lawak...dan semua salam maaf itu, aku sebut dalam keadaan tunduk , tiada pandangan mata, dahi masih di tangan dan berkumat kamit dari keadaan tunduk tu..hahah

Masa tu lah mak bagi duit raya, nice...mak aku tak pernah bagi tetap nilai duit raya yang dia bagi...kalu mood raya tahun tu baik punya, mungkin mak bagi sampai 50 ringgit..kalau agak2 mood kurang, 10 ringgit je dia bagi..haha...

Antara juadah2 sama setiap tahun, adalah teh susu panas yang terhidang di meja makan...setiap tahun pagi raya mesti ada punya...aku pun tak paham, hari lain bukan raya tak pernah pulak ada...dan teh susu pagi raya memang wa caya sama lu punya rasa..sedap sampai rasa taknak kencing pun air teh susu tu semula..

Dan selesai sahaja aktiviti tahunan di rumah, program rutin raya kami diteruskan dengan solat sunat aidilfitri di kampung...macam biasa, duit raya dikumpulkan banyak2 setelah selesai solat raya..masa tu jugak lah nak salam pakcik2 yang selama ni kita buat tak tahu je kan..hahaha

Masa berlalu dengan pantas...kalau dulu, salam di hari raya penuh dengan tujuan..kali ni, perkara sama dilakukan oleh anak2 kecil ke atas diriku...setiap budak yang tak pernah nak salam sebelum ni, mula salam, dan masa tu, mesti aku akan pikir, "nak duit raya la ni"..hahaha..
hari raya dewasa kini agak biasa bagi ku...itu maknaya apa?AKU DAH TUA!!!!!!  jadi dewasa memang tak cool in certain way...anyway, life must go on...sampai bila nak hisap botol susu, dapat early childhood caries je kan?inilah masanya aku layak nak dapat anak...hehe


entri kali ni memang tak best dan bosan...aku sengaja bagi jugak...sebabnya, entri akan datang dijamin gempak..ini hanyalah permulaan kiang boy, post raya...nantikan entri akan datang yer cooo...aku bagi preview sikit....
seharian bersama adri's.....

anyway, positif thinking coo...
ADIOS ...bye bye