Tuesday 20 September 2011

Hari Raya takkan sama selamanya...

Sebelum bermula, kiang nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir je, batin macam xde kot...tunggu kawin dulu, baru mintak maaf batin kat isteri...ucapan maaf ini ditujukan khas kepada rakan2 kejian kiang boy seperti wan zuhdi, abe shuhud dan rubin, makcik bazar ramadhan yang dituduh menjual lauk semalaman sampai aku kena cirit birit, staff2 yang aku tak bagi off petang yang keesokannya nak raya, awek2 yang aku x balas jelingan di stesen bas sebab aku setia, serta, pakcik2 makmum terawih yang tiap malam sembang dengan aku, tapi tak tahu nama...muka pun aku dah lupa...

aku terpanggil untuk mengemaskini kiang boy setelah menerima asakan dari rakan2 pembaca...bukan sengaja taknak update, demi meraikan bulan yang penuh kemaafan, takkan nak mengeji orang balik bukan? maka, tibalah saat nya, kiang boy aktif semula...sudah genap 3 minggu aku tak bukak blog ni..tengok2, trafik naik sampai 3 ratus...terima kasih kepada stalker yang sedia menanti..hahaha..di bawah ni aku print screen salah seorang peminat tegar kiang boy..terima kasih..haha

ilani nordin...ketagihan kiang boy..haha   :p


ok, pada hari ini, masih di bulan penuh kemaafan, 22 syawal...maka, apa yang nak di omongkan mestilah berkaitan raya..takkan aku nak buat kisah cinta, hantu atau klinik pula...untuk pengetahuan, raya aku tahun ini biasa2 sahaja...tiada kelainan dari raya2 aku sejak 3 tahun lalu...lain mungkin kerana faktor usia, ataupun kebosanan menghadapi suasana yang sama sejak dari kecik sampai sekarang...aku tak beli pun baju raya untuk tahun ini tahu...punyalah malas nak cari, bersesak sesak..pakai jela baju 3 tahun lepas...masih cantik lagi ok..

dulu2, masa kecik2, masa tu bulu pun tak tumbuh lagi, raya amat seronok..sampaikan dengar lagu M.Nasir, satu hari di hari raya waktu di asrama sekolah anderson dulu pun, hampir menitiskan segala air kat badan ni..balik je umah, tiap tahun ada je benda sama yang dilakukan setiap tahun...tugas aku tiap tahun sehari sebelum raya mesti lah mengelap tingkap2 yang setahun sekali kena lap tu...habuk , mak aihh, lebih tebal dari plaque gigi 3 bulan tak berus gigi..(kalau tak tahu ape itu plaque, korang memang loser)

Mak dan akak pula, sibuk mengemas rumah dan menyediakan juadah hari raya..antara juadah wajib adalah popia serunding..tiap tahun mak aku mesti buat mende ni..sampai aku yang tak tahu masak pun tahu buat mende ni...dan pada malam rayanya pula, kerja2 masuk proses terakhir..padahal rumah orang lain dah macam sambut raya dah, rumah kami jer macam tonkang pecah lagi...semua ahli keluarga berpadu tenaga melakukan pengemasan saat akhir..takpelah, lagipun sekali setahun je nak kemas semangat2 pun...hari2 lain bukan raya, mak mintak tolong sapu lantai sikit pun, lepas 2 hari baru buat...at least, dengan motivasi nak raya keesokan harinya, sikap menjadi rajin..haha

Malam nya sebelum nak tidur, lagu raya dipasang sekuat hati di bilik aku...yang lain- lain pula, sibuk menonton orang yang bekerja di malam raya di kaca televisyen..rancangan live ari raya tu, yang ada ramai orang hantar sms raya tu..haha...kalau aku, tak larat la..esok hari raya kot, tenaga nak mintak duit raya amat2 diperlukan kan...


Setiap pagi raya, aku mesti bangun dengan bunyi sapu lidi mak yang tengah menyapu halaman rumah...srepppp, sereppp...bunyi sapuan lidi keatas air di laman rumah tu..aku pun bangun dengan sendirinya..dan tiap kali pagi raya, subuh mesti nak gajah jugak..pelik betul...pukul 7 lebih baru sembahyang..baju raya pulak, pagi2 raya lah nak digosok...tak kira la siapa pun kat rumah tu,semua pagi2 tu jugak baru nak gosok baju..haha...

Sudah siap sahaja semua berpakaian kemas, agak2 pukul 8, semua mula salam bersalaman meminta maaf..kalau dengan mak aku, mintak maaf kena ada ayat panjang sikit...banyak dosa katanya ..dia tak nak dengar maaf pendek2 seperti, "selamat hari raya mak, duit raya banyak sikit tahun ni"...

Mak nak dengar maaf macam ni, ''selamat hari raya mak, maaf zahir batin, dari hujung rambut hingga hujung kuku kaki, halalkan makan minum kiang bla bla bla, maaf terkasar cakap selalu bla bla bla, maaf sebab selalu malas2 dan banyak lagi"...ada sekali tu aku mintak maaf pendek je, mak aku suruh salam semula..hahaha..lawak lawak...dan semua salam maaf itu, aku sebut dalam keadaan tunduk , tiada pandangan mata, dahi masih di tangan dan berkumat kamit dari keadaan tunduk tu..hahah

Masa tu lah mak bagi duit raya, nice...mak aku tak pernah bagi tetap nilai duit raya yang dia bagi...kalu mood raya tahun tu baik punya, mungkin mak bagi sampai 50 ringgit..kalau agak2 mood kurang, 10 ringgit je dia bagi..haha...

Antara juadah2 sama setiap tahun, adalah teh susu panas yang terhidang di meja makan...setiap tahun pagi raya mesti ada punya...aku pun tak paham, hari lain bukan raya tak pernah pulak ada...dan teh susu pagi raya memang wa caya sama lu punya rasa..sedap sampai rasa taknak kencing pun air teh susu tu semula..

Dan selesai sahaja aktiviti tahunan di rumah, program rutin raya kami diteruskan dengan solat sunat aidilfitri di kampung...macam biasa, duit raya dikumpulkan banyak2 setelah selesai solat raya..masa tu jugak lah nak salam pakcik2 yang selama ni kita buat tak tahu je kan..hahaha

Masa berlalu dengan pantas...kalau dulu, salam di hari raya penuh dengan tujuan..kali ni, perkara sama dilakukan oleh anak2 kecil ke atas diriku...setiap budak yang tak pernah nak salam sebelum ni, mula salam, dan masa tu, mesti aku akan pikir, "nak duit raya la ni"..hahaha..
hari raya dewasa kini agak biasa bagi ku...itu maknaya apa?AKU DAH TUA!!!!!!  jadi dewasa memang tak cool in certain way...anyway, life must go on...sampai bila nak hisap botol susu, dapat early childhood caries je kan?inilah masanya aku layak nak dapat anak...hehe


entri kali ni memang tak best dan bosan...aku sengaja bagi jugak...sebabnya, entri akan datang dijamin gempak..ini hanyalah permulaan kiang boy, post raya...nantikan entri akan datang yer cooo...aku bagi preview sikit....
seharian bersama adri's.....

anyway, positif thinking coo...
ADIOS ...bye bye












3 comments:

Anonymous said...

ko jgn jadik tanggang weh! nk mintak maap pendek2x je..

kiang-boy said...

sudah la ko pika...pakai nama sendiri takut..hahaha

Anonymous said...

sangat menarik, terima kasih