Wednesday 14 December 2011

Kita sepatutnya BERSYUKUR !!!!

Pada suatu pagi yang damai, di Klinik pergigian kerajaan di Ipoh, aku yang tengah bersantai di bilik rehat pegawai pergigian klinik itu dihampiri seorang rakan sekerja ku..nama nya Dr Lekshemi..


"Kiang, i think your government is so stupid..."  tiba-tiba dia bersuara membuka bicara..
"and why is  that Dr Lekshemi?" aku menjawab bagi membalas faktanya..


untuk pergetahuan anda, Dr leks ni bukan warganegara malaysia..dia orang india dan  bekerja secara kontrak di jabatan kami..sebab itu dia gunakan perkataan, your...



“U see...why the hell do we charge very cheaply for each treatment we provide, including medication? can u imagine, with 1 ringgit malaysia, we can get an extraction, including medication. Compared to 90 ringgit they need to pay for the same service in private clinic. that s why i said the government is so stupid..they gain nothing with this kind of charge..the only thing we can see is a deficit in the budget each year"


"but Dr lekshemi, we cannot see this in that angle...that s why we have government clinics..to help poor citizens who cannot pay for excessive fees in the private clinic..can u imagine, 1 poor citizen need to pay 800 for denture, but they only need to pay 50 ringgit in the government clinics..that s people 1st concept we r talking about...our health care services is not driven by how much money we manage to get from out patient, but it should be , how far we can provide to each citizen of Malaysia...that s why we vote them..to help us.."


Dr lekshemi terdiam dan mula berfikir menjawab fakta yang aku berikan..


"yah, i agree with you, but in my country ,India, there s no such thing as this...if patient need the treatment, they must pay for the service...but it is a bit less compared to private clinics..Malaysian's government i think should charge at least 5 ringgit for each treatment we provide...even though 5 ringgit fees is still nonsense fees for me, but still it is logically acceptable for our benefit right? at least government will not have any problems when it comes to our anually bonus...haha"


hmm, ada kebenarannya kata2 rakanku Dr Leksemi itu...rakyat Malaysia terlalu manja... dari dahulu sampai lah sekarang, memang manja...tapi aku tetap tak bersetuju dengan fakta rakanku ini...cuba bayangkan bagaimana penduduk miskin di kampung2, sakit gigi dan memerlukan cabutan, namun disebabkan masalah kewangan untuk mendapatkan rawatan cabutan, sakit itu ditanggung selama lamanya....sebab itulah tajuk hari ini adalah, kita sepatutnya bersyukur...itulah faktanya..


Pengalaman sebagai kakitangan kerajaan selama 3 tahun lepas banyak membuka mata aku..memang betul duit2 yang kerajaan subsidikan untuk kesihatan penduduk asalnya dari rakyat jugak, dari rakyat kepada rakyat..


Namun, pernahkah kita terfikir, tanpa perkhidmatan murah yang kerajaan sediakan, mampukah seorang pesakit mendapatkan rawatan kesihatan di klinik dengan harga sebenar..contohnya, seorang tua mempunyai penyakit darah tinggi, kencing manis dan perlukan cabutan gigi nya....cuba anda bayangkan berapa banyak jenis ubat yang seorang tua ini perlukan setiap bulan, ditambah pula dengan cabutan2 gigi-gigi nya yang diperlukan...hanya dengan membayar 2 ringgit sekurang kurangnya ( seringgit di klinik  kesihatan, seringgit lagi di klinik gigi), orang tua itu mampu mendapat rawatan maksimum..




bayar seringgit, anda akan dapat ubat2 begini jika betul anda perlukan..


Bayangkan berapa ribu ringgit malaysia yang perlu dibayar kepada hospital swasta untuk mendapatkan rawatan yang sama...sudahlah kena dapatkan ubat setiap bulan....


Namun,walaupun perkhidmatan murah dengan kualiti optimum diberikan, rakyat malaysia masih tidak pernah bersyukur....mereka hanya nampak apa apa yang mereka tidak puas hati, tetapi tak pernah berterima kasih kepada kami pemberi rawatan murah dan harga yang tidak masuk akal ini...




Mengapa aku terdetik menulis entri serius begini adalah kerana ketidak puasan hati aku melihat gelagat segelintir pesakit di klinik kerajaan...banyak contoh yang aku boleh berikan bagi menunjukkan perangai tidak tahu bersyukur mereka ini...lambat sikit menunggu, mulalah merungut...walhal mereka nampak dengan mata kepala mereka sendiri berapa ramai pesakit yang menunggu dan memerlukan rawatan seperti merekan...


Itulah harga yang aku rasa perlu dibayar bagi menyediakan perkhidmatan kepada mereka2 ini...cuba lah anda lihat sendiri surat2 pembaca dia akhbar2 perdana merungut dan menyalahkan mutu kualiti perkhidmatan kesihatan kerajaan...walhal, ianya hanyalah sebahagian dari dahan2 yang busuk, tetapi persepsi diubah menjadi, jabatan kerajaan ni teruk mutunya..


cuba anda cari surat pembaca yang memuji kualiti atau harga murah bagi mendapatkan rawatan yang telah diberikan....jawapannya, TIADA...rakyat yang tidak tahu bersyukur semestinya tidak pernah nampak apakah perkara positif yang mereka dapat dari klinik kerajaan, yang mereka nampak, adalah apa yang kurang...itulah manusia, tak pernah bersyukur dan berterima kasih...ini aku hanya huraikan aspek kesihatan, belum lagi akademik anak2 kita...


Banyak lagi hal lain yang perlu kita sebagai rakyat malaysia yang berdaulat bersyukur dan berterima kasih di atas segala budi yang telah kerajaan sumbangkan..jangan pula hanya melihat benda2 yang kita rasa tidak menguntungkan kita seperti harga minyak, bayaran tol dan sebagainya..bertempik terlalak di tepi jalan, namun tidak pernah memanjangkan ucapan berterima kasih di dalam aspek2 lain yang telah disebutkan...


akhir kata ingatlah, perkhidmatan kesihatan kerajaan mempunyai impian menyediakan perkhidmatan kualiti optimum, walaupun tidak mencapai kualiti maksimum...


akhir kata, 
positif thinking chor!!
sory sebab ini entri penyedaran, tak boleh diselitkan lawak, nanti tak jadi serius..
Adios...