Tuesday 31 May 2011

Final exam di fakulti pergigian... part 1

Ya, tajuk di atas agak menggerikan bukan?ianya lebih mengerikan dari chronicles rubin dan penunggu rumah puaka (ada berani, KLIK ini)...disebabkan mood profesional exam fakulti pergigian UKM sedang berlangsung, aku akan cuba garapi sebanyak mungkin fakta2 menarik mengenai peperiksaan sebelum, semasa dan selepas peperiksaan profesional exam..asyik sembang pasal Rubin jer, bosan jugak kan..ada idea pasal rubin lagi, aku ceritakan..haha


di entri ini dan seterusnya , aku akan ceritakan pengalaman pahit manis aku dan rakan-rakan aku sepanjang bergelar pelajar pergigian UKM.cadangnya nak buat part-part macam cerita hantu sebelum ni..harap-harapnya menjadi..


kepada junior-junior atau akak-akak senior ku yang amat ku sayangi, mesti anda semua akan teringat pahit manis bergelar pelajar pergigian bukan?..


drama tangisan airmata(bdk pompuan), gossip- mengossip senarai bar list, cantas mencantas antara rakan2 sudah menjadi lumrah dan amalan di kalangan warga pergigian UKM. apepun yang terjadi waktu itu, aku pasti ianya mematangkan kita bila berkhidmat kepada masyarakat kini...


Kena perli di klinik


Hmm,aku teringat masa tengah cabut gigi yang goyang di UKM dulu, Dr Ajit pernah perli sekali "i gave u this mark because u did an easy extraction.. even i can flick it with my finger..." lol...aku tahu la kes tu senang, tapi bukan nya aku tahu kes ape yang aku dapat..anyway, best jer Dr cakap macam tu, markah tak la rendah pun dia bagi..saja main2 jer dia..hehe..
Jadi, hari ni ,bila aku dapat kes gigi terapung, aku akan cuba jentik dengan jari hantu, tak boleh tercabut pun..huhu.




 Dalam subjek pergigian kanak-kanak pulak, aku teringat pada Dr Laila..antara Dr paling aku suka selepas Dr Alizae.....yelah, patient peadiatric ni dalam lingkungan umur 0-17tahun..tapi masalahnya, aku ada seorang pesakit budak sekolah berumur 15 tahun..banyak tampalan aku buat sampai terlebih lebih dah..akhirnya, Dr Laila perli aku, "aii, takde patient besar lagi ke?"kami tergelak bersama sama...




teringat jugak kepada Dr Alizae..pakar orthodotik yang benci kepada facebook(sebab tu dia tak main facebook).. setiap kali aku persembahkan kes(clinical case presentation), dia akan cuba tanya soalan2 klinikal yang mencabar...padahal ada satu soalan tu, aku tahu je jawapan, tapi sebab takut dengan pandangan beliau, muka aku jadi merah kemaluan, dari tahu, terus tak tahu..haha..anyway, Dr alizae antara dr terbaik aku...thanks Dr..sory sebab lost contact (macam la dia kisah)hahaha..




dan yang terakhir, aku nak dedikasikan terima kasih aku kepada Dr Yana..pakar prostodontik di fakulti pergigian..semasa sesi klinikal dari tahun 3 hingga 5, aku punyai banyak kenangan pahit manis dengan dr yana.. bermula dari tahun 3, dengan kes gigi palsu pertama aku, Dr yana tak dapat menerima gigi palsu yang aku hasilkan untuk mr lee dengan alasan yang kukuh, kerja aku tak mencapai disiplin yang diharapkan, hehe....


aku menjadi sangat stress..Dr yana adalah contoh terbaik seorang pengajar, menasihat aku sejurus mereject kerja aku petang tu, esok pagi nya pula, masa kuliah, Dr Yana siap cakap kat depan kawan2 pasal kes aku dan memberikan lagi nasihat membina untuk aku di depan rakan2 ..hingga kan mizi pun cakap dr yana sangat baik dan terharu dengan nya, kalau lah aku jadi Dr, aku biar jer, kata mizi...


masa tahun 4 pula, aku perlu menyiapkan kes bridge sebelum mendapat hak mengambil peperiksaan akhir tahun 4..tinggal 2 minggu sebelum nama bar list dikeluarkan...hari tu, sesi klinikal aku dengan Dr Yana...jam telah menunjukkan pukul 5, aku masih belum berjaya menyudahkan urusan klinikal aku...kawan2 dah lama mengemas barang2 diorang..tinggal aku jer dengan partner aku, Ngen Fei Chi...


tapi aku amat terharu, Dr yana sanggup menunggu aku sehingga pukul 530, membantu aku menyiapkan bridge kak mas...akhirnya, aku dapat mengambil peperiksaan..thanks dr..


perkara yang sama juga terjadi bila aku 5th yr...dr yana sanggup menunggu sehingga aku selesai menyudahkan kes crown aku sebelum bar list dikeluarkan keesokan harinaya...sebab tulah, aku merasakan Dr yana antara yang paling banyak membantu aku, dan juga kwan2 aku...
Dr2 lain juga banyak membantu aku seperti Dr mary, Dr natasya, Dr safura ,Dr wan ,Dr nurul,dan Dr Badiah banyak juga membantu aku dan kawan2 aku..thanks again..
gambar shuhud yang paling kacak aku paparkan...


yang paling2 penting, Abe Shuhud merangkap lecturer pelatih..wajah kacak yang menjadi kegilaan remaja2 dental di serikan lagi dengan kemurnian hatinya membantu aku di klinik menjadi memori terbaik aku di fakulti pergigian UKM..thanks abe


ok ok, cukup lah dengan dedikasi dan sentimental, kita teruskan dengan cabaran dengan pesakit.. 


Cabaran dengan pesakit


jika anda pesakit, anda mahu perawat yang terbaik ataupun no 2 terbaik?paham tak soalan aku?jawab jujur...kalau tanya aku, mestilah aku nak doktor pakar jantung terbaik bedah jantung aku, bukan kedua terbaik...sama lah dengan keadaan kami sebagai pelajar pergigian yang 90% bergantung kepada kerjasama pesakit..


kami cukup2 berterima kasih kepada pesakit yang sanggup menyerahkan mulut mereka dan mulut anak-anak mereka dirawat oleh pelajar pergigian..tanpa pengalaman yang jitu, dan pengetahuan yang cetek, mereka menyerahkan bulat-bulat mulut mereka dikerjakan oleh kami..tapi anda jangan salah faham, kerja kami diawasi oleh pakar-pakar pergigian..sebab itulah pesakit-pesakit yakin..namun, kerisauan tetap ada kan...


aku teringat lagi masa mula-mula masuk klinik, aku selalu terfikir, boleh ke aku buat cabutan ni, takutnya nak bagi suntikan dan sebagainya..jika anda sebagai perawat pun takut, apakan pula pesakit kan...teringat dengan kisah sorang kawan aku ni, punya lah jujur dengan pesakit pertama dia..masa dia hubungi pesakit pertama dia, dia asyik pecah rahsia yang dia ni budak baru masuk clinical yr, so nak cari pesakit pertama..


jika anda pesakit yang dihubungi, anda nak datang ke??!!sudah tentu lah tidak...jadi, belajar dari pengalaman rakan aku,terpaksa lah aku menipu dengan pesakit pertama aku...bila pesakit tanya, adakah aku pelajar baru masuk klinikal yr, aku jawab,


YA, TAPI SAYA DAH ADA BERPULUH PULUH PESAKIT, ENCIK JANGAN RISAU..HAHAHAHA.


jadi, kepada bakal pelajar tahun 3 yang baru seperti nik, daus noq, ghazali,hafizi siran dan scoot,belajar lah teknik ini..haha..bukan aku ajar korang menipu, ni teknik..kalau korang tak buat macam ni, sampai akhir tahun la korang rawat gigi sesama sendiri..ada paham??


aku takkan lupakan setiap seorang dari pesakit aku dari aku tahun 3, hinggalah akhir tahun 5..sebab tanpa mereka, takkan adalah aku yang bekerjaya ini..antara pesakit-pesakit yang aku sebutkan adalah, mr  lee denture dan mr lee gigi berlubang..susah betul nak ingat lee ape kat belakang, tapi yang aku pasti dua-dua ni lee lain family..lee denture penuh atas bawah adalah pesakit gigi palsu pertama aku...kesian aku tengok dia berjalan perlahan lahan dengan tongkat..kena datang banyak kali pulak tu...to mr lee gigi palsu, sorry banyak2..i tahu you tak baca ni, tapi tetap nak sory jugak...kenapa sory, biarlah hanya aku nadiah partner aku dan mr lee denture sendiri sahaja yang tahu...


Mr lee gigi berlubang pulak adalah pesakit tampalan aku...sangat memberi kerjasama yang baik...esok sesi klinik, panggil malam sebelum tu untuk datang pun dia sanggup..seorang bekas polis yang berdedikasi, dan pegguna bahasa melayu yang baik...


aii, awat aku duk cerita patient laki je, gay ape,,aku teringat jugak kepada pesakit perempuan aku bernama masliza..kak mas mempunyai wajah yang comel , bercakap dengan loghat kelantan nya...aku jumpa dia masa dia teman kawan dia buat pendaftaran untuk rawatan pergigian...sampai hari ini, aku masih kagum kepada diri aku yang tak segan untuk bertanya kepada orang yang tidak dikenali..


"akak2, nak jadi pesakit saya tak?saya akan buat semua sekali, tampal ,cuci untuk akak. kalu boleh bagi rawatan muka pun, saya buat jugak." 




akak mas pun menjawab,"ehe, kelakar la... err, ok kot"..nice..


percaturan aku berbaloi..hanya dengan keberanian aku bertanya sebegitu, dengan requirement bridge kak mas, aku berjaya mendapatkan hak mengambil peperiksaan tahun 4..thanks kak mas, trimas....


pejam celik, pejam celik, aku dah jadi pelajar tahun akhir...pesakit yang yang paling diingati sepanjang aku menjadi pelajar adalah Hang Mohd Zahed...kawan2 aku tanya, dia ada keturunan hang tuah ke...aku pun dengan lurus bendul tanya en Hang, ada kena mengena dengan hang Tuah ke...haha
 junior-junior ku yang sedang membaca tu, di sini abang nak bagitahu, En Hang adalah contoh pesakit yang amat-anda anda semua perlukan...berbagai bagai rawatan yang telah aku berikan kepadanya...dan dia adalah seorang terpelajar lulusan Amerika...dia tidak kisah mendapatkan rawatan dari aku walaupun tahu aku masih belajar..dengan En Hang, aku berjaya mendapat 4 crown, 1 endo molar , kes perio, dan pelbagai lagi..sebelum aku keluar dari fakulti, kali terakhir aku melihat mulut En hang, aku amat berbangga dengan diri aku, betapa kerjasama pesakit dapat menghasilkan kesan yang baik kepada dua-dua belah pihak..win win situation..


thanks en hang..nanti saya ada duit lebih sikit, kita open table, saya belanja..hehe..




nantikan sambungan kenangan di fakulti pergigian di entri berikutnya...
pengaruh rakan sebaya dan diakhiri dengan final exam...macam-macam akan keluar..nak tahu nama siapa akan ku petik?nantikan..hehe


ADIOS...

Tuesday 24 May 2011

PenUnGGu ruMaH PuakA.......PART 4 (final uncut)

AMARAN...Part 4 mempunyai imej-imej yang tidak menyenangkan...sila hentikan bacaan jika anda penakut....


"bro, where are u?, meet me at ALUHA in 5 minute".  keheningan malam ku dicabuli dengan mesej rubin...
Aluha ialah kedai mamak paling popular di Slim River ni...janggut mamak itu yang selebat Osama bin Laden ditambah dengan kemesraan melayan pelanggan menyebabkan kedai nya menjadi pilihan kami untuk berbincang isu-isu semasa di luar norma kehidupan pergigian kami.
janggut mamak moden dengan HP barunya sempat aku tangkap...

dalam perjalanan ke Aluha, aku berfikir, apakah topik hangat yang akan dibincangkan oleh rubin....untuk pengetahuan anda, aku tak bagitahu rubin pasal kiang boy ni...yela kan, dah nak cerita pasal dia..haha.so, aku tak expect dia akan tahu pasal kisah rumah puaka dia ni...

aku pun sampai di Aluha...dan nampak bayang2 rubin yang menghampiri motor aku dalam kegelapan malam yang disinari sedikit chaya malam...sampai sahaja di sebelah ku, terkejut aku melihat muka nyer yang penuh jambang, seterusnya memulakan makian nya terhadap aku..hmm..itu lah cara kami berinteraksi..memulakan setiap kali perjumpaan dengan memaki satu sama lain...

kenapa dia maki? sebab nya dia tahu aku bercerita pasal rumah puaka nya di kiang boy, menggunakan nama sebenar, tempat kerja sebenar..hehe..rubin cakap, junior Dr di Klinik tempat rubin bekerja mengoogle nama rubinderan, nah, terkeluarlah kisah rumah puaka...sangat hebat mereka2 yang mengoogle ni..mungkin di Klinik Pergigian Parit Buntar kurang kerja..hahaha.

Anyway, rubin ok jer dengan kisah yang aku telah sampaikan..cuma aku nak tekankan di sini, penambah perasa seperti seluar dalam berlubang di part 1(hantu 1), garu peha di part 2(hantu2) dan beraksi di depan cermin di part 3(hantu 3) hanyalah rekaan semata- mata..mana tahu, ada yang lurus bendul percaya seluar dalam rubin berlubang lubang kan..habis la reputasi rubin..haha..ok bro rubin, cukup la ya aku menerangkan kepada pembaca, kita teruskan dengan Penunggu Rumah Puaka Part 4 ( Final Special Uncut)..
bukan seluar dalam rubin...




Di Part 3 sebelum ini, aku berhenti di mana rubin memandu di awal2 subuh setelah diganggu dengan bunyi click, click di biliknya bukan?dia memandu dan terus memandu tanpa arah tuju yang jelas..dalam benak fikirannya, memikirkan bagaimanalah sanggupnya ejen rumah, Mr X menyewakan rumah itu kepadanya.. patut lah murah, rupanya ada housemate lain..  Ptuih....rubin meludah ke luar tingkap keretanya...


kemana nak dituju, rubin bukannya ada kawan2 kat Taiping ni..dah la baju main sambar jer pakai baju yang sempat dijumpa..sebab kalut-kalut lari tadi kan..rumah pun tak dikunci, sempat tutup pintu je...nasib baik seluar dalam yang dipakai ni masih fresh dari dobi..huhu..


dia tidak kembali ke rumah itu sepanjang hari tersebut kerana takut diganggu lagi..jack, kawannya semalam dihubungi...diajak nya jack berjalan bersama-sama seharian...setelah penat berjalan -jalan dengan jack, tibalah waktu malam yang kita tunggu tunggu...


oleh kerana jack mempunyai urusan, dibiarnya rubin keseorangan mengharungi malam yang mendatang...jack sudah tidak berani menemani rubin untuk ke rumah puaka tersebut...


rubin terus memandu kesorangan menuju rumah nya...dia masih belum pasti, perlukah dia pulang ke rumah puaka tersebut..lebih-lebih lagi dah lewat malam ni...


ini lah yang aku paling pelik..keberanian dia tiba-tiba muncul entah dari mana..padahal sepanjang siang tadi cukup takut..dah malam baru berani...


sampai sahaja di rumah, dia bersedia akan apa sahaja kemungkinan..ini malam terakhir rubin di rumah puaka,dia tidak tahu, segala galanya akan terungkai..siapa yang mengganggunya, kenapa diganggu, dan segala galanya...


sampai sahaja di rumah, dilihatnya lampu bilik nya memang sudah terpasang dari luar rumah...subuh tadi kan rubin terlupa menutup nya..so memang lah terpasang kan..kawasan kejiranan masih sunyi seperti malam-malam sebelum ini..


pintu rumah nya dihampiri, degupan jantung semakin rancak bermain di dadanya...apakah yang bakal dihadapi rubin disebalik pintu rumah tersebut...perlahan lahan tombol pintu diputarkan, pintu ditolak perlahan lahan...


Akhirnya, rubin terpandang satu lembaga yang berdiri betul-betul di sebelah peti ais dapurnya...dari hadapan ruang tamu, dapat dilihat hingga ke hujung dapur..dan lembaga itu kelihatan berdiri tanpa bergerak..lembaga kelihatan memakai saree putih, disinari sedit cahaya dari lampu jalan yang masuk melalui celah2 tingkap di rumahnya....dapat kelihatan juga, rambut berkerinting paras bahu lembaga tersebut.....
gambar hiasan lembaga itu..




Adrenalin menyebabkan jantung terus berdegup kencang....namun apa nak jadi, jadi lah....rubin tiba tiba menjadi berani menuju ke dapur dan ke arah lembaga tersebut...di tekan nya suis lampu dapur ...apa yang pasti, jarak suis dengan peti ais tersebut hanyalah 2 meter sahaja...bila lampu terpasang, lembaga tersebut telah ilang.......
kalau lembaga rupa macam ni, maybe rubin tetap tinggal di rumah tu...hahaha


kemana hilang nya lembaga tersebut?rubin berfikir sendirian..


dipasangnya semua lampu yang ada di rumah tersebut...bermula dari dapur, lampu ruang tamu, lampu bilik bawah, lampu tandas, lampu tingkat 2, dan lampu luar rumah dipasang oleh rubin...rubin yang masih dalam keadaan ketakutan terus duduk di sofa ruang tamu...dia masih berfikir, dosa apa yang dilakukan nya sehingga diganggu sebegitu...nak kata kaki perempuan, seorang awek pun belum pernah ada lagi(bukan gay)..


nak kata kuat mencarut, dengan aku jer pun dia mencarut, itu pun carutan yang akhirnya dibiasakan menjadi salam bagi kami..rubin terus keliru....


sedang duduk di sofa ruang tamu, dilihatnya sekeliling rumah...mata terus melirik lirik ke gambar di dinding-dinding..dia bangun, berjalan mendekati gambar yang paling besar, potrait keluarga....mata nya tertumpu kepada wanita yang duduk di tengah-tengah gambar tersebut...


wanita di dalam potrait itu memakai saree putih, berambut kerinting paras bahu....serupa seperti bayangan lembaga yang dilihat rubin tadi...dia terus memerhatikan gambar-gambar yang lain...dari gambar-gambar itu, dia pasti, memang betul lembaga itu adalah wanita itu...wanita itu mempunyai 5 orang anak...suaminya kelihatan seperti seorang bekas tentera. 


gambar keluarga kelihatan bahagia, tetapi kenapa tiada seorang pun menjaga rumah yang cantik ini...sambil aku menulis entri ini, aku  mendengar lagu PINK...family potrait...feeling good...


segalanya nampak semakin jelas...lembaga dan gangguan yang dialami akhirnya hampir difahami...rubin pasti, lembaga itu adalah ibu keluarga di rumah tersebut..tapi, kemana semua menghilang??kenapa mereka tidak tinggal di situ, persoalan itu masih belum jelas..


tidak diendahkan persoalan itu...dia terus mengemaskan barang-barangnya...sedikit demi sedikit, kotak demi kotak di angkat nya ke dalam kereta....setelah selesai mengemas, dihubunginya Mr X..


"pandikutty punya Mr X" dalam bahasa tamil, rubin memaki secara halus Mr X.(aku belajar maksud ni kat malaysiakini..anwar ibrahim ajar)


rubin hanya ingin dipulangkan semula kepadanya wang deposit sewaan rumah itu...apa yang sudah terjadi, jadi lah...malas nak pikir dah kan..setelah selesai mengemas, dia berehat di sofa ruang tamu, mula mengecikkan mata, dengan lampu rumah masih terpasang...jam menunjukkan pukul 2 pagi...


esok, awal2 pagi kena keluar dari rumah ini...
akhirnya, malam terakhir rubin di rumah puaka berjalan tanpa gangguan...jam telah menunjukkan pukul 7 pagi...


mandi, sambil mencukur segala bulu di muka dan di badan...sedang memakai baju, dia memerhatikan almari pakaian yang penuh dgn baju-baju lelaki...baru lah dia faham...keluarga ini mempunyai ramai anak lelaki..penuh almari seperti ada orang yang masih menjaga pakain-pakaian itu..


setelah siap segalanya, rubin menguncikan rumah puaka itu untuk kali terakhir, dipandangnya ruang tamu dari luar pintu rumah, terus menutup dan mengunci...tiba-tiba rubin mendengar suara orang memangil-mangilnya...


"boy, boy"


menoleh ke kanan, dilihat jiran, seorang apek berusia pertengahan abad memulakan bicara..ape kes, dah last-last macam ni baru jiran memunculkan diri..dulu mula-mula tak pulak tayang-tayang muka..


"you sudah mau pindah ka?" kata uncle dalam bahasa pelat cina melayunya...


"yalah, rumah ini banyak problem"..rubin membalas...


"you pernah kena kacau kah??" uncle mahukan kepastian...terkejut rubin...sampaikan jiran pun tahu...


uncle menyambung bicara  " you tau ka, rumah itu sudah lama takde olang duduk...you olang 1st time duduk...masa takde olang duduk, tiap malam rumah ada bunyi olang menangis nangis"
uncle galak bercerita....


Gulp....bunyi telanan air liur rubin mendengar kisah uncle itu...tak payah lah aku bagi dialog betul-betul uncle itu...pelat lidah nak tulis...


mengikut uncle itu, rumah itu mulanya diduduki sekeluarga india kristian..keluarganya sangat bahagia disamping anak-anak seramai 5 orang...ibu kepada keluarga tersebut adalah suri rumah sepenuh masa, seorang yang sangat berdedikasi dalam menjaga semua anak-anak dan suami nya...setelah anak-anaknya membesar, suaminya seorang bekas tentera meninggal dunia...anak-anaknya pula sudah berumah tangga  dan meninggalkan ibunya tinggal sendirian di Taiping..semua mereka tinggal di kuala lumpur...


uncle itu cakap lagi, anak -anaknya jarang balik ke Taiping..menyebabkan kehidupan ibu makin hari, makin hilang seri dan tidak bermakna...uncle kata, ibu nya seorang yang baik dan ceria...tapi bila diperlakukan oleh anak-anaknya sebegitu, dia berubah menjadi seorang yang muram, pendiam dan tak terurus...rambut makin tak terurus dan berkerinting-kerinting.. hinggalah pada suatu masa, uncle menyedari, tiada lagi kelibat ibu itu keluar dari rumah...selang beberapa hari, masih tiada...uncle ingat, mungkin anak-anaknya membawa ibu tinggal di KL...


5 hari kemudian, barulah ada seorang anaknya balik kerana tiada khabar dari ibunya...bila anaknya membuka pintu rumah, terbau suatu bau tengit...lebih teruk dari bau badan rubin yang 5 hari tak mandi...


baunya semakin kuat bila menghampiri bilik utama di tingkat atas...bilik yang dihuni oleh rubin itu...punyalah ibu merindui anak-anaknya hinggakan tidur di katil anaknya...bau yang amat kuat rupanya dari mayat ibu itu yang terkujur di atas katil, 5 hari tanpa siapa pun menyedarinya...cuma bau yang kuat dari luar rumah sahaja disedari oleh uncle...itu pun masih tak pasti ibu itu kemana...


gambaran bagaimana rubin tidur di rumah puaka-gambar hiasan




mayat ibu itu dibiarkan di atas katil selama 5 hari, tanpa sesiapa yang tahu..segala-gala persoalan terjawab...penunggu rumah puaka adalah ibu keluarga tersebut...dia mati di atas katil dengan keadaan mayat terbiar beberapa hari dan berpakaian saree putih...


dan bermula dari hari itu, rumah itu terus berpuaka dengan bunyi-bunyi tangisan ibu pada setiap malam...tiada penyewa yang ingin duduk di situ, sebab itulah, Mr X sanggup menyewakan dengan harga yang rendah...segala persoalan terjawab..


rubin terasa sungguh marah,kerana tiada satu jiran pun memberitahunya...


ptuih, diludahnya ke longkang sebelah....ludah-ludah pun, salah kau jugak rubin..apsal tak siasat dulu..main rembat jer rumah..pantang nampak cantik, murah...kan dah jadi macam tu....


lain kali, kalau nak kahwin, tengok dulu pompuan tu macam mana..jangan nampak cun, seksi jer, terus nak kahwin..last-last dah kahwin, rupanya perempuan tu lelaki..kan susah...


kesimpulanya telah tercapai...kisah ini dicanangkan kepada kawan-kawan kami di ipoh..ditambah pulak kawan-kawan kami tu doktor2 amoi..semua yang dengar menjadi penakut nak tinggal di rumah..aku pulak, merasakan cerita ini amat mencabar, dan seterusnya publish di kiang boy..

p/s-lepas ni aku takde idea nak cerita kisah ape..huhu...takde kisah rubin, nak bukak kisah wan zuhdi dengan awek dia pulak lah..hahahaha..tak pun kisah muiz kena rush dengan felo wafi..elok gak tu..

thanks kerana setia membaca dari part 1 sampai part 4....
nantikan entri baru di kiang boy...positif thinking chor!!!!

ADIOS.....

Monday 9 May 2011

PenUnGGu ruMaH PuakA.......PART 2

Pada part 1, permulaan nya telah aku gambarkan keadaan klinik qaseh yang cantik itu utk tatapan pembaca..namun, keesokan harinya,bila aku tiba utk bertugas pada hari ahad, keheningan pagi ahad itu di cemari dgn khabar bahawa klinik ini telah dipecah masuk..dan berdasarkan bukti2 yang telah aku rakamkan, terbukti, pencuri sorang berpangkat PHD dalam bab2 mencuri ni...hayati bukti2 yang telah aku rakamkan..
TV samsung yang telah lenyap dikebas keparat.
si keparat amat hebat, masuk jer terus matikan suis utama(atas kiri)...tapi mereka terlepas suatu yang penting, ada cctc lain menggunakan power supply lain dlm klinik tu yang merakam perbuatan mereka...

dikopaknya kunci 
ikut kata sarjan yang menyiasat kes ini, diorang tak dapat detect cap jari pencuri..sebab pencuri pakai glove..tapi aku terpikir, hebat betul pakcik sarjan ni, aku rasa aku pun pernah pegang tombol tu..xkan cap jari aku pun takde..dan sarjan pantas jer boleh tahu, cap jari pencuri tiada di tombol..padahal, dlm csi aku tgk machine nak detect cap jari kemain lama and advance..taktau la kan, kot2 polis malaysia lagi advance, ade contact lens leh detect..macam robocorp..wallahualam..

CCTV ditutup dgn kertas supaya tiada yang nampak kelakuan diorg..tapi diorang lupa, allah melihat

dibukak semua laci..yang jumpa hanya buku2..nasib baik duit dah di bank in kan..

aku bukan apa,  hanya kesian kepada pemilik..walaupun yang hilang hanya TV samsung, namun, mood  dan semangat bekerja agak mengendur dgn kejadian ini..
sebab yang hilang tv, aku terfikir, apasal lah diorg tak pecah jer kedai TV kat sebelah klinik ni...aneh betul..anyway, teruskan membaca rumah puaka part 2....hehe




ok ok, kita mula bercerita semula...semalam aku berhenti  bila jam di rumah baru Dr rubin menunjukkan pukul 10 malam kan??

dia mula baring di katil empuknya...penat berkemas seharian..tiba masanya untuk tidur..esok kena kerja...
bilik dr rubin terletak di tingkat 2 rumah cantik itu..lampu di seluruh rumah dipadamkan, hanya lampu di bilik nya dibiarkan terpasang..

sedang baring-baring di katil, tangan kanan dr rubin perlahan lahan masuk ke dalam seluar nya...mesti korang ingat dr rubin mahu melakukan aksi terlarang..tidak...dia hanya menggaru garu peha nya..

sedang asyik melayan blues bagi mendapatkan mood tidur, dia dikejut kan dengan bunyi gegaran pintu bilik tidurnya...lebih kurang 15 saat gegaran itu berterusan..

"sudahhh, apa pulak ni?" keluh dr rubin..takkan ada pencuri kot...

gegaran berhenti.....(honestly, aku pun ada pengalaman gegaran macam ni)

dia perlahan lahan meghampiri pintu nya...tombol dipulas perlahan2...dan bila dibuka pintu itu.....tiada sesiapa.gelap gelita rumah saja yang kelihatan....dr rubin memeriksa keseluruhan rumah..semua lampu rumah dipasang...tiada tanda2 kewujudan manusia lain selain diri nya sendiri..

di ruang tamu, mata dr rubin melirik ke arah gambar2 besar yang tergantung di dinding2..hmm, dia tertarik dengan gambar ibu kepada keluarga tersebut..kedudukan wanita itu di tengah gambar keluarga, berpakaian saree putih,  rambut berkerinting paras bahu..wanita berusia separuh abad...wajah wanita itu terukir senyuman yang memberikan seribu satu persoalan...

"siapakah mereka ini?kenapa tidak tinggal lagi di sini?" terfikir dlm bahasa tamil...

hmm, dr rubin kembali ke tingkat 2..ditutup semua lampu...baring di katil..cuba mendapatkan blues semula...5 minit kemudian..kejadian yang seakan sama berulang....

kali ini terdengar bunyi hempasan pinggan mangkuk dilantai ruang tamu..bunyi berkecaian sebanyak 2 kali...




kacingggggg....cinggggg

masakan dr rubin tidak perasan..bunyi nya amat kuat..kali ini dia yakin, ada pencuri yang masuk ke dalam rumah nya....lantas dia mencapai kayu besbol kesayangan nya di lantai , keluar dari bilik, dia perasan ada kelibat yang sedang lari menuruni tangga..dikejar kelibat itu..turun saja di ruang tamu, lampu terus diipasang....

keadaan di ruang tamu masih sama...tiada apa perubahan..tiada langsung deraian2 kaca di lantai..tapi bunyi tadi dari mana?..siapa kelibat yang berlari td?...

dr rubin makin keliru...
terus dia tutup semua lampu..dan tidur, tanpa memikirkan kejadian yang berlaku tadi...


6 pagi...Dr rubin terjaga dari tidur...aneh sungguh pengalaman malam pertama nya di rumah baru..selalu orang kata malam pertama indah2, tapi tidak bagi rubin...

kuncupan adrenaline mula terasa sepanjang malam pertama di rumah itu..namun, kelebihan rubin, dia amat berfikiran positif..berfikiran positif chor, seperti tema blog ini..

dia bangun untuk mandi, menyiapkan pakaian kerja..hari pertama bekerja, mestilah hati berbungga bunga seperti kera mendapat susu...setelah selesai menyiapkan baju2 utk ke klinik, dr rubin mencapai penyapu di luar rumah  seperti yang aku gambarkan di part pertama..disapunnya lantai ruang tamu yang bersih itu..selesai menyapu, pengesat kaki yang diletakkan di luar pintu awal2 nya diubah kedudukan nya oleh rubin..dia meletakkan pengesat kaki dan penyapu di dalam rumah..


pinggan mangkuk di dapur yang pada awalnya di dalam bakul di keluarkan dan diletakkan di lokai sebelah sinki...setelah selesai dan  berpuas hati segalanya, dr rubin bergerak ke klinik pergigian taiping..

petang telah menjelma..setelah selesai bertugas dgn penuh dedikasi di klinik, rubin pulang ke rumah..sampai sahaja di perkarangan rumah, satu perkara diperhatikan oleh dr rubin....

pengesat kaki dan penyapu yang diletakkan di dlm rumah sebelum bekerja tadi telah dialihkan ke kedudukan asal...pengesat kaki dan penyapu di tempat asal2 sebelum dr rubin melakukan kerja pengemasan...di dalam rumah,pinggan mankuk yang dikeluarkan dari bakul, dialih kan semula ke dalam bakul...kedudukan tidak berubah lansung dari awal2 dr rubin tiba di rumah ini..

"aii, apa sudah jadi ni...kenapa boleh berubah semula?''dlm bahasa tamil...

dilihat di dalam rumah, segala kedudukan kembali kepada asal...sampah sudah tiada...aneh...
rubin terus mendail Mr X...
dia bertanyakan jika pemilik rumah yang tidak diketahui itu ada datang dan mengemas rumah...namun Mr X menafikan andaian rubin...rubin menjadi keliru....


namun dia tetap melakukan kerja harian dalam rumah itu walau apepun dugaan yang mendatang...sehinggalah ke suatu hari yang penuh signifikan dlm kehidupan dr rubin...gangguan di rumah itu makin hari, makin meningkat..
ikuti gangguan2 yang dialami oleh rubin pada entri akan datang....aku dah penat menaip kot..
credit to pika afiqah for this entry encouragement.. 

bersambung.....
ADIOS..                                -------->   part 3




Sunday 8 May 2011

PenUnGGu ruMaH PuakA.......PART 1

Hi pembaca yang amat aku sayangi...hari ini hari sabtu, 7hb mei, 2011.aku terasa bersemangat hari ini..sedang2 menunggu pesakit, aku terfikir entri2 kiang boy akan datang..maka tibalah masa untuk aku bercerita secara serius, kisah2 yang menyeramkan...
Sebelum tu, lokasi tempat aku menulis ini adalah di Klinik Pergigian Qaseh...
Sangat cantik kliniknya..kepada pembaca2 yang mempunyai masalah pergigian, ataupun tiada masalah pergigian, tapi nak jumpa dr gigi yang cantik, iaitu pemilik klinik ini, dialu alukan melawat klinik yang cantik ini...di sini aku upload foto2 klinik pergigian qaseh untuk tatapan pembaca...design yang sangat cantik..



ok, selesai sudah mempromosi klinik Qaseh,now we r back to our serious business..Penunggu rumah puakaaaaa......hahahahahahahhahahah(gelak hantu) 








di sini, aku akan menceritakan kisah yang agak menyeramkan , yang melanda rakan rapat aku, dr rubinderan.aku kalau boleh nak tunjukkan gambar dr rubin, tapi takut dia marah..tapi biarlah semua pembaca tahu, dr rubin kurang sikit saja kehenseman dia berbanding shah rukh khan.....


ceritanya agak panjang, dan aku berjanji bahawa, segala penceritaan di blog ini adalah benar2 terjadi, tiada langsung unsur penciptaan..so, unless u guys believe in what i m write, please stop ur reading..


Oh, anda masih membaca, terima kasih daun keladi...dr rubinderan menceritakan kisah seram yang terjadi kepada nya sewaktu mula2 berkerja seawal bulan 8, 2009...
waktu itu, sebagai seorang Dr gigi baru,  pemilihan tempat bekerja adalah ditentukan oleh pejabat kesihan pergigian perak...dia diarahkan bertugas di klinik pergigian Taiping Perak, untuk jangka masa 6 bulan...


dr rubin bukanlah anak watan negeri perak...dia berasal dari negeri selangor..maka, dia tidak mempunyai saudara di Taiping..perkara pertama yang dirisaukan oleh nya adalah tempat tinggal nya di taiping untuk 6 bulan mendatang...
bayangan manusia di dalam rumah dr rubin-part 4 nanti...(gambar hiasan)


dr rubin terus cari tempat tinggal...akhirnya, dia diperkenalkan dengan seorang agen rumah sewa, yang aku gelar Mr X(jujur aku xtau nama dia)..


Mr x kata,ada rumah sewa yang lama orang tak tinggal di suatu kawasan taman perumahan..rumah bertingkat dua itu amat cantik dan bersih...agak janggal dirasakan, rumah yang sudah lama terbiar, dalaman dan luaran nya amat terjaga..
rumah bertingkat 2, cantik tapi tak berpenghuni.....(gambar hiasan)


dr rubin berfikir  "ahhh, bersih macam ni mungkin kerana ada orang membersihkannya tiap minggu, jika tidak, masakan bersih sebegini." dan sudah tentu dr rubin berfikir dalam bahasa tamil, bukan bahasa melayu..aku cuma translate sahaja..


Dalaman rumah teres 2 tingkat itu amat dikagumi oleh dr rubin...Fully furnished and in well condition...and he just need to pay 3oo per month..what??siapa yang tak nak kan..dah ler cantik, terjaga , 2 tingkat pulak tu.....


dr rubin bersetuju dengan perjanjian sewaan rumah teres itu..dia perlu membayar deposit 3 bulan rumah itu kepada agen rumah itu....namun kesilapan dr rubin hanyalah satu.....


           DIA TIDAK MENYIASAT APA YANG PERNAH BERLAKU DI RUMAH ITU

Dia tidak mengenali pemilik rumah itu, kerana agen rumah itu tidak memberi penjelasan lanjut..tapi bagi dr rubin, "aku kisah apa, asalkan rumah cantik..lagipun, aku nak duduk pun 6 bulan sahaja"..dalam bahasa tamil..


di sini akan aku gambarkan keadaan rumah itu..

1. ruangan dalaman dan luaran yang bersih..tiada lansung habuk di lantai


2. penyapu lantai diletakkan di luar pintu rumah, kain pengesat kaki diletakkan juga di luar rumah.


3.dinding dalaman rumah tergantung potrait2 family..sebuah keluarga india yang besar.banyak  
   sangat foto2 di  dinding sampai ke dinding dapur.


4.pinggan mangkuk diletakkan di dalam bakul...tiada habuk di pinggan mangkuk yang lama tidak  
   digunakan itu..
potrait2 keluarga di dinding-sekadar gambar hiasan


setelah selesai segala urusan, dr rubin mengemas segala barang2 nya...di biliknya, terdapat sebuah almari yang penuh dengan pakaian lelaki..tergantung dan terjaga...
almari di bilik yang penuh dengan baju lelaki....




dr rubin pun mengeluarkan pakaian nya, termasuk seluar dalamnya yang berlubang itu...diletakkan satu persatu di atas katil nya..hehe


setelah selesai megemas rumah sejak dari tengah hari, hingga lah malam...tiba masanya dr rubin berehat..jam di dinding menunjukkan pukul 10 dan pengalaman mencemaskan dr rubin bermula...


bersambung....                part 2 

Wednesday 4 May 2011

Tekanan dalam meniti alam dewasa - bacaan berat

Aku dpt feedback mengenai blog aku ni dari rakan2..mereka kata, “ko buat pasal dental je.”ok ok, demi memenuhi permintaan rakan2, aku akan cuba sebanyak mungkin menulis selain dental seperti entri di bawa ini..silakan membaca....


Salam para pembaca budiman..


Arghhhhhhh!!..... byk nya sebab untuk aku menjerit...makin dewasa, makin banyak komitmen dan masalah.....sebab tu la aku rasa lagi best time  belajar2 dulu..cuma risau bab belajar dan ketinggian jer...padahal masa sekolah rendah dulu, asyik main jer pun..tak risau pasal belajar mana pun..leh makan sesuka hati, main sepuas hati, kencing merata(kwn aku, bukan aku),  dpt duit raya dan segala keseronokan bergelar kanak2..
jangan kencing merata

Di sini, aku nak bercerita serba sedikit tentang perkara2 yang menyebabkan remaja bekerjaya seperti aku tertekan.ya, aku masih remaja.haha.ada la dlm top 5 gitu akan aku senaraikan...ini berdasarkan pengalaman aku..aku yakin, anda para pembaca tak terkecuali dlm meniti pengalaman seperti ku.ayuh, teruskan membaca....

Mode-----à   berat dan serius....

1.     Duit- cepat betul habisnya..

aku pasti semua orang mempunyai masalah kewangan.. tak kira la samada masalah duit banyak sangat ke, atau tak cukup duit nak taruh kuda ke, duit masih menjadi masalah utama rakyat Malaysia.. zaman sekarang ni nak masuk tandas pun kena bayar wei..mana ada lagi benda2 percuma..yang percuma, sms2 dari nombor mana2 tah yang offer video2 menggiurkan dlm hp aku ni..tapi sebab iman aku kuat, aku tak layan sms2 sebegitu..hahahahahah

Siapa cakap orang yang dah bergaji ,masalah kewangan dah selesai..duit yang kita dapat, tak pernah cukup..teringat ayat femes mak aku...dia cakap  “bila gaji besar, berak pun besar”(aku quote betul2 ayat mak aku)..so aku akan cuba berak sikit sikit jer..tapi kalau dah mmg awal2  berak besar, camne nak buat mak...haaaaa, padan muka mak cakap..hehe

     
2.     Berat badan- isu yg tak sudah

Ikut kata kawan baik aku bernama marzuki,  lelaki berisi ni perempuan suka..sebab ape, dia cakap lelaki berisi(bukan gemuk) nampak wealthy..first time aku dengar..hahaha..
tapi ada betul jugak, dah x berduit, nak makan apenyer..ikat perut sampai kurus..
marzuki(kanan), suatu ketika dahulu..

tapi kalau dah ada duit, makan x jadi masalah, dah makan, nak makan lagi..so, org nampak mcm takde masalah..wealthy orang cakap..jadi, alasan ni kawan aku ni, aku setuju, dan aku tak rasa dia reka alasan ni bagi menghalalkan pertambahan berat badan dia..

Tambah2 kalau berdating, pasangan yang takde idea nak berdating kat mana, mesti singgah kedai makan 4-5 kali sehari.. mana berat tak naik..sebab tu la, pasangan yang berkahwin makin gemuk..

kenapa baru sekarang dah bekerja baru badan nak naik???aku tak paham betul...dulu msa belajar, makan la berpinggan pingan nasi pun, still maintain badan..sekarang, makan lebih sikit, naik 2 ke 3 kg..
memang betullah, isu berat badan adalah isu yang tak sudah..


3.     Traffic jamn

Siapa kata orang Malaysia susah2?buktinya, orang Malaysia mampu membeli kereta sendiri setiap seorang.. masih kata susah..tapi bila semua orang dah mampu, makin sesak la jalanraya..punya la banyak sangat kereta, sampaikan di highway pun kalau ader kereta rosak atau accident, sepanjang 5 km la kereta berasak2..macam kura2  megengsot, siput merangkak....tapi nak buat mcm mana, dah semua orang dah mampu..setiap yang positif, mesti ada yang negatifnya kan..


Macam ahad lepas, sedang aku memacu baby grey 150km sejam, ada la pulak traffic jam di highway kuala kangsar.sebabnya, lori terjunam ke tepi longkang highway.apa yg aku boleh buat, online pakai hp .sambil check in place fb di highway(boleh ke?ahaks)..haha.. nway, bila time2 jamn begini, orang yang sopan jadi kasar, yang alim jadi jahat..jadi otai jalan raya dengan memaki pengguna lain..jalan raya mengubah manusia..


    
4.     Rakan sekerja yang “supportive”

“supportive” yang aku maksudkan yang jenis suka cari pasal..bila depan nampak baik, sembang baik2, kat belakang kita, duk bertimbum dikutuknya...hampir semua orang ada pengalaman sebegini..aku x terkecuali..apa cara yang boleh kita buat, kuatkan azam, lawan arus..lawan tetap lawan..yang penting, kita kena belajar politik pejabat ni..bukan semua keadaan harus tekanan dilawan dengan tekanan..yg ni xleh komen lebih2, nanti ada rakan sekerja baca..hehe


5.     tekanan untuk mendirikan rumah tangga..

orang kata, lelaki yang dah kerja ni wajib kahwin.orang la yang kata, tapi kalau ikut hukum, wajib kawin ni untuk orang yang cukup segala, duit, dan persediaan ditambah pula dengan kehendak yang kuat utk tutttt.......so, memang golongan macam ni wajib kahwin...
nadiah and azhan, kategori wajib kahwin..haha..just kidding..

aku pulak tergolong di kalangan orang yang harus kahwin..hehe.namun, persepsi masyarakat dan keluarga orang melayu ni berbeza..mereka anggap, dah kerja jer, kena kahwin..itu yang menyebabkan tekanan di dalam diri..
..

tekanan sebegini juga di alami kwn2 aku.tension beb, kwn2 asyik tanya je bila nak kawin,dah ada calon belum..soalan pemula dalam chating atau msg dgn rakan yang lama kita x sembang mesti  “ko dah kawin ke?”..bosan2..cuba tukar sikit soalan..”ko dah ada six pack kat perut ke?”, baru la aku bersemangat sikit..hehe

kawin ni ckp jer senang..nak laksanakan nya susah beb..dah cukup ke ilmu di dada bagi mengharungi dugaan perkahwinan?..duit cukup ke?.takkan nak kawin pun pakai loan kan..mesti la kumpul sendiri..baru puas berkahwin..haha.kalau budak perempuan  tak pe, lelaki yang bayar hantaran..parents pulak sanggup support..budak laki, ko kumpul dan pakai la duit sendiri..kalau tak, jangan mimpi nak kawin..hehe...

pasal kawin ni tak tension mana sebenarnya...sebab tu aku letak yang ke 5..tapi dari beberapa sudut positif, kahwin ni perlu untuk melengkapkan iman seseorang lelaki..ikut kata ustad aku..so, pasal kawin aku tak tension sgt pun..tapi nak ulas jugak..hehe



              Begitulah 5 perkara paling utama yang mengganggu kewarasan fikiran aku sekarang.sebenarnya ada banyak lagi masalah yg aku rasa banyak memberikan tekanan kepada aku selain tersebut di atas..tapi yg lain2 tu aku simpann aja ya...

mesti korang cakap, “eleh,itu pun nak tension”..haha..anda rasa tak tension sebab dah ada pengalaman bekerja..so, benda2 macam ni dah biasa memang dah biasa dihadapi.aku menulis bagi menterjemahkan perasaan remaja2 baru bekerja di luar sana..ini realiti yang akan anda semua hadapi.
Apepun, hidup tanpa dugaan amat bosan..soalnya,adakah dugaan dapat memberikan kesan positif atau negatif, bergantung kepada tahap kita menghadapi tekanan dan dugaan itu..dah macam blog motivasi pulak kan...haha

Sesukar manapun dugaan itu, yang penting, positif thinking chor!!

ADIOS....