Tuesday 31 May 2011

Final exam di fakulti pergigian... part 1

Ya, tajuk di atas agak menggerikan bukan?ianya lebih mengerikan dari chronicles rubin dan penunggu rumah puaka (ada berani, KLIK ini)...disebabkan mood profesional exam fakulti pergigian UKM sedang berlangsung, aku akan cuba garapi sebanyak mungkin fakta2 menarik mengenai peperiksaan sebelum, semasa dan selepas peperiksaan profesional exam..asyik sembang pasal Rubin jer, bosan jugak kan..ada idea pasal rubin lagi, aku ceritakan..haha


di entri ini dan seterusnya , aku akan ceritakan pengalaman pahit manis aku dan rakan-rakan aku sepanjang bergelar pelajar pergigian UKM.cadangnya nak buat part-part macam cerita hantu sebelum ni..harap-harapnya menjadi..


kepada junior-junior atau akak-akak senior ku yang amat ku sayangi, mesti anda semua akan teringat pahit manis bergelar pelajar pergigian bukan?..


drama tangisan airmata(bdk pompuan), gossip- mengossip senarai bar list, cantas mencantas antara rakan2 sudah menjadi lumrah dan amalan di kalangan warga pergigian UKM. apepun yang terjadi waktu itu, aku pasti ianya mematangkan kita bila berkhidmat kepada masyarakat kini...


Kena perli di klinik


Hmm,aku teringat masa tengah cabut gigi yang goyang di UKM dulu, Dr Ajit pernah perli sekali "i gave u this mark because u did an easy extraction.. even i can flick it with my finger..." lol...aku tahu la kes tu senang, tapi bukan nya aku tahu kes ape yang aku dapat..anyway, best jer Dr cakap macam tu, markah tak la rendah pun dia bagi..saja main2 jer dia..hehe..
Jadi, hari ni ,bila aku dapat kes gigi terapung, aku akan cuba jentik dengan jari hantu, tak boleh tercabut pun..huhu.




 Dalam subjek pergigian kanak-kanak pulak, aku teringat pada Dr Laila..antara Dr paling aku suka selepas Dr Alizae.....yelah, patient peadiatric ni dalam lingkungan umur 0-17tahun..tapi masalahnya, aku ada seorang pesakit budak sekolah berumur 15 tahun..banyak tampalan aku buat sampai terlebih lebih dah..akhirnya, Dr Laila perli aku, "aii, takde patient besar lagi ke?"kami tergelak bersama sama...




teringat jugak kepada Dr Alizae..pakar orthodotik yang benci kepada facebook(sebab tu dia tak main facebook).. setiap kali aku persembahkan kes(clinical case presentation), dia akan cuba tanya soalan2 klinikal yang mencabar...padahal ada satu soalan tu, aku tahu je jawapan, tapi sebab takut dengan pandangan beliau, muka aku jadi merah kemaluan, dari tahu, terus tak tahu..haha..anyway, Dr alizae antara dr terbaik aku...thanks Dr..sory sebab lost contact (macam la dia kisah)hahaha..




dan yang terakhir, aku nak dedikasikan terima kasih aku kepada Dr Yana..pakar prostodontik di fakulti pergigian..semasa sesi klinikal dari tahun 3 hingga 5, aku punyai banyak kenangan pahit manis dengan dr yana.. bermula dari tahun 3, dengan kes gigi palsu pertama aku, Dr yana tak dapat menerima gigi palsu yang aku hasilkan untuk mr lee dengan alasan yang kukuh, kerja aku tak mencapai disiplin yang diharapkan, hehe....


aku menjadi sangat stress..Dr yana adalah contoh terbaik seorang pengajar, menasihat aku sejurus mereject kerja aku petang tu, esok pagi nya pula, masa kuliah, Dr Yana siap cakap kat depan kawan2 pasal kes aku dan memberikan lagi nasihat membina untuk aku di depan rakan2 ..hingga kan mizi pun cakap dr yana sangat baik dan terharu dengan nya, kalau lah aku jadi Dr, aku biar jer, kata mizi...


masa tahun 4 pula, aku perlu menyiapkan kes bridge sebelum mendapat hak mengambil peperiksaan akhir tahun 4..tinggal 2 minggu sebelum nama bar list dikeluarkan...hari tu, sesi klinikal aku dengan Dr Yana...jam telah menunjukkan pukul 5, aku masih belum berjaya menyudahkan urusan klinikal aku...kawan2 dah lama mengemas barang2 diorang..tinggal aku jer dengan partner aku, Ngen Fei Chi...


tapi aku amat terharu, Dr yana sanggup menunggu aku sehingga pukul 530, membantu aku menyiapkan bridge kak mas...akhirnya, aku dapat mengambil peperiksaan..thanks dr..


perkara yang sama juga terjadi bila aku 5th yr...dr yana sanggup menunggu sehingga aku selesai menyudahkan kes crown aku sebelum bar list dikeluarkan keesokan harinaya...sebab tulah, aku merasakan Dr yana antara yang paling banyak membantu aku, dan juga kwan2 aku...
Dr2 lain juga banyak membantu aku seperti Dr mary, Dr natasya, Dr safura ,Dr wan ,Dr nurul,dan Dr Badiah banyak juga membantu aku dan kawan2 aku..thanks again..
gambar shuhud yang paling kacak aku paparkan...


yang paling2 penting, Abe Shuhud merangkap lecturer pelatih..wajah kacak yang menjadi kegilaan remaja2 dental di serikan lagi dengan kemurnian hatinya membantu aku di klinik menjadi memori terbaik aku di fakulti pergigian UKM..thanks abe


ok ok, cukup lah dengan dedikasi dan sentimental, kita teruskan dengan cabaran dengan pesakit.. 


Cabaran dengan pesakit


jika anda pesakit, anda mahu perawat yang terbaik ataupun no 2 terbaik?paham tak soalan aku?jawab jujur...kalau tanya aku, mestilah aku nak doktor pakar jantung terbaik bedah jantung aku, bukan kedua terbaik...sama lah dengan keadaan kami sebagai pelajar pergigian yang 90% bergantung kepada kerjasama pesakit..


kami cukup2 berterima kasih kepada pesakit yang sanggup menyerahkan mulut mereka dan mulut anak-anak mereka dirawat oleh pelajar pergigian..tanpa pengalaman yang jitu, dan pengetahuan yang cetek, mereka menyerahkan bulat-bulat mulut mereka dikerjakan oleh kami..tapi anda jangan salah faham, kerja kami diawasi oleh pakar-pakar pergigian..sebab itulah pesakit-pesakit yakin..namun, kerisauan tetap ada kan...


aku teringat lagi masa mula-mula masuk klinik, aku selalu terfikir, boleh ke aku buat cabutan ni, takutnya nak bagi suntikan dan sebagainya..jika anda sebagai perawat pun takut, apakan pula pesakit kan...teringat dengan kisah sorang kawan aku ni, punya lah jujur dengan pesakit pertama dia..masa dia hubungi pesakit pertama dia, dia asyik pecah rahsia yang dia ni budak baru masuk clinical yr, so nak cari pesakit pertama..


jika anda pesakit yang dihubungi, anda nak datang ke??!!sudah tentu lah tidak...jadi, belajar dari pengalaman rakan aku,terpaksa lah aku menipu dengan pesakit pertama aku...bila pesakit tanya, adakah aku pelajar baru masuk klinikal yr, aku jawab,


YA, TAPI SAYA DAH ADA BERPULUH PULUH PESAKIT, ENCIK JANGAN RISAU..HAHAHAHA.


jadi, kepada bakal pelajar tahun 3 yang baru seperti nik, daus noq, ghazali,hafizi siran dan scoot,belajar lah teknik ini..haha..bukan aku ajar korang menipu, ni teknik..kalau korang tak buat macam ni, sampai akhir tahun la korang rawat gigi sesama sendiri..ada paham??


aku takkan lupakan setiap seorang dari pesakit aku dari aku tahun 3, hinggalah akhir tahun 5..sebab tanpa mereka, takkan adalah aku yang bekerjaya ini..antara pesakit-pesakit yang aku sebutkan adalah, mr  lee denture dan mr lee gigi berlubang..susah betul nak ingat lee ape kat belakang, tapi yang aku pasti dua-dua ni lee lain family..lee denture penuh atas bawah adalah pesakit gigi palsu pertama aku...kesian aku tengok dia berjalan perlahan lahan dengan tongkat..kena datang banyak kali pulak tu...to mr lee gigi palsu, sorry banyak2..i tahu you tak baca ni, tapi tetap nak sory jugak...kenapa sory, biarlah hanya aku nadiah partner aku dan mr lee denture sendiri sahaja yang tahu...


Mr lee gigi berlubang pulak adalah pesakit tampalan aku...sangat memberi kerjasama yang baik...esok sesi klinik, panggil malam sebelum tu untuk datang pun dia sanggup..seorang bekas polis yang berdedikasi, dan pegguna bahasa melayu yang baik...


aii, awat aku duk cerita patient laki je, gay ape,,aku teringat jugak kepada pesakit perempuan aku bernama masliza..kak mas mempunyai wajah yang comel , bercakap dengan loghat kelantan nya...aku jumpa dia masa dia teman kawan dia buat pendaftaran untuk rawatan pergigian...sampai hari ini, aku masih kagum kepada diri aku yang tak segan untuk bertanya kepada orang yang tidak dikenali..


"akak2, nak jadi pesakit saya tak?saya akan buat semua sekali, tampal ,cuci untuk akak. kalu boleh bagi rawatan muka pun, saya buat jugak." 




akak mas pun menjawab,"ehe, kelakar la... err, ok kot"..nice..


percaturan aku berbaloi..hanya dengan keberanian aku bertanya sebegitu, dengan requirement bridge kak mas, aku berjaya mendapatkan hak mengambil peperiksaan tahun 4..thanks kak mas, trimas....


pejam celik, pejam celik, aku dah jadi pelajar tahun akhir...pesakit yang yang paling diingati sepanjang aku menjadi pelajar adalah Hang Mohd Zahed...kawan2 aku tanya, dia ada keturunan hang tuah ke...aku pun dengan lurus bendul tanya en Hang, ada kena mengena dengan hang Tuah ke...haha
 junior-junior ku yang sedang membaca tu, di sini abang nak bagitahu, En Hang adalah contoh pesakit yang amat-anda anda semua perlukan...berbagai bagai rawatan yang telah aku berikan kepadanya...dan dia adalah seorang terpelajar lulusan Amerika...dia tidak kisah mendapatkan rawatan dari aku walaupun tahu aku masih belajar..dengan En Hang, aku berjaya mendapat 4 crown, 1 endo molar , kes perio, dan pelbagai lagi..sebelum aku keluar dari fakulti, kali terakhir aku melihat mulut En hang, aku amat berbangga dengan diri aku, betapa kerjasama pesakit dapat menghasilkan kesan yang baik kepada dua-dua belah pihak..win win situation..


thanks en hang..nanti saya ada duit lebih sikit, kita open table, saya belanja..hehe..




nantikan sambungan kenangan di fakulti pergigian di entri berikutnya...
pengaruh rakan sebaya dan diakhiri dengan final exam...macam-macam akan keluar..nak tahu nama siapa akan ku petik?nantikan..hehe


ADIOS...

16 comments:

Anonymous said...

ak rindu dr alizae....huhuh

kiang-boy said...

aku lagi la rindu dia mizi...aritu aku kim salam kat dia melalui junior..dia ckp, ckap kat shukri, saya x de masa nak rindu2 ni..hahahaha

Anonymous said...

ak rindu jelingan die...kikiki

kiang-boy said...

ko rindu, tapi ko x nak mengakui..siap pakai anonymous apa barang mizi..hahahaha

Tanti said...

Glad to know that u had sweet memories in fgg... :-)

Anonymous said...

dr tanti-rindu la dr....(mizi)...:)

Eyrah said...

Eyrah nak jadi patient doktor ni boley? Hehe ;)

kiang-boy said...

Eyrah....boleh2..datang lah ke perak ni..haha

eyrah said...

haha. jauh sangat tuu.. ^_^

Ib said...

perlu ke gamba abe shuhud disitu? hahaha

kiang-boy said...

perlu la ib..gambar penarik gadis2 kot..hahahaha..padahal grab jer pape gamba dlm fb..hehe

mil said...

shuk..mengembalikan kenangan2 semasa blajar di post ni.. feel like writing too. tp malas!

kiang-boy said...

mil....tunggu patr 2 tau..banyak kua pasal kwn2..hehe..tgh cari bahan time orientasi 1st yr dulu ni..hehe

mil said...

ok!

Izah said...

Hyee kiang boy !
Congrates coz brrjaya smbg bljr kat ukm then jadi dr dab skrg. Act i minat sgt kat ukm kl nii. I minat sgt nak jadi dentist like u. Tapi, i tak suke subjek sains. Mcm mane laa nak capai impian jadi dentist kan? Anyways to contact personal with u kiang boy?

kiang-boy said...

hi unknown...just like my fb page..search for kiang boy.. :)