Monday 6 June 2011

Final exam di fakulti pergigian... part 2

Nampak gayanya, jumlah pembaca kiang boy makin lama makin bertambah..namun ianya tidak menghalang aku dari terus menaip dan menghasilkan entri yang jujur berdasarkan pengalaman aku sebagai seorang bekas pelajar pergigian...


di entri pertama kiang boy, telah aku sebutkan tidak akan memfitnah mana2 individu kan...penulisan mengenai rakan-rakan dan junior-junior di entri ini adalah melalui pandangan tulus penulis dan pendapat rakan seperti termizi bakar, rakan melanau pergigian aku...maka, terhasillah entri mengenai rakan2 dan junior2 sejak dari awal2 orientasi di UKM lagi..
Nak tau aku tulis mengenai apa? 
ayuh, teruskan membaca kiang boy.....


Orientasi..bermula episod baru di menara gading...


pernahkah anda pembaca terfikir, kenapa perlunya orientasi2 sebegini..


kenapa perlu mengambil tanda tangan senior dan sebagainya...


masih segar dalam ingatan akan orientasi batch aku sekitar bulan julai,2004..waktu tu, kami semua diarahkan mendaftar di kolej Kris Mas Bangi , bagi menyertai orientasi peringkat induk...tiba sahaja pada tarikh itu, aku tertanya tanya jumlah pelajar lelaki melayu yang akan menjadi rakan batch aku...


terkejut beruk melihat, hanya 6 orang antara kami, 5 melayu, 1 melanau...yang melanau tu pun, bahasa melayu nya aku tak jelas dan kurang faham...nama individu melanau ini adalah termizi bakar...lelaki melayu lain adalah radzi, ejal, yusmijan, dan Acer..


kami di waktu tahun pertama...dengan semua berwajah keanak-anakan


minggu-minggu pertama di kolej keris mas amat janggal...dengan bahasa mizi yang klasik, muka yus yang garang, menyebabkan interaksi antara kami lambat...namun, disebabkan jumlah kami yg sedikit, segala perbezaan kami atasi.


aku masih teringat akan Mizi, bagaikan kain putih yang suci...tidak mengenal apa-apa mengenai pancaroba kehidupan moden..kami telah mengajar Mizi,agar  biasa dengan kehidupan moden, dan akhirnya, dia berjaya beradaptasi dengan kehidupan di KL kini...


kami di tahun dua...bulu sudah mula tumbuh di muka termizi




semasa sesi pengenalan, seorang demi seorang di rahkan ke hadapan batch mate lain, apa yang aku paling ingati adalah dengan apa yang diucapkan oleh termizi...bila fasilitator tanya, apekah kelebihan Sarawak, mizi menjawab, 


"nasi lemak serawak sedap bahhhh.."reaksi yang menguntum senyuman dan galakkan positif di kalangan rakan2 kami...




kami di tahun 3...




memori lain yang aku ingat sepanjang minggu pertama itu tak banyak...yang aku ingat pun, adalah bermulanya perang saudara antara aminah dengan Acer(bukan nama sebenar)..


mengikut pendapat rakan2 kami, perang dingin antara mereka bermula sejak dari minggu orientasi lagi, hinggalah ke minggu terakhir kami sebagai pelajar pergigian ,5 tahun kemudiannya...sebabnya, akan ku ceritakan sebentar lagi...hehehe


Aminah adalah seorang gadis kental dalam batch kami...orang kata , dalam sesuatu organisasi, tak boleh ada 2 harimau...acer dan aminah adalah contoh terbaik...mereka tidaklah menonjolkan pergaduhan mereka, cuma malas nak layan antara satu sama lain...setiap kali perbualan yang ada aminah, acer akan menghilangkan diri, setiap perbualan yang melibatkan acer, aminah pula yang menyepi...jika anda rakan-rakan satu batch dengan mereka, cuba namakan waktu anda melihat mereka berbual sesuatu perkara waima perkara serius sekalipun, cubalah namakan...tak ada bukan?hehe.


sebenarnya, segala bermula sejak minggu pertama orientasi lagi...mereka telah dikelaskan dalam satu kumpulan yang sama..dan dari situ, penonjolan kehebatan dalam memperjuangkan pendapat masing2 menyebabkan hati terluka dek kerana keceluparan mulut antara satu sama lain..


kesannya, tiada lagi gelak tawa antara mereka...apepun, perang dingin antara aminah dan acer menjadi hiburan kami sepanjang 5 tahun pembelajaran kami...mereka terus di asak dengan pelbagai gosip dan spekulasi..hehe..anyway, aminah adalah nama sebenar sebab aku tahu aminah gadis kental yang tak kisah apa jua aku taipkan..acer pula bukan nama sebenar...alasannya pula adalah sebaliknya..hahaha..




kami yang telah matang...hahahaha


Yang telah aku baru ceritakan adalah memori kami sewaktu minggu orientasi di kampus bangi...orientasi peringkat fakulti pula dijalankan secara haram oleh senior2 tanpa pengetahuan dekan...


aku tak kisah dengan orientasi sebegini, asalkan tidak melibatkan makian dan cacian hinggakan ada antara senior menyuruh kami merendam meggi dalam baldi mereka dan mengarahkan kami makan beramai ramai..ada akal ke takde mereka ini..


kesannya,antara kami wujud perasaan dendam dengan seorang senior itu dan tuhan telah tunjukkan kuasanya...doa orang yang teraniaya dimakbulkan..


tradisi orientasi ke atas junior kami tetap teruskan dengan sedikit perubahan. masuk sahaja ke alam senior, kami bertekad, tradisi orientasi akan kami ubah...segala yang akan kami lakukan adalah bercorak hepy go lucky..


setakat buat muka garang kadang2 apa salahnya kan..asalkan kami tidak memaksa mereka membeli meggi atau makanan untuk simpanan peribadi senior, sudahlah...


dengan berjalannya orientasi, wujud pelbagai nama yang melekat dan digunapakai sehingga mereka sebati dengan nama-nama tersebut..


antara nama2 yang senior2 berikan kepada junior adalah Ria, Kapla, dan Tommy...jika anda tanya siapa ria, semua orang di ukm kenal akan kecilikan dan kepintaran ria, junior kesayangan ramai. terciptanya nama ria entah dari mana2...mungkin senior mahu suatu agen ceria wujud di fakulti pergigian.....




kapla, pandangan dri belakang..sedang melayari laman web yg menggiurkan..




kapla dan aku...




jika anda memanggil nama Kapla, semua tahu akan loyar buruk nya...nama kapla diberikan sempena kekaguman senior terhadap betapa besarnya kepala wan zuhdi..hasilnya, terciptalah kapla.betapa glamournya kapla, hingga kan gadis idamannya, pika afikah dikenali ramai..hanya kerana pika berboyfrenkan kapla...hahaa...




tengah syok nampak!!!


ada juga nama2 yang cuba kami berikan, namun tidak mendapat sambutan...antaranya manja, nama yang diberikan kepada muiz darawi...namun di atas kebijaksanaan muiz darawi mengelak segala panggilan manja, lama kelamaan ianya dilupakan dan semua mula memanggil muiz dengan nama yang diberikan keluarganya...


kami junior2 dan senior2 lelaki amatlah rapat hasil dari program orientasi yang berkesan...kami seakan-akan hidup di dunia sendiri..hinggakan rakan dari kursus lain mengesyaki kami mengamalkan semangat assabiyah...tapi itu perkara biasa lah...sebabnya jumlah kami yang kecil, dan bergantung antara satu sama lain membolehkan kami menjadi seperti keluarga....
suatu masa dahulu....




hinggakan hari ini, jika aku turun ke UKM menempelkan muka di bilik ghazali atau badrul, sudah pasti akan aku mengajak ria turun menikmati beutiful game bersama sama...permainan game bola sepak yang menjadi kegilaan remaja remaja...


Arghhhhhh!!!!!!....


takde feel la aku nak taip entri pasal ni..apsal tah...berhenti di sini dahulu..akan ku sambung dengan tajuk study week dan final exam di entri akan datang...


positif thinking cho!!!!


ADIOS....


6 comments:

Anonymous said...

gambar 1st yr sume org muke x tahan..sape paling gelap angkat tgn!!!!!ngeh ngeh

kiang-boy said...

nice komen anon..haha..semua lelaki angkat tangan, sebab semua nampak gelap jer..hehehehe

Anonymous said...

xde pn pic ak masa 1st yr,,,,huhu

kiang-boy said...

pic sape?hahaha

suha said...

hai (^_^)

cik suha lom ade masa lg nak mmbace entry,ni pon quick visit je,since awk dh shout cik suha..well nice blog wif de nice entry

cuma 1 je,yg mostly newbie biase wat*cik suha pon newbie cam awk gak*pasal komen..si otai menasihati kita spya mnggunakan pop up window,bg memudahkan proses komen-momen..cmne nak wat?gi kat dashboard-setting-comment then pilih pop up window..

untungnya pop up window,xperlu nak kena loading page mase nak komen

erk serius gile kot hehe sekadar perkongsian..dan ada bagusnya kalo melawat mana2 blog,gatalkan tangan tok tekan butang follow dan tiggalkan sedikit komen..kita akan lebih diingati (^_^)

sowi sbb komen pnjg mengalahkan entry hehe

kiang-boy said...

hahaha..cik suha..good advice...yes u r right..i m newbie..but just for fun..nothing more..ok ok, nak setting baru pasni..komen pop up.thanks.