Tuesday 21 June 2011

Imiginasi Liar Kiang-boy...

"Asyik, asyik, Asyik, asyik nya bercintaaaa...bagai dunia, milik berdua, antara kitaaaa" deringan dangdut di handphoneku memecah keheningan malam...


"arghhh, gampreng" aku memaki-maki setelah tersedar dari tidurku...nyanyian amalina aku setkan khas untuk panggilan kecemasan dari Hospital Slim River...amat-amat jarang dipanggil, 2 bulan, sekali jer dipanggil... namun sekali dipanggil waktu-waktu malam begini bila semua orang tengah nyenyak tidur, memang ku kecewa...


jam menunjukkan pukul 3 pagi..deringan aku biarkan henti sendiri....deringan kedua berbunyi-bunyi, seronok juga mendengar lagu dangdut sekali sekala...selalunya, pihak hospital akan hubungi sehingga 20 kali jika tidak dijawab, setakat 2 kali je apa salahnya kan..lagipun operator hospital bukan banyak kerje sangat pun malam-malam macam ni...


deringan ketiga berbunyi, aku terus menjawab. "ya, ada kes ke?"


"dr, ada kes kat hospital,MA nak cakap dengan Dr, hold kejap" gadis operator menjawab...


"helo,Dr Kiang Boy ke?"


"ya saya"


" ada kes dr, 19yo/M/Malay,saya rasa laki ni mat rempit, terlibat dalam kemalangan jalanraya...ada kecederaan di bahagian mulut dan dagu..saya rasa ada patah dagu dia ni..boleh tak Dr dtg tengok?" aku nak sahaja cakap "tak nak", tapi disebabkan komitmen aku kepada kerja, setiap kali soalan itu ditanya, aku akan menjawab, "ya, tunggu saya..."




aku pun bangun, lampu bilik dipasangkan..muka dicuci, kumur sekali dua, terus aku memakai baju dan seluar jeans yang digantungkan di dinding...dalam hati, memaki maki mat rempit yang menyusah kan semua orang waktu-waktu begini...


aku pun tiba di hospital...terus aku berjumpa dengan MA yang menghubungi aku sebentar tadi...sejarah perubatan bagaimana kes berlaku perlu aku ketahui.


MA pun bercerita kes kepada aku. BP 120/80, HR 88, GCS 15/15. tak payah lah aku terangkan apa yang MA tu cakapkan ya.....bukak buku, cari sendiri..




aku terus bertanya akan kejadian kemalangan itu..katanya, budak laki ni terlibat dalam perlumbaan haram di tanjung malim...malangnya,dia terlanggar motor lain ..motor yang ditunggangi oleh pakcik berumur 50 tahun...


pakcik tu, hmm, meninggal dunia disebabkan budak ni...amat sayu aku mendengar kisah kemalangan nya..bagaimana lah perasaan keluarga dan anak-anak pakcik tu setelah mengetahui kejadian yang menimpa bapa mereka..lebih malang, ianya terjadi disebabkan kutu-kutu rempit macam ni..




aku pun terus berjalan menuju kearah pesakit..memang keadaan agak serius..bibir bawah tercedera dari sudut mulut hinggalah ke pipi...dagu patah dan lain-lain yang tak perlu aku huraikan...di sebelah lelaki itu, ada seorang awek yang menangis nangis..awek dia la kot..."ape diorang buat tah malam-malam..mak bapak tak marah ke"kata ku dalam hati mengambil berat..hehe


gadis merangkap awek laki ini tadi pun bersuara.."dr, jahit elok-elok ya...tak nak ada parut..."


Amarah aku meruap sejurus mendengar pintaan gadis tersebut...
aku melihat keadaan lelaki rempit merangkap pesakit aku dia atas katil itu, IMIGINASI LIAR aku mula bermain-main di minda...apakah yang perlu aku lakukan kepada mat rempit yang menyusahkan manusia lain macam ni? berikut di senaraikan kandungan Imiginasi liar aku:


1. sedikit sahaja ubat kebas aku berikan, patutnya kes-kes macam ni kena inject 4 ke 5 ubat kebas...tapi sebab nak ajar budak ni, aku inject 1 setengah jer ubat kebas...bagi dia terasa sakit-sakit sikit masa aku menjahit mulutnya..haha


2. melakukan kerja dengan kasar, dengan suara yang lantang seperti marah...mesti budak ni terasa sakit hati dengan kerja aku..


3. menjahit bibir dan pipinya dengan tidak mengikut standard pembedahan plastik sebenar...luka dijahit, tetapi rupa jahitan tidak cantik..biar berparut muka budak ni bila dah sembuh nanti..ataupun, jahit biar senget2..hahah.


4. tidak mencuci luka-luka sebelum memulakan jahitan dan rawatan lain...luka perlu dicuci bagi mengelakkan jangkitan selepas rawatan..jangkitan selepas rawatan adalah seperti, bengkak besar, sakit dan bernanah..biar mulut budak ni berbau seminggu dua selepas dia balik rumah ni..


5.    4 gigi patah separuh ditampal semula dengan tampalan sewarna gigi, tapi lebih legap sedikit dari warna gigi sebenar budak ni..biar orang perasan warna tampalannya berbeza dengan gigi dia..






Huh, kemain liar lagi imiginasi aku untuk mengajar kutu-kutu rempit sebegini..namun apakan daya, dah angkat sumpah sejak mula-mula kerja dulu kan...DO NO HARM...maka profesionalisma perlulah diperlihara.tiada prejudis, tiada rasisme..hehe






p/s- mesti antara pembaca berfikiran kuning bila mula-mula membaca tajuk entri ini bukan?..hahaha..yang tidak berfikiran kuning, good.kalau nak lawak-lawak kuning di kiang boy, tunggu aku dapat ilham dulu.....


sekian, ADIOS...













No comments: