Friday 1 July 2011

Good bye FRIENDSTER!!!

Imej di sebelah kiri adalah homepage login pertama laman sosial friendster.. nampak seperti homepage facebook bukan?nampak sangat mark zuckernberg pemplagiat..haha


Friendster pada zaman kegemilangannya iaitu dari tahun 2002 hingga 2008 bernilai sekurang-kurangnya 100 juta US dollar.Majoriti pengguna friendster adalah penduduk Asia, dan dengan kedatangan Mark Zuckernberg, menandakan loceng kematian laman web yang popular ini..


Pada tahun 2009, friendster telah dijual kepada syarikat dari Malaysia, MOL Global dengan nilai jualan 40 juta US..usaha telah dilakukan bagi mempromosi Friendster... 


namun usaha demi usaha bagi menaikkan semula friendster gagal dan nilai nya menjadi 10 juta US awal tahun ini...


MOl Global tidak dapat menaikkan semula friendster yang semakin merudum dengan kehadiran Facebook...pelbagai ikhtiar dilaksanakan mereka, bertukar tukar rupa homepage, dari warna biru, ke warna hijau dan yang terkini friendster beta...


friendster terbaru kini amat lah memalukan...macam budak2...dengan sewenang wenangnya, mereka memadamkan segala foto2, testimonial dan mesej2 pengguna friendster..ini menimbulkan kemarahan majoriti pengguna yang terkilan, kerana mempercayai friendster boleh menjadi tempat kenangan mereka yang dahulunya berjinak jinak di laman sosial..


Oh, terlampau serius pulak aku berblog kali ini,mungkin kerana cuba menjadi blogger yang serius...haha




ok, di sini, aku akan senaraikan 3 fakta menarik mengenai friendster dan kenapa pengguna laman sosial tersebut marah dan terkilan dengan tindakan memadamkan akaun mereka:


1. Foto 
ini adalah sebab utama ramai diantara pengguna FS berang dgn admin yg bertanggungjawab menyelengara FS..


antara kelebihan friendster  adalah, ianya menjadi gudang sejarah foto2 lama para pengguna..sejarah, adalah perkataan yang cuba di highlight kan...


mesti ramai di antara anda cuba menangkap gambar sebanyak mungkin supaya rupa dahulu yang kiut miut dapat dirakam kembali bukan...tidak, tidak...makin bertambah usia, makin lebar seseorang itu...itu hakikat seorang lelaki dan sebahagian perempuan...
kebanyakan pengguna friendster dahulu masih melawati laman itu kini dek kerana di situ tersimpan gambar2 mereka sewaktu zaman2 baru akil baligh lagi...


contohnya, kawan aku wan zuhdi, gambar di friendster nya amat kacak2 belaka...cuba anda lihat foto terbaru beliau di Facebook, seperti bangla pun ada...namun aku perasan beliau cuba menangkap gambar pelbagai posisi agar kecomelan nya dahulu dapat dicapai semula, namun hampa, wajah bangla juga yang dihasilkannya...




maka dapat lah dikatakan di sini, Friendster mengkhianati pengguna lama sosialnya dengan selamba bulu ketiak panjang mereka memadam segala foto lama yang disimpan..cukup kurang asam...di mana lagi aku nak tengok gambar2 lama aku?jika bukan di friendster...menyesal tak save awal2 dulu..hahaha


2. Mesej dan testimonial 


aku teringat zaman2 nakal aku dan rakan2 aku dahulu...ada jer awek comel loteh, kacau dalam friendster...


yang perempuan pulak, gosip2 panas hal hal harian disimpan di dalam inbox mesej friendster..sekali sekala bila nak tengok balik kenakalan kita masa dulu-dulu, bukak la friendster..nak jugak tengok apa jadi kepada awek-awek yang pernah diganggu dahulu..


namun ianya telah menjadi kenangan..segala mesej2 telah dipadamkan..


istilah testimonial pula ataupun panggilan testi amat biasa di kalangan bekas pengguna aktif friendster dahulu...


bila login akaun friendster sahaja, hati kita mesti berharap adalah harapnya testimonial baru.berbungga bunga hati bila ternampak notification, "1 new comment!"..
dan dalam mood sentimental, bila membaca testi2 lama di friendster, teringat kenangan2 lama..namum kini, istilah wall post di facebook yang dikira sama sahaja prinsipnya dengan testi di friendster, namun testi tetap punyai ciri nya yg unik yang tidak dapat digambarkan berbanding wall post...




3. Friend list


terdapat ramai rakan2 di alam friendster , tidak dapat dijumpai di alam facebook...macam 2 alam yang berbeza..di alam fs(fs as friendster, aku penat taip penuh) dahulu, ramai juga rakan2 baru yang boleh dikatakan rakan media sosial yang aku tak pernah jumpa di alam realiti...dan persahabatan itu menjadi...namun, ianya menjadi semakin basi dan kendur dek kerana terlupa dengan rakan2 alam maya di fs..akhirnya, kini aku tidak menjumpai rakan2 tersebut di alam facebook...antara rakan2 yang aku masih ingat adalah bob, abg keras, dan suhana..di alam realiti tak pernah jumpa pun..tapi sebab ianya laman sosial, apa salahnya bersosial bukan?
nak cari balik rakan2 tersebut , hampa kerana fs telah memadam segala rekod friend list pengguna, double demmmm...




begitulah antara faktor2 kenapa pengguna2 laman sosial FS murka dengan tindakan yang dilakukan...tapi pada hakikatnya, pihak fs telah memberikan notis sebulan lalu melalui email kepada pemegang akaun supaya mendownload segala maklumat di akaun friendster sebelum 31 mei...so sekarang ni, siapa yang salah?


FS yang telah di upgrade amatlah memalukan dan pelik...segala Games dan reward pelbagai...mungkin mereka mahu menjadikan FS sebagai taman kanak2..di bawah aku selitkan gambar homepage FS terbaru dan kemarahan seorang dari beribu pengguna FS...



login homepage FS yang baru...sangat tak cool..



maka kesimpulan telah dicapai...riwayat FS telah tamat...Goodbye friendster...

P/s- amacam eksperimen aku menaip entri mengenai fakta? jika anda rasa sangat tak best, rate kat bawah ni sebagai bosan...jika ok dan boleh tahan, rate sebagai interesting...undi anda menentukan hala tuju entri di kiang boy..cewah..hahaha


positif thinking chor!!!
ADIOS... 

deng deng......   Kiang boy send you a smile...send him back...hehe..antara kenangan indah FS...

7 comments:

soutulmujahid.com said...

x pernah aku tahu pulak fs dah delete semua menatang tu. dah lama aku tak aktif fs. fs mmg dah lama mati sejak fb ada. sama jugak myspace

nak challenge fb? jgn haraplah... bahkan aku rasa, laman sosial terbaru, google plus pun x mampu nak cabar fb

nani said...

xtau pon fs dah cmtu..hikhik..teruuuussssssssss nak p jenguk fs jap =p

Unknown said...

die delate semu?? mmg bengong betei..hu

kiang-boy said...

SM: agree..lama mati..but as i said, its been history and sentimental value..no need to delete everything..

Nani:login cepat, pilih avatar...haha'

Cik bibik: gambar cun2 masa muda2 dulu semua dah ilang ker..hehe

Anonymous said...

fs dh delete sume comment2x kt situ?????sedih gile!kerana fs la wa dapat bf.x sempat nk bace balik ayat2x ngorat bf wa.haha :P

Zuhdi Melayu bukan bangla, Shuk Tamil said...

Macam lancau entry kali ni. Crita pasai friendster, tak pasai2 nama aku naik. btw, entry kali ni menarik. hahaha...

kiang-boy said...

anon aka pikus: Bf lu ngorat lu ka LU NGORAT BF LU??hahaha

Zuhdi Khan: ni yg aku suka ni..ngutuk pun masih best kan..haha