Friday 29 July 2011

Selamat hari jadi Wan Zuhdi

Hai kalian para pembaca gadis-gadis yang aku sayangi...kini aku kembali dalam misi memajukan lagi  
Kiang-boy..dah lama rasanya aku tak update dengan entri-entri berkualiti aku...bukan aku tak nak update, cuma idea tu tak betul-betul gempak untuk dimuatkan..takkan lah anda mahu membaca kisah aku melakukan rutin harian biasa, contohnya kisah aku setiap kali masuk tandas, nampak jerawat baru tumbuh, dan aku mengeluh, "huu, kenapa ada jerawat..,huu".....ataupun kisah bila aku balik Ipoh, asyik tengok mak aku layan cerita Indon di astro, dan bergaduh nak tengok cerita lain...bosan bukan cerita harian begitu?tak tahulah kenapa ada orang sampai boleh update 5 entri sehari...sampaikan kisah ternampak kucing comel tepi jalan pun nak dijadikan entri..aneh bukan?


Pada aku, kualiti lebih penting dari kuantiti..biar tak banyak entri dihasilkan, tetapi setiap entri, akan memberi impak kepada kehidupan para pembaca..cewah..


(amaran:perenggan berikutnya mempunyai unsur fitnah)
tahu bagaimana aku menilai entri mana yang dirasakan sesuai untuk kiang boy?aku hanya akan update jika ada kejadian2 yang dirasakan dapat menarik minat orang ramai..ataupun mempunyai idea mengeji junior2 dan rakan2 aku...untuk entri kali ini, aku akan mengeji seorang junior aku ni...namanya Wan Zuhdi..beliau adalah seorang lelaki kacak berkulit putih yang mempunyai karisma tersendiri...kenapa aku nak taip pasal beliau? untuk pengetahuan gadis2 di luar sana, hari ni harijadi Wan Zuhdi yang ke 24...happy birthday wan...ingat pesanan aku ni..jangan pakai seluar dalam secara recycle...tukarlah dengan kerap dengan yang dah dibasuh setiap hari ok...aku amat kecewa dengan hang tau tak...sebab bila Arsenal main kat malaysia, hang sanggup datang dari penang walaupun merangkak sekalipun...malaysia lawan singapura semalam hang taknak datang pulak..bacary sagna betul..haha...anyhow, happy bday..nanti aku g penang,hang wat la parti gay utk aku ok...
Wan Zuhdi, yang kacak bergaya..bukan bangla ya..



ok ok, cukuplah kisah pendahuluan dalam mengeji orang..aku nak tanya satu soalan kepada pembaca....di manakah anda pada pukul 845 mlm, tarikh 28 julai, 2011 ?aku tanya anda semua kerana aku tahu aku berada di mana pada waktu tersebut...mungkin pada waktu tersebut, anda para pembaca berada di rumah urut atau pun sedang mencuci berak anak saudara masing2 ..


bukti pembelian tiket..warna pink tak tahan
Untuk pengetahuan pembaca, aku tengah mengaum bersama-sama peminat bola sepak tanah air dalam menyokong Harimau Malaya menentang pasukan singapura...walaupun tewas secara agregat, persembahan anak-anak original malaysia amatlah membanggakan...


Aku bukanlah nak tulis tentang permainan tu..berlambak-lambak blog-blog sukan yang bermula dengan perkataan soker menilai persembahan pasukan malaysia...siap buat analisis lagi dalam merencana kesalahan dan kekurangan pasukan malaysia...


kali ni, aku akan menceritakan pengalaman menonton perlawanan bola sepak secara langsung di depan mata di dalam stadium bukit jalil, diwarnai dengan sorakan penonton, dan bau-bauan masam abang-abang yang kuat berpeluh..seksa tahu...


bagi pembaca tegar kiang boy seperti nani, ilani ,dan pika, sudah tentu tahu aku bekerja di Slim river kan...jarak antara SR ke KL adalah 100km...28/7/2011 adalah hari khamis, dan jumaat hari berikutnya masih hari bekerja...namun ianya tidak menghalang aku memberikan sokongan kepada pasukan harimau malaya yang disayangi.. aku meminta kebenaran meninggalkan klinik pada pukul 1 tgh hari....kira nya aku off petang ler ni...dan aku kena bekerja semula pada keesokan harinya, iaitu hari ini, jumaat 29/7/2011.. setiap detik perjalanan aku dari slim river akan kuceritakan...kepada yang tak minat nak tahu, sila hentikan bacaan anda sekarang...pergilah baca blog bagaimana nak buat kek  ke, blog bersolek ke...haha


oh, anda masih membaca, trimas..hehe
aku bercadang menonton perlawanan ini bersama -sama junior kesayangan...azril aka ustad, muiz aka manja,ria aka comel ,ijad dan ipok...di entri ini, anda akan berpeluang melihat foto2 ustad yang tidak terdapat di tempat lain,walaupun di fb sekalipun...


aku bertolak dari slim river pada pukul 130 tgh hari..dengan pecutan 140 sejam, aku tiba di KTSN pada pukul 230ptg...semua akibat kesesakan kuala lumpur...biasa la kan..


Jam menunjukkan pukul pukul 3, macam haram, rancang nak bertolak pukul 3, sampai pukul 5 tak bergerak lagi..semua disebabkan kami menunggu budak comel ria tiba dari rumah urutnya...jam telah menunjukkan pukul 5, semua telahpun berada di set off point, KolejTunSyedNasir...namun aku menyedari, aku tiada jersi bola sepak malaysia...what the hell  !!!   


Diselongkarnya almari muiz pun tidak dijumpai...nasib baik ustad bermurah hati memberikan koleksi-koleksi jersinya kepada aku...aku pun menerima dengan hati terbuka perlawaan ustad...yela, badan ustad mana ada kurap ke, kudis buta ke, sebab tu aku setuju..
anak2 yeop...azril, yang jarang-jarang dilihat di alam maya..




kami bersiap dengan jersi masing2..muiz dengan bendera malaysia, ustad dengan selendang malaysia nya...ijad dengan topeng ninjanya.....kami berkonvoi dengan 4 buah motor...saat2 perjalanan ke stadium telah aku rakamkan utk tatapan pembaca setia..


ketua pancaragam kami pada hari konvoi ini tentulah tak lain tak bukan, ustad..susuk badan yang gagah serta wajah  berserta pengalaman bersama konsi gelap akan kami gunakan sebaik mungkin...cuba cakap, siapa yang tengok ustad, dan tak takut dengan raut wajahnya? tiada bukan?maka dia terpilih sebagai ketua rombongan..


aii, garang nampak ketua pancaragam...
ijad dan muiz..
Jalan ke stadium bukit jalil amatlah sesak, dengan bunyi tiupan trompet ataupun vuvuzella mewarnai suasana perjalanan ke arah stadium..kalaulah waktu-waktu biasa, anda menjerit dia atas motor macam orang gila, sudah tentu pengguna jalan raya lain akan meludah anda di muka..namun di hari besar pasukan malaysia sebegini, penyokong bebas menjerit di atas motor sesuka hati..


muiz memeriksa trompet yang membingitkan telinga
Setibanya di stadium,kami pun mencari tempat duduk di tempat duduk yang dirasakan sesuai utk kami..cehh, hampir semua tempat2 hot telah diambil oleh buntot-bontut peminat lain..nampak sangat diorang ni datang awal nak mampus semata-mata nak duduk kat tempat sesuai...tinggallah tempat2 duduk tingkat 3 yang jauh dari padang...walaupun nampakj pemain seperti semut, ianya tidak menghalang atau mengurangkan semangat kami...


semua ni semayang ok...jangan berperasangka buruk..
Satu isu yang aku selalu baca sekiranya perlawanan bola sepak diadakan waktu2 malam begini adalah isu sembahyang magrib...penonton yang hadir memberikan sokongan di stadium akan dituduh tidak menunaikan solat magrib...hellooo!!!, banyak surau ada kat stadium bukit jalil ni ok..sama ada korang nak sembahyang atau tak jer..yang aku selalu lihat, penonton2 yang hadir terdiri dari golongan pakcik2, keluarga2 dan ada juga pelajar2 universiti...takkan lah mereka sanggup mengabaikan solat mereka...sampaikan ke koridor surau mereka menunaikan solat..so, jangan cuba mempersoalkan iman dan amalan penonton yang sanggup datang dari jauh semata mata nak menyokong pasukan malaysia..kami yang menonton ni bukan macam penonton konsert paramore yang diadakan di stadium bukit jalil awal tahun ini..masa itu, surau pun kosong waktu magrib..so , tolonglah bersangka baik ...
semangat..Aummm




ustad yang skema, berkaca mata..
Jam telahpun menunjukkan pukul 830 mlm..teriakan dan sorakan peminat mengegarkan stadium bukit jalil..jeritan tu aku boleh tahan lagi, trompet vuvuzella tu yang membingitkan telinga..kalaulah aku duduk kat stadium tu seharian macam ni, tentu-tentu aku menjadi pekak bila keluar..hehe


bila malaysia mendapat gol, perghhhh, gegak gempita stadium bukit jalil...dapat dilihat jua wajah rakan2 seperti muiz dan ustad yang amat ceria..ustad seperti biasa sepanjang permainan merencana starategi untuk pasukan malaysia sambil memaki pemain yang tidak mengikut arahannya..haha


dan sesudah singapura mendapatkan gol, terlihat wajah2 kecewa peminat di sekeliling...budak2 yang pergi sekali dengan aku ni lagi la...tak habis2 geleng kepala, dan 15 minit terakhir sebelum perlawanan tamat, dapat dirasai kekecewaaan mereka..senyap sahaja sekor sekor...tak bercakap lansung.. namun, awek-awek di hadapan kami masih ceria bergambar sambil bergelak ketawa..hahaha..pompuan betul...
walaupun malaysia tewas, tetap ceria..


sesudah wisel ditiupkan, kecewa pun berakhir...watpe nak kecewa lama-lama kan....wat stress jer...namun tak macam muiz..sampai sakit kepala dia kecewa...takpe muiz, aku tau ko kecewa, tapi kelantan kan menang..hehe


pejalanan keluar dari stadium dan kearah motosikal kami adalah saat2 yang paling hangit sekali malam tadi...bayangkan, beribu-ribu peminat keluar dari stadium, menggunakan satu sahaja pintu, berhimpit himpit macam sardin, dengan bau bauan bagai, peluh melekat sana sini..amat tak sesuai untuk wanita...berasak-asak sampaikan sesak laman stadium tu...dapat bayangkan tak? kalaulah seorang terjatuh kat situ, aku pasti orang tu akan mati kena pijak....Alhamdulillah tiada kejadian yang tak diingini berlaku..


kami pun bergerak pulang dari stadium tepat pada pukul 1130 malam, dengan keadaan kesesakan jalan raya yang amat teruk...


sampai sahaja di kolej, jam telah menunjukkan pukul 1230 mlm...dan aku terpaksa mengharungi perjalanan jauh ke Slim River, dengan hari kecewa.


anyway, sampai sahaja ke slim river pukul 3 pg..terus gosok gigi, dan tidur...pagi2 keesokan nya, aku bangun dalam keadaan segar, dan aku  rasa seperti dalam keadaan mimpi perjalanan jauh semalam...


masa untuk aku bergerak balik ke Slim River
walaupun pasukan harimau malaya tewas secara agregat , semangat juang mereka yang tak mengenal erti penat lelah amatlah dihargai...kepada mereka2 yang tak pergi ke stadium, diharapnya menonton perlawanan itu di kaca tv masing2...jangankan pula bila menang sahaja , asyik nak mintak cuti tambahan sebagai cuti peristiwa, walhal semasa perlawanan, asyik melayan cerita indon di astro..sangat tak sesuai...


simple yet thrilling... hope pasukan malaysia dapat bangkit selepas ini
apapun,


positif thinking chor!!


Adios...

Thursday 14 July 2011

Mari Berbahasa Tamil !!!!

anda peminat rajini paddiyappa??aku pasti anda meminati entri ini..haha

Tenne manni tangkhi kilometer annayamma..lebih kilometer dengan PRiMAX 95....


begitulah bunyi dialog bahasa tamil yang sering diperdengarkan semasa slot iklan buletin utama TV3..anda pernah dengar ke tak?kalau tak pernah, memang loser. mesti tak pernah tengok tv..iklan bahasa tamil ini memberikan inspirasi kepada entri ini..setengah bulan aku duk pikir entri baru, tengok je iklan ni, aku teringat sahabat-sahabat tamil aku, jothi rahmalingam dan rubinderan...just nak refresh balik, rubin adalah watak utama di kisah penunggu rumah puaka di blog ini(hantu rubin)


adakah penting bahasa tamil kepada aku dan kerjaya aku?
jawapannya YA, ianya penting...penting dari sudut perkataan-perkataan tertentu yang memerlukan pemahaman dari pesakit agar proses rawatan menjadi mudah dan lancar...
cuba anda bayangkan, kebanyakan pesakit di Slim River ini adalah warga tua dan ada antara mereka dari estet-estet yang berlambak di sekeliling klinik aku ni...dan kebanyakan dari mereka tak tahu langsung berbahasa melayu atau english...sangat seksa dan sengsara hidup aku tahu.


Maka, secara perlahan-lahan, aku mempelajari satu persatu perkataan tamil untuk membantu sedikit sebanyak proses kerja aku dengan pesakit yang hanya mengetahui bahasa tamil ini...kehebatan aku taklah sehebat rubin yang boleh berbahas dan berpidato dalam bahasa tamil.rubin juga pernah bersembang dan berbahas dengan mamak Aluha, sambil megabaikan kewujudan aku...


bila tahu beberapa perkataan, segala kerja menjadi mudah..




pengetahuan aku sangat2 terhad, cukup-cukup untuk aku melaksanakan tugas aku mengerjakan gigi setiap individu berbahasa tamil...ikuti perkataan2 tamil yang aku tahu :


mode: berbahasa tamil bersama kiang boy(dengan bantuan rubin dan jeeva,junior doktor aku)


     1. Vitooree...



Perkataan pertama yang aku tahu sejak menjadi doktor...Vitoree...bunyinya seperti vitagen bukan?namun ianya sama sekali tiada kaitan dengan minuman atau pun apa-apa produk...ianya disebut dan dilontarkan sebagai "bitoreeee"..ianya bermaksud buka mulut dalam bahasa melayu...ayat ini aku belajar dari seorang anak kepada pesakit aku yang tak tahu berbahasa melayu...penat wei aku pakai dwi bahasa, dua2 bahasa patient ni tak paham..then anak dia pun instruct mak dia dalam bahasa tamil,"bitoreee, bitoreee", dengan dengung dan panjang yang sesuai,  terus melekat dalam otak aku...

    2.  Valeekitaaa...

Valeekitaa adalah perkataan yang kedua aku tahu.macam mana aku tahu ayat ni amatlah tragis dan tidak boleh dikecohkan..kerana ianya melibatkan Dr pakar aku di Hosp Ipoh...oh ya, "valeekitaa" yang disebut dengan A hujungnya dipanjangkan selama 1 saat bermaksud "sakit ke tak?''..

kalau nak mulakan cabutan, aku akan memastikan ubat kebas di sekeliling gigi pesakit aku berfungsi dengan jayanya...caranya, aku akan cucuk di sekeliling gusi gigi yang akan dicabut dengan alat2 yang tajam sambil bertanya kepada kepada pesakit, "valikitaaa"..

cuba anda bayangkan kalau aku tak tahu perkataan ini...adakah aku dapat gambarkan kepada pesakit menggunakan tangan aku, sakit ke tak? tak mampu bukan. ianya bukan seperti "bitoreee" dia atas yang boleh digambarkan dengan sebelah tangan dan jari-jari aku...maka , perkataan ini amatlah membantu proses kerja aku..

Bagaimana aku tahu dan kenal ayat ini amatlah lucu...Dr  pakar aku di ipoh selalu menggunakan ayat yang seakan-akan valeeketa ini...dia selalu cakap kepada pesakit, "valeeki, valeeki" sambil memeriksa pesakit...dan sudah tentulah pesakit tak membalas nya kerana apa yang diperkatakan amatlah SALAH....valeeki bermaksud tergelincir..ianya dijelaskan oleh rubin kepada aku sejurus selesai sesi klinik..dan tugas kami hanyalah ketawa sahaja, sambil tidak berkeberanian dan berkemaluaan membetulkan Dr pakar kami itu...

I'm wondering either he still use that word, or not...hahahah


      3.  Kadhiiii

Setelah dengan jayanya mencabut dan mengkuburkan sesuatu gigi, darah yang masih mengalir dari soket cabutan perlulah dihentikan dengan segera...caranya, menempek dan menyumbatkan kapas di atas soket tersebut..

Tapi takkan aku kena pegang sendiri kapas tu kat mulut pesakit kan...itulah gunanya perkataan ketiga ini...sebut sahaja "kadhii", sambil memastikan jari anda telah keluar sepenuhnya dari mulut pesakit..jika tidak, dikokaknya jari tu...(kokak maksudnya gigit)
Tapi awas, "kadhiii" boleh disalah tafsir sebagai maksud yang lain oleh pesakit.."kaaaaadhi", dengan A yang panjang di tengah bermaksud kereta...
maka jangan hairan, sesudah selesai anda mencabut gigi, sebut sahaja "kaaaadhi" , pesakit terus bangun dan menuju ke keretanya sambil mulut terbuka..haha


       4. Coupleee

Perasankah anda para pembaca..perkataan tamil kebanyakannya memanjangkan huruf terakhir setiap ayat yang diucapkan...samalah dengan perkataa ke 4 ini, Coupleeee...

Jikalau anda menyebut ianya dalam bahasa english, sudah tentulah ianya bermaksud sebagai couple, pasangan...untuk menjadi pakar dalam bahasa tamil, seseorang perlulah membezakan sebutan coupleeee ini dalam bahasa tamil, atau menyebut couple dalam bahasa inggeris...jika tidak dapat membezakan, anda tiada bakat dalam berbahasa tamil, dan hentikan bacaan anda..(padahal dah nak habis entri dah,haha)

Perkataan ini bermaksud kumur...jika anda sebut sahaja couplee tanpa menunjukkan tanda apa-apa dengan tangan anda, dan pesakit terus kumur...bermaksud  sebutan anda betul...kudossss kepada anda...



    5. Cool

Mengikut analisis aku dan rakan-rakan aku, pesakit wanita india mempunyai pain threshold (daya tahanan kepada perasaan sakit) yang paling rendah berbanding pesakit kaum lain..maka, Dr perlulah menenangkan pesakit-pesakit begini agar tiada kejadian yang tidak diingini berlaku...aku tanya jeeva, apakah maksud relaks dalam bahasa tamil? dia cakap, "saya pun pakai cool saja kepada pesakit india"..hahaha...
so, aku pasti, untie-untie mesti faham apa maksud cool kan...





Begitulah perkataan-perkataan yang sering aku gunakan kepada pesakit-pesakit aku...tapi yang lawaknya, ada seorang untie ni, bila aku cakap valiketaaa, dia pun membalas dengan bahasa tamil, dalam ayat penuh perenggan kepada aku...hahaha..sudah tentulah aku tak faham...

Kepada mereka-mereka yang mempunyai masalah sama seperti aku, cubalah fahami seberapa perkataan yang boleh membantu anda...aku pasti, ada antara pembaca hanya tahu perkataan pandikutty sahaja dalam perkataan tamil..itupun tahu bila anwar ibrahim ajar dalam ceramah politik kan?hehe..tak baik tau guna perkataan macam tu...huhu..

apepun, jika anda suka akan entri ini, undilah cool, jika tidak, undilah bosan...pembaca yang tiada sumbangan amatlah mengecewakan...

positif thinking chor!

ADIOS...








Friday 1 July 2011

Good bye FRIENDSTER!!!

Imej di sebelah kiri adalah homepage login pertama laman sosial friendster.. nampak seperti homepage facebook bukan?nampak sangat mark zuckernberg pemplagiat..haha


Friendster pada zaman kegemilangannya iaitu dari tahun 2002 hingga 2008 bernilai sekurang-kurangnya 100 juta US dollar.Majoriti pengguna friendster adalah penduduk Asia, dan dengan kedatangan Mark Zuckernberg, menandakan loceng kematian laman web yang popular ini..


Pada tahun 2009, friendster telah dijual kepada syarikat dari Malaysia, MOL Global dengan nilai jualan 40 juta US..usaha telah dilakukan bagi mempromosi Friendster... 


namun usaha demi usaha bagi menaikkan semula friendster gagal dan nilai nya menjadi 10 juta US awal tahun ini...


MOl Global tidak dapat menaikkan semula friendster yang semakin merudum dengan kehadiran Facebook...pelbagai ikhtiar dilaksanakan mereka, bertukar tukar rupa homepage, dari warna biru, ke warna hijau dan yang terkini friendster beta...


friendster terbaru kini amat lah memalukan...macam budak2...dengan sewenang wenangnya, mereka memadamkan segala foto2, testimonial dan mesej2 pengguna friendster..ini menimbulkan kemarahan majoriti pengguna yang terkilan, kerana mempercayai friendster boleh menjadi tempat kenangan mereka yang dahulunya berjinak jinak di laman sosial..


Oh, terlampau serius pulak aku berblog kali ini,mungkin kerana cuba menjadi blogger yang serius...haha




ok, di sini, aku akan senaraikan 3 fakta menarik mengenai friendster dan kenapa pengguna laman sosial tersebut marah dan terkilan dengan tindakan memadamkan akaun mereka:


1. Foto 
ini adalah sebab utama ramai diantara pengguna FS berang dgn admin yg bertanggungjawab menyelengara FS..


antara kelebihan friendster  adalah, ianya menjadi gudang sejarah foto2 lama para pengguna..sejarah, adalah perkataan yang cuba di highlight kan...


mesti ramai di antara anda cuba menangkap gambar sebanyak mungkin supaya rupa dahulu yang kiut miut dapat dirakam kembali bukan...tidak, tidak...makin bertambah usia, makin lebar seseorang itu...itu hakikat seorang lelaki dan sebahagian perempuan...
kebanyakan pengguna friendster dahulu masih melawati laman itu kini dek kerana di situ tersimpan gambar2 mereka sewaktu zaman2 baru akil baligh lagi...


contohnya, kawan aku wan zuhdi, gambar di friendster nya amat kacak2 belaka...cuba anda lihat foto terbaru beliau di Facebook, seperti bangla pun ada...namun aku perasan beliau cuba menangkap gambar pelbagai posisi agar kecomelan nya dahulu dapat dicapai semula, namun hampa, wajah bangla juga yang dihasilkannya...




maka dapat lah dikatakan di sini, Friendster mengkhianati pengguna lama sosialnya dengan selamba bulu ketiak panjang mereka memadam segala foto lama yang disimpan..cukup kurang asam...di mana lagi aku nak tengok gambar2 lama aku?jika bukan di friendster...menyesal tak save awal2 dulu..hahaha


2. Mesej dan testimonial 


aku teringat zaman2 nakal aku dan rakan2 aku dahulu...ada jer awek comel loteh, kacau dalam friendster...


yang perempuan pulak, gosip2 panas hal hal harian disimpan di dalam inbox mesej friendster..sekali sekala bila nak tengok balik kenakalan kita masa dulu-dulu, bukak la friendster..nak jugak tengok apa jadi kepada awek-awek yang pernah diganggu dahulu..


namun ianya telah menjadi kenangan..segala mesej2 telah dipadamkan..


istilah testimonial pula ataupun panggilan testi amat biasa di kalangan bekas pengguna aktif friendster dahulu...


bila login akaun friendster sahaja, hati kita mesti berharap adalah harapnya testimonial baru.berbungga bunga hati bila ternampak notification, "1 new comment!"..
dan dalam mood sentimental, bila membaca testi2 lama di friendster, teringat kenangan2 lama..namum kini, istilah wall post di facebook yang dikira sama sahaja prinsipnya dengan testi di friendster, namun testi tetap punyai ciri nya yg unik yang tidak dapat digambarkan berbanding wall post...




3. Friend list


terdapat ramai rakan2 di alam friendster , tidak dapat dijumpai di alam facebook...macam 2 alam yang berbeza..di alam fs(fs as friendster, aku penat taip penuh) dahulu, ramai juga rakan2 baru yang boleh dikatakan rakan media sosial yang aku tak pernah jumpa di alam realiti...dan persahabatan itu menjadi...namun, ianya menjadi semakin basi dan kendur dek kerana terlupa dengan rakan2 alam maya di fs..akhirnya, kini aku tidak menjumpai rakan2 tersebut di alam facebook...antara rakan2 yang aku masih ingat adalah bob, abg keras, dan suhana..di alam realiti tak pernah jumpa pun..tapi sebab ianya laman sosial, apa salahnya bersosial bukan?
nak cari balik rakan2 tersebut , hampa kerana fs telah memadam segala rekod friend list pengguna, double demmmm...




begitulah antara faktor2 kenapa pengguna2 laman sosial FS murka dengan tindakan yang dilakukan...tapi pada hakikatnya, pihak fs telah memberikan notis sebulan lalu melalui email kepada pemegang akaun supaya mendownload segala maklumat di akaun friendster sebelum 31 mei...so sekarang ni, siapa yang salah?


FS yang telah di upgrade amatlah memalukan dan pelik...segala Games dan reward pelbagai...mungkin mereka mahu menjadikan FS sebagai taman kanak2..di bawah aku selitkan gambar homepage FS terbaru dan kemarahan seorang dari beribu pengguna FS...



login homepage FS yang baru...sangat tak cool..



maka kesimpulan telah dicapai...riwayat FS telah tamat...Goodbye friendster...

P/s- amacam eksperimen aku menaip entri mengenai fakta? jika anda rasa sangat tak best, rate kat bawah ni sebagai bosan...jika ok dan boleh tahan, rate sebagai interesting...undi anda menentukan hala tuju entri di kiang boy..cewah..hahaha


positif thinking chor!!!
ADIOS... 

deng deng......   Kiang boy send you a smile...send him back...hehe..antara kenangan indah FS...