Tuesday 21 June 2011

Imiginasi Liar Kiang-boy...

"Asyik, asyik, Asyik, asyik nya bercintaaaa...bagai dunia, milik berdua, antara kitaaaa" deringan dangdut di handphoneku memecah keheningan malam...


"arghhh, gampreng" aku memaki-maki setelah tersedar dari tidurku...nyanyian amalina aku setkan khas untuk panggilan kecemasan dari Hospital Slim River...amat-amat jarang dipanggil, 2 bulan, sekali jer dipanggil... namun sekali dipanggil waktu-waktu malam begini bila semua orang tengah nyenyak tidur, memang ku kecewa...


jam menunjukkan pukul 3 pagi..deringan aku biarkan henti sendiri....deringan kedua berbunyi-bunyi, seronok juga mendengar lagu dangdut sekali sekala...selalunya, pihak hospital akan hubungi sehingga 20 kali jika tidak dijawab, setakat 2 kali je apa salahnya kan..lagipun operator hospital bukan banyak kerje sangat pun malam-malam macam ni...


deringan ketiga berbunyi, aku terus menjawab. "ya, ada kes ke?"


"dr, ada kes kat hospital,MA nak cakap dengan Dr, hold kejap" gadis operator menjawab...


"helo,Dr Kiang Boy ke?"


"ya saya"


" ada kes dr, 19yo/M/Malay,saya rasa laki ni mat rempit, terlibat dalam kemalangan jalanraya...ada kecederaan di bahagian mulut dan dagu..saya rasa ada patah dagu dia ni..boleh tak Dr dtg tengok?" aku nak sahaja cakap "tak nak", tapi disebabkan komitmen aku kepada kerja, setiap kali soalan itu ditanya, aku akan menjawab, "ya, tunggu saya..."




aku pun bangun, lampu bilik dipasangkan..muka dicuci, kumur sekali dua, terus aku memakai baju dan seluar jeans yang digantungkan di dinding...dalam hati, memaki maki mat rempit yang menyusah kan semua orang waktu-waktu begini...


aku pun tiba di hospital...terus aku berjumpa dengan MA yang menghubungi aku sebentar tadi...sejarah perubatan bagaimana kes berlaku perlu aku ketahui.


MA pun bercerita kes kepada aku. BP 120/80, HR 88, GCS 15/15. tak payah lah aku terangkan apa yang MA tu cakapkan ya.....bukak buku, cari sendiri..




aku terus bertanya akan kejadian kemalangan itu..katanya, budak laki ni terlibat dalam perlumbaan haram di tanjung malim...malangnya,dia terlanggar motor lain ..motor yang ditunggangi oleh pakcik berumur 50 tahun...


pakcik tu, hmm, meninggal dunia disebabkan budak ni...amat sayu aku mendengar kisah kemalangan nya..bagaimana lah perasaan keluarga dan anak-anak pakcik tu setelah mengetahui kejadian yang menimpa bapa mereka..lebih malang, ianya terjadi disebabkan kutu-kutu rempit macam ni..




aku pun terus berjalan menuju kearah pesakit..memang keadaan agak serius..bibir bawah tercedera dari sudut mulut hinggalah ke pipi...dagu patah dan lain-lain yang tak perlu aku huraikan...di sebelah lelaki itu, ada seorang awek yang menangis nangis..awek dia la kot..."ape diorang buat tah malam-malam..mak bapak tak marah ke"kata ku dalam hati mengambil berat..hehe


gadis merangkap awek laki ini tadi pun bersuara.."dr, jahit elok-elok ya...tak nak ada parut..."


Amarah aku meruap sejurus mendengar pintaan gadis tersebut...
aku melihat keadaan lelaki rempit merangkap pesakit aku dia atas katil itu, IMIGINASI LIAR aku mula bermain-main di minda...apakah yang perlu aku lakukan kepada mat rempit yang menyusahkan manusia lain macam ni? berikut di senaraikan kandungan Imiginasi liar aku:


1. sedikit sahaja ubat kebas aku berikan, patutnya kes-kes macam ni kena inject 4 ke 5 ubat kebas...tapi sebab nak ajar budak ni, aku inject 1 setengah jer ubat kebas...bagi dia terasa sakit-sakit sikit masa aku menjahit mulutnya..haha


2. melakukan kerja dengan kasar, dengan suara yang lantang seperti marah...mesti budak ni terasa sakit hati dengan kerja aku..


3. menjahit bibir dan pipinya dengan tidak mengikut standard pembedahan plastik sebenar...luka dijahit, tetapi rupa jahitan tidak cantik..biar berparut muka budak ni bila dah sembuh nanti..ataupun, jahit biar senget2..hahah.


4. tidak mencuci luka-luka sebelum memulakan jahitan dan rawatan lain...luka perlu dicuci bagi mengelakkan jangkitan selepas rawatan..jangkitan selepas rawatan adalah seperti, bengkak besar, sakit dan bernanah..biar mulut budak ni berbau seminggu dua selepas dia balik rumah ni..


5.    4 gigi patah separuh ditampal semula dengan tampalan sewarna gigi, tapi lebih legap sedikit dari warna gigi sebenar budak ni..biar orang perasan warna tampalannya berbeza dengan gigi dia..






Huh, kemain liar lagi imiginasi aku untuk mengajar kutu-kutu rempit sebegini..namun apakan daya, dah angkat sumpah sejak mula-mula kerja dulu kan...DO NO HARM...maka profesionalisma perlulah diperlihara.tiada prejudis, tiada rasisme..hehe






p/s- mesti antara pembaca berfikiran kuning bila mula-mula membaca tajuk entri ini bukan?..hahaha..yang tidak berfikiran kuning, good.kalau nak lawak-lawak kuning di kiang boy, tunggu aku dapat ilham dulu.....


sekian, ADIOS...













Monday 6 June 2011

Final exam di fakulti pergigian... part 3 (finale)

Menulis blog memerlukan feel terbaik dan sesuai...jika kena pada masa dan tempatnya, entri yang terhasil dari garapan kondisi yang sesuai mampu menceriakan hari pembaca yang penuh onak membara....mengambil contoh entri sebelum ini, final exam di fakulti pergigian part 2(KLIK ini), aku menulisnya dalam keadaan tertekan dalam niat ingin menghabiskan kisah ku di fakulti pergigian..akhirnya, entri yang terhasil tidak mencapai tahap idea dan lawak yang dibanggakan..terima kasih kepada pembaca yang menyedari perbezaan dan terus menegur aku secara berhemah...

Ayuh, teruskan membaca kiang boy....Final exam di fakulti pergigian, part 3.....Finale...

Study week..

inilah waktu yang paling mencemaskan bagi aku dan rakan2 aku ....study week disediakan lebih kurang seminggu sebelum peperiksaan final dilaksanakan...

banyak kenangan yang aku ingat sepanjang study week berlangsung...antaranya, bagaimana semua rakan2 aku menjadi serius, muka garang dan ada juga menunjukkan simptom insomnia dan simptom PMS sepanjang minggu study week..

untuk pengetahuan pembaca, sepanjang study week, pihak fakulti dan pensyarah kami tidak akan menggangu proses menelaah kami....dengan harapan kami memperuntukkan masa sebaik mungkin untuk mengulangkaji segala pelajaran dalam setahun...

cuma ada segelintir rakan2 yang agak genius, tak tahu nak belajar ape dah, mengajak rakan lain menonton wayang sementara melepaskan segala stress belajar waktu study week...sangat physcho orang-orang macam ni..hahaha...

antara kenangan waktu study week aku adalah semasa study week tahun pertama aku....jam menunjukkan pukul 2 pagi..kepala terasa amat berat untuk menerima input dari bahan bacaan...

bagaimana aku tahu sudah masanya aku kena berehat? apabila mata membaca bahan bacaan, minda meliar memikirkan hiburan dunia sambil jari tangan mengorek sana sini....

jadi, petunjuknya aku kena berhenti...terus aku menjalankann aktiviti kebiasaan aku kalau bosan-bosan begini..menganggu rakan lain yang tengah study....

aku pun terus mengetuk bilik termizi...tok tok tok...haram dia tak layan aku...

dari luar nampak lampu belajar masih terpasang...aku pun menjadi beruk memanjat bilik nya..terkejut aku melihat apa yang dilakukan mizi...

mizi berbogel sambil.......hahaaha...

takde la..just kidding...mizi terkejut aku memanjat seperti beruk ke atas pintu biliknya....nak tak nak..kena la bukak pintu tu jugak kan..hehe...

ada jugak tempat aku melempiaskan kebosanan...setelah puas mengganggu mizi...proses pembelajaran pun bersambung semula...inilah rutin harian kami pelajar pergigian...


seminggu berlalu, akhirnya final exam pun tiba....untuk pengetahuan, final kami sama seperti final perubatan, dijalankan secara berterusan tanpa ada gap hari berehat...maka, peperangan minda dan ketahanan batin amat-amatlah diperlukan bagi mengharungi hari-hari begini...


final exam pun bermula.....

Final exam....

"semua pelajar diminta mematikan handphone, letakkan di bakul depan ni"  jerit Dr Wan, pengawas peperiksaan kami...


aku pun mematikan Hp, dan beratur untuk meletakkan Hp burukku dlm bakul yang disediakan di hadapan....antara perkara yang aku perasan sepanjang waktu peperiksaan,setiap muka pengawas peperiksaan mesti garang..padahal kita tahu je diorang tu jenis boleh bergurau..hahaha..


terlihat muka seorang demi seorang rakanku yang nampak risau, soalan apa yang akan diuji sebentar lagi

 perkara lain paling menghanginkan aku sepanjang permulaan nak exam ni bilamana pengawas2 lain, staff di pejabat dekan tunjuk keotaian mereka sewaktu memeriksa pengenalan diri kami...ada jugak yang cuba buat lawak tak jadi...

"eh, muka awk dgn dalam kad pengenalan ni tak sama la"..kata en R..

dem ..aku panas dengan lawak2 low kualiti sebegini..perlu diingat, waktu exam adalah waktu paling serius bagi kami...walaupun lawak yang dipersembahkan setaraf nabil raja lawak sekalipun, ianya tak mampu menghiburkan kami..yang dapat menghiburkan kami hanyalah dengan dapat menjawab soalan exam dengan cemerlang..itu jer... 


ok ok...time exam yang sedang berlangsung pulak, banyak benda nak diceritakan di sini...

Pertama, sewaktu peperiksaan cons sedang berlangsung, keadaan yang sunyi di dewan peperiksaan yang hanya diserikan dengan bunyi tekanan pen.

tiba-tiba keheninggan dewan dikejutkan dengan bunyi Hp...tettt tett tenet tenet...

arghhhhh sudah...terganggu klimaks aku...orang dah suruh tutup hp tadi kan...ada jugak manusia degil....hilang idea sekejap...pengawas pun pening lah mencari cari hp mana yang membuat onar di dalam bakul yang penuh dengan hp itu....kemudian bangun seorang dari kawan aku ni...

''maafkan saya, maafkan saya, itu bunyi alarm saya dr...saya dah silent td..maafkan saya.." pinta kawanku sambil menunduk nunduk meminta maaf seperti orang jepun...

dr wan membalas" lain kali, saya nak semua orang bukak bateri hp sendiri sebelum letak dalam bakul"..haha

masa tu aku yang terencat dengan drama tersebut terfikir...apekehalnya kawan aku ni set alarm pukul 10 pagi...dia tak nak ambik exam pukul 9 ke??..hmm..

Kedua, adalah kebiasaan kami bila keluar dari dewan peperiksaan, bertanya antara satu sama lain bagaimana performance mereka dalam menjawab soalan2 sebentar tadi..

bila aku nampak kawan2 hebat aku cakap,

"susah la...habis la aku...tak dapat jawab langsung.. "

 aku tiba2 terfikir...padahal ko punya la psycho tadi...asyik angkat tangan mintak kertas lebih..banyak benar nak ditulis..last2 kata susah..nampak sangat play safe nyer cakap susah..tengok tengok result gempak..dem....hehe 


Ketiga, pernah tak anda mengalami situasi begini...sedang anda rancak menggoreng soalan esei yang anda tak pasti jawapannya, tiba-tiba, seorang dari pensyarah merangkap pengawas peperiksaan berdiri di sebelah, sambil membaca apa yang anda tulis/goreng...

dan lagi worst kalau juri sebelah tu komen jawapan anda kat situ juga...aku ada pengalaman dengan Dr Alizae...sedang rancak menulis, aku tak perasan dia sebelah aku berdiri sambil membaca gorenggan aku, tiba2,beliau bersuara, 

"kan saya dah pesan haritu jangan tulis macam ni  !!" 

beliau cadang nak cakap kat aku sorang jer, tapi satu dewan berpaling ke arah aku sebab terdengar suara dr alizae yang lantang ..hahaha..lawak2..

anyway, nasib baik Dr tegur, kalau tak, aku makin hanyut dengan soalan tu...



begitulah antara pengalaman manis/lawak yang masih segar aku ingat sepanjang aku mengambil peperiksaan di fakulti pergigian..dekan cakap, alasan tak cukup masa ke, exam waktu petang ke, memang dia tak boleh terima...sebab, as a doctor, u shud ready to serve anytime..even malam sekalipun...yer yer prof ghaz, saya paham....

hehe...tamat..kalau aku ada mood nak taip pasal result masa final yr dan menjadi Dr, aku taip la nanti..or maybe not..sebab takde feel sangat taip memori2 camni...apepun.....

positif thinking chor!!!!

ADIOS.....







Final exam di fakulti pergigian... part 2

Nampak gayanya, jumlah pembaca kiang boy makin lama makin bertambah..namun ianya tidak menghalang aku dari terus menaip dan menghasilkan entri yang jujur berdasarkan pengalaman aku sebagai seorang bekas pelajar pergigian...


di entri pertama kiang boy, telah aku sebutkan tidak akan memfitnah mana2 individu kan...penulisan mengenai rakan-rakan dan junior-junior di entri ini adalah melalui pandangan tulus penulis dan pendapat rakan seperti termizi bakar, rakan melanau pergigian aku...maka, terhasillah entri mengenai rakan2 dan junior2 sejak dari awal2 orientasi di UKM lagi..
Nak tau aku tulis mengenai apa? 
ayuh, teruskan membaca kiang boy.....


Orientasi..bermula episod baru di menara gading...


pernahkah anda pembaca terfikir, kenapa perlunya orientasi2 sebegini..


kenapa perlu mengambil tanda tangan senior dan sebagainya...


masih segar dalam ingatan akan orientasi batch aku sekitar bulan julai,2004..waktu tu, kami semua diarahkan mendaftar di kolej Kris Mas Bangi , bagi menyertai orientasi peringkat induk...tiba sahaja pada tarikh itu, aku tertanya tanya jumlah pelajar lelaki melayu yang akan menjadi rakan batch aku...


terkejut beruk melihat, hanya 6 orang antara kami, 5 melayu, 1 melanau...yang melanau tu pun, bahasa melayu nya aku tak jelas dan kurang faham...nama individu melanau ini adalah termizi bakar...lelaki melayu lain adalah radzi, ejal, yusmijan, dan Acer..


kami di waktu tahun pertama...dengan semua berwajah keanak-anakan


minggu-minggu pertama di kolej keris mas amat janggal...dengan bahasa mizi yang klasik, muka yus yang garang, menyebabkan interaksi antara kami lambat...namun, disebabkan jumlah kami yg sedikit, segala perbezaan kami atasi.


aku masih teringat akan Mizi, bagaikan kain putih yang suci...tidak mengenal apa-apa mengenai pancaroba kehidupan moden..kami telah mengajar Mizi,agar  biasa dengan kehidupan moden, dan akhirnya, dia berjaya beradaptasi dengan kehidupan di KL kini...


kami di tahun dua...bulu sudah mula tumbuh di muka termizi




semasa sesi pengenalan, seorang demi seorang di rahkan ke hadapan batch mate lain, apa yang aku paling ingati adalah dengan apa yang diucapkan oleh termizi...bila fasilitator tanya, apekah kelebihan Sarawak, mizi menjawab, 


"nasi lemak serawak sedap bahhhh.."reaksi yang menguntum senyuman dan galakkan positif di kalangan rakan2 kami...




kami di tahun 3...




memori lain yang aku ingat sepanjang minggu pertama itu tak banyak...yang aku ingat pun, adalah bermulanya perang saudara antara aminah dengan Acer(bukan nama sebenar)..


mengikut pendapat rakan2 kami, perang dingin antara mereka bermula sejak dari minggu orientasi lagi, hinggalah ke minggu terakhir kami sebagai pelajar pergigian ,5 tahun kemudiannya...sebabnya, akan ku ceritakan sebentar lagi...hehehe


Aminah adalah seorang gadis kental dalam batch kami...orang kata , dalam sesuatu organisasi, tak boleh ada 2 harimau...acer dan aminah adalah contoh terbaik...mereka tidaklah menonjolkan pergaduhan mereka, cuma malas nak layan antara satu sama lain...setiap kali perbualan yang ada aminah, acer akan menghilangkan diri, setiap perbualan yang melibatkan acer, aminah pula yang menyepi...jika anda rakan-rakan satu batch dengan mereka, cuba namakan waktu anda melihat mereka berbual sesuatu perkara waima perkara serius sekalipun, cubalah namakan...tak ada bukan?hehe.


sebenarnya, segala bermula sejak minggu pertama orientasi lagi...mereka telah dikelaskan dalam satu kumpulan yang sama..dan dari situ, penonjolan kehebatan dalam memperjuangkan pendapat masing2 menyebabkan hati terluka dek kerana keceluparan mulut antara satu sama lain..


kesannya, tiada lagi gelak tawa antara mereka...apepun, perang dingin antara aminah dan acer menjadi hiburan kami sepanjang 5 tahun pembelajaran kami...mereka terus di asak dengan pelbagai gosip dan spekulasi..hehe..anyway, aminah adalah nama sebenar sebab aku tahu aminah gadis kental yang tak kisah apa jua aku taipkan..acer pula bukan nama sebenar...alasannya pula adalah sebaliknya..hahaha..




kami yang telah matang...hahahaha


Yang telah aku baru ceritakan adalah memori kami sewaktu minggu orientasi di kampus bangi...orientasi peringkat fakulti pula dijalankan secara haram oleh senior2 tanpa pengetahuan dekan...


aku tak kisah dengan orientasi sebegini, asalkan tidak melibatkan makian dan cacian hinggakan ada antara senior menyuruh kami merendam meggi dalam baldi mereka dan mengarahkan kami makan beramai ramai..ada akal ke takde mereka ini..


kesannya,antara kami wujud perasaan dendam dengan seorang senior itu dan tuhan telah tunjukkan kuasanya...doa orang yang teraniaya dimakbulkan..


tradisi orientasi ke atas junior kami tetap teruskan dengan sedikit perubahan. masuk sahaja ke alam senior, kami bertekad, tradisi orientasi akan kami ubah...segala yang akan kami lakukan adalah bercorak hepy go lucky..


setakat buat muka garang kadang2 apa salahnya kan..asalkan kami tidak memaksa mereka membeli meggi atau makanan untuk simpanan peribadi senior, sudahlah...


dengan berjalannya orientasi, wujud pelbagai nama yang melekat dan digunapakai sehingga mereka sebati dengan nama-nama tersebut..


antara nama2 yang senior2 berikan kepada junior adalah Ria, Kapla, dan Tommy...jika anda tanya siapa ria, semua orang di ukm kenal akan kecilikan dan kepintaran ria, junior kesayangan ramai. terciptanya nama ria entah dari mana2...mungkin senior mahu suatu agen ceria wujud di fakulti pergigian.....




kapla, pandangan dri belakang..sedang melayari laman web yg menggiurkan..




kapla dan aku...




jika anda memanggil nama Kapla, semua tahu akan loyar buruk nya...nama kapla diberikan sempena kekaguman senior terhadap betapa besarnya kepala wan zuhdi..hasilnya, terciptalah kapla.betapa glamournya kapla, hingga kan gadis idamannya, pika afikah dikenali ramai..hanya kerana pika berboyfrenkan kapla...hahaa...




tengah syok nampak!!!


ada juga nama2 yang cuba kami berikan, namun tidak mendapat sambutan...antaranya manja, nama yang diberikan kepada muiz darawi...namun di atas kebijaksanaan muiz darawi mengelak segala panggilan manja, lama kelamaan ianya dilupakan dan semua mula memanggil muiz dengan nama yang diberikan keluarganya...


kami junior2 dan senior2 lelaki amatlah rapat hasil dari program orientasi yang berkesan...kami seakan-akan hidup di dunia sendiri..hinggakan rakan dari kursus lain mengesyaki kami mengamalkan semangat assabiyah...tapi itu perkara biasa lah...sebabnya jumlah kami yang kecil, dan bergantung antara satu sama lain membolehkan kami menjadi seperti keluarga....
suatu masa dahulu....




hinggakan hari ini, jika aku turun ke UKM menempelkan muka di bilik ghazali atau badrul, sudah pasti akan aku mengajak ria turun menikmati beutiful game bersama sama...permainan game bola sepak yang menjadi kegilaan remaja remaja...


Arghhhhhh!!!!!!....


takde feel la aku nak taip entri pasal ni..apsal tah...berhenti di sini dahulu..akan ku sambung dengan tajuk study week dan final exam di entri akan datang...


positif thinking cho!!!!


ADIOS....