Sunday 8 May 2011

PenUnGGu ruMaH PuakA.......PART 1

Hi pembaca yang amat aku sayangi...hari ini hari sabtu, 7hb mei, 2011.aku terasa bersemangat hari ini..sedang2 menunggu pesakit, aku terfikir entri2 kiang boy akan datang..maka tibalah masa untuk aku bercerita secara serius, kisah2 yang menyeramkan...
Sebelum tu, lokasi tempat aku menulis ini adalah di Klinik Pergigian Qaseh...
Sangat cantik kliniknya..kepada pembaca2 yang mempunyai masalah pergigian, ataupun tiada masalah pergigian, tapi nak jumpa dr gigi yang cantik, iaitu pemilik klinik ini, dialu alukan melawat klinik yang cantik ini...di sini aku upload foto2 klinik pergigian qaseh untuk tatapan pembaca...design yang sangat cantik..



ok, selesai sudah mempromosi klinik Qaseh,now we r back to our serious business..Penunggu rumah puakaaaaa......hahahahahahahhahahah(gelak hantu) 








di sini, aku akan menceritakan kisah yang agak menyeramkan , yang melanda rakan rapat aku, dr rubinderan.aku kalau boleh nak tunjukkan gambar dr rubin, tapi takut dia marah..tapi biarlah semua pembaca tahu, dr rubin kurang sikit saja kehenseman dia berbanding shah rukh khan.....


ceritanya agak panjang, dan aku berjanji bahawa, segala penceritaan di blog ini adalah benar2 terjadi, tiada langsung unsur penciptaan..so, unless u guys believe in what i m write, please stop ur reading..


Oh, anda masih membaca, terima kasih daun keladi...dr rubinderan menceritakan kisah seram yang terjadi kepada nya sewaktu mula2 berkerja seawal bulan 8, 2009...
waktu itu, sebagai seorang Dr gigi baru,  pemilihan tempat bekerja adalah ditentukan oleh pejabat kesihan pergigian perak...dia diarahkan bertugas di klinik pergigian Taiping Perak, untuk jangka masa 6 bulan...


dr rubin bukanlah anak watan negeri perak...dia berasal dari negeri selangor..maka, dia tidak mempunyai saudara di Taiping..perkara pertama yang dirisaukan oleh nya adalah tempat tinggal nya di taiping untuk 6 bulan mendatang...
bayangan manusia di dalam rumah dr rubin-part 4 nanti...(gambar hiasan)


dr rubin terus cari tempat tinggal...akhirnya, dia diperkenalkan dengan seorang agen rumah sewa, yang aku gelar Mr X(jujur aku xtau nama dia)..


Mr x kata,ada rumah sewa yang lama orang tak tinggal di suatu kawasan taman perumahan..rumah bertingkat dua itu amat cantik dan bersih...agak janggal dirasakan, rumah yang sudah lama terbiar, dalaman dan luaran nya amat terjaga..
rumah bertingkat 2, cantik tapi tak berpenghuni.....(gambar hiasan)


dr rubin berfikir  "ahhh, bersih macam ni mungkin kerana ada orang membersihkannya tiap minggu, jika tidak, masakan bersih sebegini." dan sudah tentu dr rubin berfikir dalam bahasa tamil, bukan bahasa melayu..aku cuma translate sahaja..


Dalaman rumah teres 2 tingkat itu amat dikagumi oleh dr rubin...Fully furnished and in well condition...and he just need to pay 3oo per month..what??siapa yang tak nak kan..dah ler cantik, terjaga , 2 tingkat pulak tu.....


dr rubin bersetuju dengan perjanjian sewaan rumah teres itu..dia perlu membayar deposit 3 bulan rumah itu kepada agen rumah itu....namun kesilapan dr rubin hanyalah satu.....


           DIA TIDAK MENYIASAT APA YANG PERNAH BERLAKU DI RUMAH ITU

Dia tidak mengenali pemilik rumah itu, kerana agen rumah itu tidak memberi penjelasan lanjut..tapi bagi dr rubin, "aku kisah apa, asalkan rumah cantik..lagipun, aku nak duduk pun 6 bulan sahaja"..dalam bahasa tamil..


di sini akan aku gambarkan keadaan rumah itu..

1. ruangan dalaman dan luaran yang bersih..tiada lansung habuk di lantai


2. penyapu lantai diletakkan di luar pintu rumah, kain pengesat kaki diletakkan juga di luar rumah.


3.dinding dalaman rumah tergantung potrait2 family..sebuah keluarga india yang besar.banyak  
   sangat foto2 di  dinding sampai ke dinding dapur.


4.pinggan mangkuk diletakkan di dalam bakul...tiada habuk di pinggan mangkuk yang lama tidak  
   digunakan itu..
potrait2 keluarga di dinding-sekadar gambar hiasan


setelah selesai segala urusan, dr rubin mengemas segala barang2 nya...di biliknya, terdapat sebuah almari yang penuh dengan pakaian lelaki..tergantung dan terjaga...
almari di bilik yang penuh dengan baju lelaki....




dr rubin pun mengeluarkan pakaian nya, termasuk seluar dalamnya yang berlubang itu...diletakkan satu persatu di atas katil nya..hehe


setelah selesai megemas rumah sejak dari tengah hari, hingga lah malam...tiba masanya dr rubin berehat..jam di dinding menunjukkan pukul 10 dan pengalaman mencemaskan dr rubin bermula...


bersambung....                part 2 

2 comments:

cik wanie Lovela (CWL) said...

seram ja

kiang-boy said...

x abis lagi tu cik wanie..sampai part 4 la..hehe