Wednesday 3 August 2011

Ramadhan menjelma lagi...part 1

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh kepada sahabat-sahabat kiang boy..bulan puasa camni, salam pun kena sebut penuh, baru dapat pahala banyak...


Sempena ramadhan bulan mulia, mari kita bersama-sama menambahkan pahala dengan banyakkan berzikir, dan menghentikan perangai-perangai kotor seperti memandang gadis-gadis seksi di dalam televisyen, mengumpat, mencarut ringan dan berat, mengutuk status Fb rakan-rakan yang memualkan, komen mengeji di FB (banyaknya pasal FB,haha)...kepada Dell Taufik, diharapkan status-status dan komen-komen anda pada bulan penuh barakah ini tidak berunsur kutukan, tetapi lebih kepada bentuk dakwah seperti status Facebook junior 
kesayangan anda, Nuar...

       Di samping itu juga, marilah kita bersama-sama berdakwah kepada rakan-rakan bukan muslim kita..Waktu-waktu beginilah aku memberanikan diri mengajak rubin puasa bersama-sama..mula-mula ajak puasa, lepas tu ajak semayang terawih, eh silap...


       Tema setiap entri aku sepanjang bulan ini akan berteraskan kebaikan dan kelebihan bulan ramadhan, di samping berkongsi kisah-kisah menarik melibatkan aku dan pesakit-pesakit, staf-staf, jemaah-jemaah terawih dan makcik-makcik jual murtabak di bazar ramadhan...ada 4 part yang akan aku kisahkan sedikit 
demi sedikit..so , sabar lah corr..


       Jadi, di part 1, ramadhan menjelma lagi ini, aku ingin sentuh beberapa perkara yang agak menarik perhatian saudara saudari pembaca kiang boy..pada hari aku menulis ini, sudah genap 3 hari kita berpuasa...puasa bukan sahaja dari lapar dan dahaga dan menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa seperti mengeluarkan air mani dengan sengaja... Juga dari perkara-perkara menjijikkan yang membolehkan kurangnya pahala puasa itu.


3 fakta menarik yang aku ingin kongsikan kepada pembaca sepanjang 3 hari berpuasa ini:


1.  Terawih
    Alhamdulillah, siang hari berpuasa dan berzikir di masa lapang, malam pula kita berpeluang berterawih bersama makmum2 yang tidak kita kenali (nampak sangat korang jarang turun surau berjemaah)..


    Seperti kebiasaan di awal-awal ramadhan, jumlah makmum yang hadir amatlah luar biasa banyaknya..bermula dari hari pertama terawih, jemaah-jemaah berpusu-pusu merebut tempat terbaik di belakang imam..kalau boleh bertumbuk, bertumbuk jugak di situ..


     Begitu semangat nya di awal-awal ramadhan.
Namun, semangat itu tidak bertahan lama kebiasaannya...sindrom pre-klimaks selalu terjadi bila masuk pertengahan bulan ramadhan..dan masuk sahaja minggu terakhir ramadhan, jumlah makmum di sesetengah surau lebih sedikit dari jumlah satu 
pasukan bola sepak...


       Masa belajar dulu, kalau esoknya ada exam, atau kuiz penting, terpaksalah aku burn terawih...bukan sengaja ok..di kampung pula, semasa zaman kanak-kanak, aku dan kawan-kawan aku mencuba setiap malam di surau-surau berbeza..pelbagai kriteria kami gunakan dalam memilih surau/masjid sesuai untuk kami berterawih sebulan..antara kriteria-kriteria nya adalah, keselesaan masjid, kualiti imam yang mengimamkan sembahyang, dan kualiti makanan selepas selesai sembahyang..haha


       Nama budak-budak kan. so, kriteria dulu-dulu pun macam budak-budak jugalah..apa ada pada keselesaan? satu hakikat sebenar kehidupan, jika kita dalam keadaan selesa, kita dapat fokus melakukan juga kerja yang kita cuba lakukan...kriteria yang kami pilih adalah surau atau masjid mestilah mempunyai penghawa dingin yang baik..baru la x panas nak beribadat...siap boleh buat 20 rakaat tu..cewah..


        Kualiti imam yang budak2 lihat bukan pada bacaan ayat2 al Quran yang di bacakan...ianya lebih kepada panjang atau pendek surah yang dibaca setiap rakaat...pendek sangat x boleh, sebab kurang pahala, surah panjang pulak lambat pulak habis...tambah pulak kalau surah al baqarah, sakit lutut dibuatnya, ditambah pulak fokus yang semakin pudar...akhirnya, terkentut sebab makan durian banyak tadi semasa berbuka puasa, dan menggangu konsentrasi jemaah lain..haha..itu pemikiran budak-budak je...kalau dah besar masih fikir macam ni, memang nak kena siku la jawabnya..hehe..
  


     2.    Sahur berkualiti..


         Sahur yang baik dapat membantu kita menghadapi siang hari dalam keadaan cergas dan fokus...sahur yang paling berkualiti mestilah di samping ibu tercinta...untuk lelaki yang belum kahwin macam aku ni, amatlah mengharapkan masakan-masakan ibu yang ada kelas tersendiri..
       
       Tapi bila duduk di rumah sewa sorang-sorang, makan minum sahur pun tak tentu...ada sekali tu, aku siap beli awal-awal makanan dan minuman untuk bersahur seawal pukul 12 tengah malam..bajet nak mendapatkan sahur yang afdal la kan...jam di tetapkan penggeranya pada pukul 430...setiba nya pukul 430, dalam tengah2 mamai tu, asik berfikir 'tak pe, awal lagi", dan tidur balik..sedar-sedar, dah pukul 7 pagi...memang kecewa teramat sangat...dah beli macam-macam makanan enak di samping air bandung yang telah cair aisnya...dem...


     nak beli peti ais takde duit...maka, tong sampah la jawabnya dibuangnya makanan2 itu..
    


       3. Berpuasa 


        Masa kecil-kecil dahulu, puasa yang paling sukar dihadapi adalah pada 3 hari pertama awal ramadhan..hari pertama amatlah menyeksakan..macam rasa nak mati ditambah pula melihat rakan-rakan cina india menghirup air ribena sejuk semasa menunggu bas pulang ke rumah..dem..
       
       Namun, bila dah biasa, tak sahur subuh-subuh pun dah tak kisah..rasa macam sama jer sahur ke tak..kalau dah sampai tahap tu, anda memang hebat..hehe


       tapi ada juga kawan-kawan yang semangat berpuasa, tapi satu hari tak solat..apa pun tak dapat kalau macam tu...


bila dah dewasa pula, banyak aktiviti yang tak seronok dilakukan semasa berpuasa..contohnya menonton wayang.. mestilah tak best, sebab bertih jagung adalah perkara utama semasa menonton wayang..dating pun jadi tak best juga...nanti lebih-lebih sembang romantik, hilang pulak fadhilat berpuasa..hehe..


       jadi rakan-rakan, jangan ber dating di bulan ramadhan..walaupun semua syaitan dirantai di bulan ini, ada jugak sebahagian lelaki sama je, ada syaitan, takde syaitan, perangai masih macam syaitan..


        Begitulah perkara-perkara asas semasa di bulan ramadhan...ini baru basic entri jer cooor...kalau nak tahu kisah-kisah yang lebih menarik lagi, nantikan di entri berikutnya...
akhir kata, aku sudahi pendahuluan ramadhan menjelma lagi, part 1 dengan serangkap pantun..


Fish itu ikan,
Time itu masa,
Jangan cuba curi makan,
Ini bulan puasa...


apepun, positif thinking chorr!!!
Adios...


p/s- credit to kiang girl for your idea and support..(kiang girl...KLIK SINI )

6 comments:

Anonymous said...

kalau keluar air mani tanpa sengaja x batal kan?.....hehe

kiang-boy said...

anon:ni laki ke pompuan yg tanya...jwapan berbeza utk lain2 jantina..haha

nicholas saputra said...

mengada gile xde duit nk beli peti sejuk! kereta mahal bole pulak ko layan.haha

p/s: pantun cam haram.haha

kiang-boy said...

nich: keta keperluan asas beb...peti ais ada xde leh idup..haha

Anonymous said...

Terbaeekkk!!
Sy suke bab pemilihan surau tu..hehe..mmg typical..
Pasal berdating suke jugak la..kepada sesiapa yang sambut birthday bulan ramadan ni xpyh la nk celebrate bersama awek kan..mcm awk kate td,walaupun setan kene ikat,laki leh jadi setan gk...wahaha..
P/s: bile nk buka puasa sama cooorr!!

kiang-boy said...

chor anonymous: siapakah anda..x kenal maka x cinta...x kenal, maka x boleh bergelak ketawa sambil berbuka puasa bersama..hehe