Wednesday 27 May 2015

Mak Kata Jangan..

Terasa tangan gatal-gatal nak update blog ni..bersawang. Padahal selama ni aku sangat sibuk dengan aktiviti harian. Kerja, Exam sana sini, keluarga..sekarang baru lega. so enjoy.


Gambar tiada kaitan dengan tajuk.saja nak tunjuk aku baru beli moto R25.


Aku ada perangai aneh lain daripada yang lain. Bila mak aku kata jangan buat, itu la yang aku akan buat. Mak kata, jangan minum air paip tu saleh, aku terus ke pili luar rumah aku, hirup gulp gulp gulp, macam aku minum air pepsi. Bila mak kata, "tidur kena pakai baju, nanti dapat2 paru2 berair", aku lagi suka golek-golek atas lantai marmar yang sejuk tanpa baju.. Al maklumlah, otak belum matang lagi. Budak sekolah rendah macam aku ni, memang susah nak kawal.


Namun, aku bersyukur ada mak yang selalu mengingatkan aku supaya jadi orang yang berguna, buat kerja berfaedah, tinggalkan perkara-perkara yang haram dan merosakkan dan jadilah orang yang berguna. Ku akui, membesar dengan 4 orang anak kecil, sendirian sebagai ibu tunggal, bekerja dari pagi dan lanjut sampi ke senja, semata-mata mencari sesuap nasi untuk anak-anak dan masa depan mereka.


Mak seorang yang tegas. Bab akademik, mak aku akan bertukar jadi Hulk or Monster, tambah-tambah kalau aku gagal dapat keputusan yang baik. So, in this article, i will recall back all our memories together mak, sempena hari ibu..keke



Mak kata jangan kawan dengan orang tak tentu arah.
Duduk di kawasan rumah teres setingkat, kos rendah, sebagai budak baru 8-9 tahun, amatlah tidak sesuai bagi proses pertumbuhan optima.Baik dari segi rohaniah ataupun insaniah nya. Sebagai mak, tak mungkin dapat seorang diri kawal or pantau gerakkan aku yang suka keluar jalan2 dengan geng-geng Taman Malar, yang kebanyakannya umur dalam lingkungan 10-14 tahun. lepak-lepak kat tepi jalan, ambil bertenggek kat atas basikal BMX buruk kakak aku.


Mak jerit dari luar rumah, satu taman dengar, "saleh, balik!!" . lari2 anak sambil aku tolak basikal aku balik rumah. Then, kunci pagar sebab dah senja. itulah rutin harian aku. Nak lepak kejap-kejap boleh, tapi jangan lebih-lebih. sebelum senja, kena masuk rumah. 

Namun, kesibukan urusan dunia menyebabkan mak tak dapat memantau pergerakan aku selamanya. dengan kakak  aku yang sedang membesar sebagai perempuan remaja, lebih memerlukan perhatian kritikal dari aku ni. so, aku mula keluar lepak2 dengan geng taman malar, malam-malam . lumba2 basikal, jerit-jerit terlolong macam hantu. happy. setelah beberapa hari aku meneruskan rutin lepak membuang masa aku. sambil mengabaikan kerja sekolah. baju sekolah warna putih tak basuh, kasut dah jadi warna kelabu, stokin tah kemana, mak aku mula menjadi Hulk Ogan. dan dia memilih timing yang baik nak ajar aku.


Jam dah pukul 10 malam, esok nak sekolah, aku masih kat luar rumah, tengah bersedia nak berlumba haram basikal. semua basikal berbaris macam bersedia dilepaskan. aku dengan BMX aku kat tengah-tengah. sebelum pengadil melepaskan pelumba, kawan aku cuit bahu kanan aku dari belakang,"saleh, mak ko datang saleh"
aku toleh ke kanan, mak terus pulas telinga kanan aku dengan tangan kanan, sambil rotan kat tangan kiri, paappp.....rotan sehayun lepas kat belakang aku. pergh, sakit tu satu hal, malu dengan kawan-kawan tu lagi la satu hal..sakit itu di sini, Hati.
Aku pun dipaksa balik ke rumah, basikal terpaksa dibiar tepi jalan. mak sambung ajar aku bila sampai rumah. haha.. mulai hari tu, aku tak jumpa dah basikal tu dah.

Mak kata jangan lepak-lepak lumba-lumba basikal.. kamu nak jadi mat rempit ke.. aku degil jugak buat.. kalaulah mak tak buat serangan hendap waktu tu, aku mungkin hari ni sama ada jadi mat rempit, or pelumba moto GP. Bukan Dr gigi.



Mak kata belajar betul-betul
Mak aku punya nasihat suruh belajar, tak macam mak-mak korang tau tak. mak aku bab akademik amat ganas. Mak sampai pernah datang sekolah, bagi tau kat cikgu din, cikgu matematik darjah 5 aku, supaya belasah je aku kalau aku tak belajar betul-betul. Dan cikgu tu memang ganas betul-betul dengan aku. Tiap kali time kelas cikgu din, semua kena berdiri, dia jalan depan2 tiap sorang, sambil tanya soalan darab. siapa yang tak dapat jawab, penampar kat pipi kiri singgah . dah la kuat tamparannya, dengan tangan kasar dia , memang trauma. aku antara mangsa tamparan cikgu din. Namun dari situ aku belajar darab, bukan atas usaha dan iktiar aku sendiri.

Masa aku darjah 1, akhir-akhir tahun, patutnya budak2 yang dah belajar setahun ni boleh membaca. tak tak bagi aku. aku banyak habiskan masa kat sekolah dengan bermain, buli budak senyap namanya Syed. Budak tu memang ada ciri-ciri sesuai dibuli. senyap-senyap, tak pernah bercakap dengan sesiapa pun. Suara dia, tak siapa pernah dengar. Even cikgu kelas aku pun give up tanya soalan kat dia.  Aku kan budak nakal, tiap hari aku buli syed sampai paksa2 dia cakap. bukan buli fizikal, buli emosi dan mental..hehe. Tapi bulian aku sampai ke penghujung bila Cikgu Tham datang kat aku, dan rotan punggung aku pakai pembaris besar yang selalu cikgu pakai kat papan hitan masa mengajar tu.. pergh.. terus aku tak buli syed dah. haha


Berbalik pasal aku yang tak reti membaca tadi. bila mak tahu aku masih tak tahu membaca, mak terus jadi ganas. Tiap malam mak akan tutup lampu rumah, tinggalkan lampu dapur je. adik beradik lain semua dah tidur, aku masih ada buku kat tangan. Mak duduk sebelah aku, dengan tangan kanan ada penyangkut baju nak belasah aku kalau aku tak dapat apa yang dia ajar. saapp, sappp.. aku kena.. sampai masa mak aku mengantuk, mak aku tak bagi aku tidur sampai aku dapat baca . belajar la aku dalam gelap, sampai aku dapat baca. malam ke dua, aku terus dapat baca. ajaib.. setahun kat sekolah ,sepatah haram aku tak reti, mak aku jadi monster, 2 hari je aku dapat baca.



Mak kata jangan naik motor balik ipoh dari KL
kisah ni aku tak boleh lupa selama lamanya. masa tu tahun  ke 2 aku belajar kat UKM.esoknya mula nak cuti semester sebulan. takkan nak biar motor RG suzuki ni kat kolej. hilang nanti macam mana? aku dah janji mula -mula dapat motor ni, tak boleh bawak balik dari KL ke Ipoh. 250km tu. bahaya saleh. jangan. Macam biasa , aku bawak jugak.keke..
Abis kelas, aku bawak beg sandang satu, start motor terus aku gerak. Tanpa persediaan rapi dan kajian yang sepatutnya, aku terus bergerak ke Ipoh dari Kl..jam menunjukkan pukul 6 ptg..


dah pukul 8malam, aku dah sampai ke tanjung malim, lebuhraya PLUS pada waktu malam sebahagian besar takde lampu, makanya, aku keluar ke jalan lama biasa untuk meneruskan perjalanan.. 120km lagi nak sampai rumah. ini pengalaman pertama aku naik moto balik ipoh. sampai sahaja ke Slim river, moto aku tiba-tiba berhenti tanpa amaran..rehat 2 jam di stesen bas di Slim river, aku sambung menunggang kembali..setibanya di Tapah( 50km dari Ipoh) jam dah pukul 3 pagi..penat sangat...mula menyesal tak ikut cakap mak. aku berhenti di stesen minyak ESSO temoh..kawasan kampung, aku duduk di tepi stesen minyak..suasana sunyi...tiba2, ada uncle tua tengah menyapu sebelah aku, pulak, mana datang tah...menyapu apa pukul 3 pagi... 

uncle kata,

"U mengantuk, u masuk tidur dalam itu surau" kata uncle sambil menunjukkan surau di sebelah aku..
aku terus kunci motor, then masuk surau yang gelap tu, tak pikir byk dah, terus tidur..lenaaaaaa....

aku terbangun, jam pukul 5 pagi,terus aku keluar ke arah motor dan terus menunggang...aku seperti bermimpi..sampai hari ini, masih tiada penjelasan kenapa aku bertindak sedemikian..aku terus menunggang di jalan yang gelap, dikelilingi hutan kiri dan kanan...tiada lansung punca cahaya kecuali dari motosikal aku....takut, risau dan terbayang ada lembaga duduk sekali moto belakang aku...wahhh...sedang aku risau tak nampak jalan, lori tiba di belakang aku dengan laju, terus aku ke kiri masuk ke dalam lopak lumpur yang besar....pohfffff....

Lori itu berlalu pergi, tinggalkan aku berseorangan di kegelapan...moto mati tidak berlampu...aku bangun , cuba hidupkan enjin motor, walaupun aku sedar motor aku dalam keadaan kronik. bengkok sana sini, namun aku bersyukur ianya masih dapat hidup..dan aku teruskan perjalanan ke rumah dalam keadaan yang serba kekurangan...kelajuan 20 km sejam....sampai sahaja di rumah, aku terus masuk dan nampak mak aku tengah sembahyang subuh..mak terkejut dan aku terus kata, "mak, nak motor baru"..


video bawah ni aku rasa paling terkesan pada aku..





Aku bersyukur dikurniakan mak yang benar2 bersemangat memastikan anak-anaknya berjaya. Sejak kecik lagi kami dididik agar mengutamakan akademik kerana itu sahaja yang boleh mengubah kehidupan kami. hasilnya, aku berjaya jadi dr gigi, adik aku ahli farmasi, kakak aku ada phd and kakak sulong aku ada bisnes berjaya sendiri. siapa kata jadi Ibu tunggal, anak tunggang langgang. my mum beat d odd.



 SELAMAT HARI IBU,

HAJAH NORAINI BINTI MOHD HASAN

No comments: